Chereads / Our Precious Moments / Chapter 7 - RY..RYKER?

Chapter 7 - RY..RYKER?

*****

Selepas hampir 10 minit mereka menunggu di atas bangku di tepi Bilik Rawatan Pelajar, Aira berpaling kepada Rafie yang duduk di sisinya sambil menanyakan soalan.

"Rafie, kau ingat tak apa yang Cikgu Adawiyah kata kat aku?"

"Ingat."

"Apa dia?"

"Cikgu tu kata muka kau macam ayam berak kapur." Balas Rafie dengan selamba tanpa memandang ke arah Aira. Tanpa dia sedari, muka Aira sudah berubah macam singa kelaparan mencari mangsanya kerana geram. Siap merah lagi mukanya sebab tahan marah!

"Kan! Ada ke patut dia kata muka aku macam ayam yang tengah berak? Dahlah berak, kapur pulak tu! Arghh! Kotorlah! Kau rasa muka aku nampak macam tu ke??" Aira merungut sambil bertanya kepada Rafie dan menuding jari telunjuk ke arah mukanya sendiri.

"Pftt!!! Hahahaha!!!" Rafie hanya mampu tergelak besar apabila dia mendengarkan omelannya.

Aira menarik wajah masam macam lepas minum air cuka selepas melihat Rafie mengetawakannya. "Apa ni? Muka aku memang nampak camtu ke?! Huh!" Balasnya sambil menayangkan muka cemberut.

"Hahaha!!!" Rafie hanya menyambung ketawanya dengan terbahak-bahak.

Aira menjeling tajam macam mata burung helang. "Sudah-sudahlah tu gelak kat aku!"

Rafie menyapu sedikit air mata yang mengalir keluar akibat ketawa kuat sebentar tadi. "Okay, okay! Aku stop! Lawaklah kau ni!" Dia memandang Aira sambil menjongket sebelah keningnya ke atas. "Kau faham ke tak maksud ayam berak kapur tu macam mana??"

"Faham. Ayam tu tengah berak. Warna kapur." Balas Aira dengan penuh yakin.

"Pftt! Haha!! Bukan macam tu lah!" Ujar Rafie sambil menahan ketawa. Dia hanya mampu menggeleng-geleng kepalanya apabila mendengar jawapan Aira. 'Adoi, dia ni memang betul-betul tak paham ke ape?' Getusnya dalam hati.

"Seperti ayam berak kapur maksudnya muka kau nampak pucat dan badan kau tak bermaya..badan kau nampak macam tak sihat. Takkan kau tak pernah dengar peribahasa ni?" Ujarnya sambil menoleh ke Aira.

'Hah? Seperti ayam berak kapur...muka pucat..badan tak sihat..Eh, eh! Kejap, macam pernah dengar je...'

Kemudian Aira menepuk dahinya sendiri menggunakan sebelah tangan.

*Plakk*

'Aduh! Macam mana aku boleh terlupa peribahasa Melayu yang famous tu? Biasa selalu ada peribahasa tu dalam periksa! Halah! Kiranya akulah yang salah ni? Tak pasal-pasal aku dah salah paham dengan cikgu tu! Aku kena mintak maaf kat cikgu tu nantiii!' Muka Aira sudah merah kerana menahan malu. 'Patutlah mamat ni asyik gelak-gelak je lepas dengar jawapan aku! Ish! Aku nak jawab apa ni??'

Sedang Aira memikirkan alasan apa yang perlu dia katakan kepada Rafie, tiba-tiba dia mendengar namanya dipanggil.

"Aira!!"

Eh jap..Macam kenal jee suara ni..

"Aira! Anakku tersayang!"

Aira berpaling dan menjerit. "Ma, Mama!!"

Yes! Mama penyelamatku datang~

"Kenapa dengan kaki kamu ni? Apa yang terjadi?" Tanya ibunya sambil menunjukkan reaksi muka yang risau.

"Oh..pasal tu..." Aira memandang Rafie untuk menolongnya memberikan penjelasan. Mama Aira turut sama menoleh.

Ibu Aira terkejut tatkala melihat wajah Rafie. "Hah? Ryker?? Macam mana kamu boleh ada kat sini? Bila kamu balik?"

'Ryker? Si Rafie ni?! Mama kenal ke dia???' Aira hanya tercengang dan mulutnya ternganga sambil memerhatikan muka mereka berdua.

"Ah! Aunty! Aunty apa khabar? Dah lama kita tak jumpa. Mummy saya selalu cerita kat saya pasal Aunty sampai telinga saya ni rasa macam nak pekak dan berdarah dah! Mummy asyik sebut-sebut nama Aunty bila dia dapat tau yang Daddy kata nak balik Malaysia. Oleh disebabkan Daddy kerja kat sini, mulai hari ini saya sekolah kat sini." Ujar Rafie dengan panjang lebar sambil menanyangkan muka tak puas hati! Yelah! Siapa yang tak serabut bila mak sendiri asyik cerita perihal kawannya dekat anaknya?

Rafie mengingat kembali tentang apa yang disampaikan oleh Mummynya. Mummy dan Mama Aira dah lama berkawan rapat sejak sekolah menengah lagi. Mereka berdua dah macam belangkas! Pergi sekolah sama-sama. Masuk universiti pun sama-sama! Sampaikan jurusan pun ambik bersama! Hinggakan pekerjaan mereka pun sama! Cuma satu je tak sama! Tarikh kahwin mereka! Selepas maknya mengikut ayahnya tinggal di Belanda, mereka kini duduk berjauhan. Hanya panggilan telefon dan e-mel yang mampu dibuat. Bila orang kalau dah rapat sangat memang susah nak berpisah! Yelah! Sorang duk Malaysia, sorang lagi duk Belanda! Memang rindu tak terkatalah diorang! Tapi menurut Ryker, Aunty ni memang baik orangnya, pemurah pulak tu! Dia masih ingat lagi masa dia kecik, Aunty ada lawatan kerja ke Amsterdam, Belanda. Masa tu memang banyaklah cenderahati yang Aunty beli dan bawak dari Malaysia! Siap percuma lagi dia bagi kat kami sekeluarga! Memang aku happy giler masa tu! Budak-budaklah katakan, pantang bila dapat makanan! Selepas tu, Aunty ni ade jugak bagi hadiah Birthday aku melalui pos luar negara! Jauh tu! Memang aku terharu sangat-sangat masa tu. Tapi satu je aku tak suka pasal Aunty ni! Bila Mummy asyik cerita pasal Aunty ni dari badan aku kecik sampailah aku besar camni! Mummy duk pot pet pot pet bercerita pasal tu lah ini lah! Boleh dikatakan, sampai aku dah boleh hafal semua tentang Aunty ni! Naik loya tekak aku bila ingat balik!

Mama Aira hanya ketawa apabila melihat wajah cemberut milik Rafie. Ni mesti kes kawan baiknya itu cerita tentangnya kat budak ni. Kesian sungguh! "Hahaha! Ryker dah besar dah sekarang! Makin handsome pulak anak teruna ni Aunty tengok!"

Rafie hanya mampu tersenyum tatkala mendengar pujian daripada Mama Aira. Kembang semangkuk hidungnya! Siapa yang tak suka bila kena puji kan? 'Aunty ni masih tak berubah! Dari dulu sampai sekarang, gaya pujiannya tetap sama! Cara dia panggil aku pun sama. Ryker.'

Kemudian, dia mengerling kepada Aira yang wajahnya membengong dari tadi dan memerhatikan mereka berdua. Rafie mula menceritakan tentang apa yang berlaku kepada ibu Aira.

*****

Mama Aira hanya tersengih-sengih sehingga menampakkan gigi putihnya persis macam dalam iklan Colgate selepas mendengar cerita Rafie. Degil betul anak aku ni! Perangainya sebijik sama macam aku masa muda dulu-dulu! Keras kepala!

"Ooo..jadi macam tu." Tuturnya perlahan sambil melihat Aira. Mak borek, anak rintik!

Kemudian, dia menyambung bicaranya sambil memandang Rafie. "Ryker, terima kasih la ya sebab dah bantu budak Aira ni!"

"Tak ada apalah Aunty. Hal kecik je ni." Balasnya sambil tersenyum nipis.

'Apa?? Kau kata aku ni hal kecik je?!' Aira mencebik bibirnya sambil merenung tajam wajah Rafie. Wajahnya berkerut-kerut kerana menahan marah.

Mama Aira hanya mampu tergelak apabila melihat gelagat dua remaja di hadapannya ini. Sorang tersengih-sengih macam kerang busuk, sorang lagi berkerut-kerut muka macam orang tahan kentut. Hah, elok sangatlah tu kalau ada orang tengok!

"Kalau macam tu, Aunty pergi dulu la ye. Sebab Aunty nak buat further medical check-up kat Aira ni. Takut ada luka serius." Dia berkata-kata sambil meletakkan lengan Aira ke atas bahunya, kemudian dia berdiri dan mula memapah perlahan-lahan. Ciri-ciri mama yang sangat caring!

Rafie mengangguk. "Biar saya yang bawa beg sekolah dia." Ujarnya sambil berdiri dan menggalas beg Aira yang digalas dari tadi di bahunya. Beg sekolah dia terasa berat mengalahkan batu!

Kau bawa buku ke batu ni?

Kemudian, mereka bertiga mulai bangun daripada bangku dan mulai melangkah sambil menuju ke arah kawasan tempat letak kereta.

*****