Chereads / Our Precious Moments / Chapter 4 - THINKING ABOUT ME?

Chapter 4 - THINKING ABOUT ME?

"Kenapa? Ada apa-apa melekat kat muka aku ni ke?" Ujarnya menyentuh dan mengusap-usap mukanya sendiri menggunakan sebelah tangan kanannya. Dia memandang Aira dengan mengangkat sebelah keningnya. "Hmm?"

"Tak..tak ada...Tak ada apa-apa pun yang melekat kat muka kau."

*Krak*

Hancur imaginasi Aira apabila sedar bahawa jejaka di tepinya itu tidak seperti yang dia harapkan. Alah macam nak bersweet-sweet sikit tapi last-last rupanya syok sendiri. Ahahaha..

Aira hanya terdiam sambil mengalihkan pandangannya ke hadapan. Dia tidak berani lagi memikirkan perkara-perkara yang dia harapkan terjadi. 'Lupakan je lah! Apa yang aku merepek ni? Aku ni pun masih belajar lagi lah!'

Manakala si pelajar lelaki itu hanya memandang pelik ke arah gadis di sampingnya. 'Hah? Memang ada sesuatu ke kat muka aku ni?' Fikirnya sambil menyapu-nyapu mukanya dengan sebelah tangan. 'Hmm? Takde apa-apa pun yang melekat kat muka aku?' Hatinya kian tertanya-tanya mengapa gadis tersebut melihatnya.

"Kau..kau nak tolong aku ke tak ni? Takkan kau nak pegang muka kau je kut?" Soal Aira sambil memuncungkan mulutnya sambil membuat muka cemberut. 'Aku tau kau tu handsome, tapi jangan sampai pegang-pegang muka kau! Nanti bertambah handsome! Tak kuat aku tengok! Dahlah kaki aku sakit sangat ni, boleh pulak kau pegang muka kau!'

Tersedar daripada lamunannya, jejaka tampan tersebut segera meminta maaf. "Ah! Maaf! Aku tak sedar takdi. Aku terlupa pulak kaki kau sakit!" Dia segera menyambung semula memapah lengan Aira dengan perlahan-lahan.

"....."

Aira hanya mampu senyap dan tidak mampu berkata apa-apa. 'Dia ni...gentleman la jugak...Yelah, sebab zaman sekarang ni susah nak cari lelaki yang mudah ucap minta maaf. Kalau ada pun biasa bunyi macam terpaksa je minta maaf. Tapi yang aku tengok dan dengar dia cakap minta maaf tadi macam ikhlas je. Bukan nampak macam terpaksa cakap.' Fikirannya ligat berpusing dan memikirkan pelajar lelaki di tepinya.

Tanpa disedarinya, mereka berdua telah keluar daripada Kawasan Pokok Bunga Anggerik Merpati dan Taman Bunga Ilmu. Sebaik sahaja mereka melangkah keluar, kelihatan ramai pelajar lelaki dan perempuan berbisik-bisik sambil memandang mereka berdua. Jejaka tampan itu hanya menghiraukan pandangan pelajar-pelajar tersebut dan terus melangkah bersama Aira yang berjalan dengan terhenjut-henjut.

*****

"Okay, kita dah sampai."

Suara milik pelajar lelaki tersebut mengejutkan dirinya.

"Hah?" Aira yang terdiam sejak tadi terpinga-pinga sambil bertanya dan memandangnya.

"Aku cakap kita dah sampai kat bilik rawatan. Kau tak nak rawat ke kaki kau yang terluka tu?" Jejaka tersebut mengulang kembali percakapannya.

Aira tersedar dan melihat ke hadapan. Di depannya terlihat papan tanda 'Bilik Rawatan Pelajar'. "Ohh...dah sampai rupanya. Aku tak sedar pun."

"Patutlah kau tak sedar, aku tengok kau termenung je dari tadi. Kau pikirkan soal apa?" Soalnya dengan berpaling terhadap Aira.

"Haa..? Oh...Takde apa-apa lah. Aku tak pikir apa-apa pun." Jawab Aira dengan panik. 'Takkan aku nak cakap tengah pikir pasal kau. Memang taklah aku nak cakap. Malulah aku kalau aku cakap!' Hatinya menjawab dalam senyap.

Pelajar lelaki tersebut mengangkat sebelah keningnya sambil menembak jawapan. "Ke...kau fikir pasal aku? Sebab lengan kau tak lepas-lepas lagi dari bahu aku ni?" Soalnya sambil menunjukkan lengan kiri Aira yang berada di atas bahunya sambil tersenyum nakal.

"Me..memang taklah aku fikir pasal kau!" Muka Aira sudah kemerah-merahan sambil cuba mengalihkan lengannya dengan pantas.

Namun, belum sempat dia berdiri dengan baik, Aira hilang keseimbangan badannya. Pergerakan badannya jatuh dengan laju tanpa sempat dia berbuat apa-apa.

"Ahhhh!!!!"

Aira menjerit dan memejamkan matanya dengan erat. 'Aku terlupa yang kaki aku sakit! Alamatnya, masuk hospital lah aku kalau macam ni!!'

*Plak!*

"Gotcha you!"

Suara tersebut menyedarkan Aira. Dia berasa seolah-olah dunia berhenti seketika. Perlahan-lahan dia membuka matanya satu persatu. "Hah?" Hanya perkataan itu sahaja yang terbit daripada bibirnya yang mungil itu. Matanya terkebil-kebil memandang ke arah suara tersebut.

Di hadapannya terlihat wajah kacak tersebut memandangnya. Wajah yang bersih tanpa cela. Matanya coklat cair bersinar bak mutiara. Kelihatan tangannya memegang dan menangkap badan Aira daripada terjatuh.

*Blush*

Wajah Aira kini merah padam sambil cuba bangun dan membetulkan kedudukan badannya.

Apabila melihat gadis itu terkial-kial bangun, jejaka tampan tersebut membantunya berdiri dengan meletakkan lengan kiri Aira di atas bahunya. "Kau ni, bahaya tau tak tadi! Kau nak masuk hospital ke kalau betul-betul jatuh?! Dahlah ada longkang belakang kau tu!" Jawabnya dengan nada yang serius dan marah. Wajahnya kelihatan risau sekali.

Aira memusingkan kepalanya ke arah belakang dan melihat longkang yang selebar 1 meter yang agak dalam. Tetapi longkang tersebut sudah diletakkan jejari besi penutup longkang di atasnya. "Ha'ah..betul lah apa yang dia cakap tadi." Bisiknya perlahan.

Dia tidak boleh membayangkan betapa ngerinya sakit yang akan dia rasa kalau betul-betul jatuh di atas longkang tersebut. Macam mana kalau jejari besi penutup longkang tu tiba-tiba terbuka? Macam mana kalau kepala dia terpecah atau tangannya patah bila dia jatuh? Ditambah lagi dengan luka di kakinya itu, mesti akan rasa sakit teramat!

Pelajar lelaki itu menyambung ayatnya kembali sambil merendahkan nadanya yang sedang marah.

"Lagipun aku gurau je tadi, aku tak sangka kau betul-betul lepaskan lengan kau tu! Aku merancang nak tolong papah kau sampai jumpa dengan cikgu rawatan baru aku lepaskan lengan kau. Kau tu mana boleh jalan lagi dengan kaki yang terluka tu.."

Ayatnya terhenti apabila matanya melihat darah merah mulai keluar daripada sapu tangan yang dibalut di kaki Aira. "Ah, tak apalah! Baik rawat kaki kau tu dulu." Ujarnya perlahan.

Aira tidak mampu berkata apa-apa apabila melihat keprihatinan pelajar lelaki yang baru dikenalinya itu. Dia hanya mampu mengikut berjalan bersama-sama. Yelah, memang salah dia pun sebab lepaskan lengan tadi. Degil sangat. Tulah, siapa suruh tak fikir elok-elok! Timbul perasaan bersalah hadir di benak fikirannya. 'Dia pun dah banyak bantu aku padahal dia baru bersekolah kat sini. Baik hati jugaklah dia. Aku kena ucap terima kasih ni.'

Jejaka tampan tersebut memapah lengan Aira sambil cuba mengetuk pintu 'Bilik Rawatan Pelajar'.

*Tok!*Tok!*Tok!*

"Ya, silakan masuk."