Si pelajar lelaki itu mula menolongnya bangun dengan memapah lengannya. Namun, Aira menepisnya cepat. "Kau..kau nak buat apa ni?"
"Lah, aku nak tolong kau la. Kau ingat aku nak buat apa?" Dia memandang Aira dan membalas soalannya dengan selamba.
Mata Aira membulat tatkala mendengar jawapannya yang bersahaja itu. Dia berkata dengan nada yang tegas. "Kau ni! Nak tolong pun tengok tempatlah! Ni kan kat sekolah, sekolah ada peraturan tersendiri. Kau tak tahu peraturan sekolah ke? Pelajar lelaki kat sekolah ni dilarang memegang pelajar perempuan dengan sesuka hati!"
Pelajar lelaki tersebut mengurut-ngurut dagunya menggunakan jari-jemari kirinya dengan gaya detektif yang sedang berfikir. Matanya kemudian memandang Aira. "Ooo...betul ke? Aku tak tau pulak! Aku baru je pindah sekolah ni hari ini. Mana sempat aku baca buku peraturan sekolah!"
"....."
Aira hanya terdiam. Dia tidak mampu untuk berkata apa-apa terhadap orang di hadapannya. 'Hmm..Patutlah dia ni takde nametag! Lagipun aku rasa aku tak pernah nampak pun dia kat sekolah ni! Bodohlah aku ni sebab tak perasan dari awal-awal!' Bisiknya sambil menepuk dahinya sendiri.
Pelajar lelaki yang tidak diketahui nama tersebut duduk di samping Aira. Lalu dia memuncungkan mulut sambil menunjukkan jari telunjuknya ke arah pergelangan kaki kiri Aira sambil berkata. "Tengok tu, darah dekat kaki kau nampak macam banyak yang keluar balik walaupun aku dah balut dengan sapu tangan aku. Aku rasa lebih baik kena rawat luka tu cepat-cepat daripada kau biarkan lama-lama. Nanti luka kau jadi teruk, boleh beri kesan buruk dan bahaya kat kau, tau tak?" Jelasnya kepada Aira dengan lebih terperinci.
Selepas itu dia menyambung ayatnya lagi dengan wajah yang nakal. "Hmm..tapi kalau situasi darurat macam ni boleh pegang je kan? Jangan risau, aku pegang baju kau je pun. Bukannya pegang tangan kau." Usik pelajar lelaki tersebut sambil tersengih macam kerang busuk.
'Hahh!! Dia ni! Memang nak kena hempuk ke ape?' Aira hanya menjeling tajam ke arahnya.
Namun belum sempat Aira menjawab, dia tidak boleh berbuat apa-apa apabila pelajar lelaki tersebut sudah memegang hujung baju uniform sekolahnya dan lengan kirinya. Dia meletakkan lengan Aira ke atas bahunya kemudian memapahnya perlahan-lahan bagi menyokong pergerakan Aira untuk berjalan.
"Jom, aku tolong kau jalan." Balasnya sambil memandang tepat ke arah muka Aira sambil tersenyum manis bak gula-gula kapas.
*Blush*
Wajah Aira mulai kemerahan sambil menjawab tergagap-gagap dan menundukkan kepalanya ke bawah. ".....Oo..Okey..."
Satu patah kata je yang terfikir dalam minda Aira bila tertengok senyuman cair tersebut. 'Handsome!'
Selepas mereka bangun dan berjalan perlahan-lahan, pelajar lelaki tersebut mengalihkan pandangannya ke hadapan.
Aira hanya mampu melihat dari pandangan sisi kirinya. Wajah pelajar lelaki tersebut kelihatan bersinar-sinar apabila terkena cahaya matahari di bawah pohon besar yang mereka duduki sebentar tadi. Rambutnya yang hitam pekat itu bertiup perlahan-lahan tatkala angin sepoi-sepoi bahasa bertiupan ke arah mereka. Matanya yang coklat cair yang terus-menerus memandang ke arah hadapan membuatkan bentuk matanya terlihat sangatlah menarik untuk diperhati.
*Dub*Dab*Dub*Dab*
Aira merasakan jantungnya tiba-tiba berdegup kencang tatkala memandang lama pelajar tersebut. 'Haish! Apahal dengan jantung aku ni? Kenapa jadi laju je bergerak!' Cetusnya dalam hati.
'Sabar..sabar jantung. Sabar jantung.' Bisiknya dalam hati sambil cuba untuk menenteramkan jantungnya.
Tiba-tiba dia teringat lirik lagu Korea yang lama daripada 2PM yang sering dia dengar bertajuk 'Hearbeat'. Lagu tersebut pernah menjadi lagu favourite kerana baginya lagu itu sedap didengar.
{
Can you feel my heartbeat?
Heart beat~ heart beat~
Niga jitbarpgo tteonan simjangi
Ajikdo ttwigo isseo geugeotdo neoreul hyanghae
»
Listen to my heartbeat << it's beating for you>>
Listen to my heartbeat. <
Don't I know that it's over. I don't understand why I'm
like this~
Listen to my heartbeat << it's beating for you>>
Listen to my heartbeat.. <
}
Lirik-lirik lagu 'Heartbeat' yang bermain-main dalam fikirannya hilang, bila dia tersedar daripada lamunannya. Dia memandang kembali ke arah pelajar lelaki di sampingnya.
*Dub*Dab*Dub*Dab*Dub*Dab*
Dentak jantungnya semakin laju apabila pelajar tersebut memalingkan muka ke arahnya. Dia merenung Aira tanpa berkelip. Matanya yang berwarna coklat cair itu terlihat menawan sekali. Macam mata kacukan orang Arab!
'Aku..aku rasa nak pengsan kalau macam ni!' Aira menjerit di dalam hatinya. Dia mula berangan-angan jauh. Kau bayangkan, kau tengok orang tu secara senyap-senyap, tapi tiba-tiba dia tengok kau balik. Siap merenung dan bertentang mata lagi! Mesti rasa something kan? Berdebar-debar jantung bagai nak rak! Happy semacam dan mula berangan sampai ke awan-awangan.
Namun begitu, semuanya angan-angannya terhenti dan menghilang begitu sahaja sebaik saja jejaka tampan tersebut membuka mulut.
"Kenapa? Ada apa-apa melekat kat muka aku ni ke?"