Chereads / That's Not My Problem / Chapter 52 - Bab : 52

Chapter 52 - Bab : 52

🌷Payback Time🌷

Tengkuknya diurut kerana lenguh selepas menghadiri kelas seni tadi. Dekat sejam lebi dia hanya duduk dan tersengguk-sengguk mengantuk sewaktu mendengar syarahan mengenai asas-asas melukis dan melakar. Entah berapa kali nak di ulang pun dia tak tahu.

Rasa nak termuntah je rasanya.

Mesin air layan diri di dekati. Beberapa keeping syiling kemudiannya di keluarkan dari poket sebelum dimasukkan ke dalam mesin tersebut. Air tin berisi espresso tanpa gula di tekan.

KEDEGANG!

Bunyi tin jatuh darinya.

Saat dia hendak tunduk mengambil tin itu di dalam laci mesin tersebut, ada tangan lain yang terlebih dahulu mengambil tin minumannya.

Berdiri tegak saja dia, seorang gadis berambut hitam dengan senyuman jahat berdiri di depannya. Dia pandang bosan tidak berminat akannya.

"Siapa pulak kau ni?Aku tak kuasa la nak cari gaduh.."keluhnya sambil aju tangan ke depan mahu tin minumannya semula. Namun dengan selamba gadis di depannya membuka pin pada tin minuman itu. Mengeluarkan bunyi hiss sebaik ia terbuka. Terbutang mata dia sewaktu memandang tangan itu.

"Serius la kau tak kenal siapa aku?" tanya Hera sebelum meneguk minuman dalam air tin itu.

Kepalan penumbuk digenggam erat. Geram! "Siapa kau!"tanya ketua pasukan varsity kelab ragbi itu dengan bengang ke Hera sebelum merampas tin itu dari tangan Hera. "Berani kau ya!Ini aku punyalah!" marahnya yang tunduk melihat tempat bibir Hera telah hinggap.

Berdengus tak percaya Hera lepas dengar. Dia lentokkan sedikit kepala. "Oh really?Tahu pulak kau nak label sesuatu itu kepunyaan kau?Tahu pun nak marah bila orang sentuh barang kau?Tapi kau...ada fikir sebelum lakukan hal tu pada orang lain?" kejadian yang menimpa Joshua dan Alan perlu dibuat perhitungan. Memandangkan dia sudah lama diam tidak menimbulkan masalah, apa salahnya kalau buat hal untuk hari ni.

Lelaki itu berkerut kening memandang Hera dengan mata di kecilkan. Tak ingat pulak yang dia pernah buli gadis comel di depannya ini?

"Memangnya kau pernah kena buli dengan aku ke?"tanya dia. Setahu dia la...yang kena buli adalah Budak-Budak ragbi dia je.

Hera menggeleng kepala. "Bukan. Bukan aku yang kena buli. Tapi seseorang yang kau tak patut sentuh selain aku..."

"Siapa?"tanya lelaki itu lagi. Dia melirik akan wajah Hera yang mengenakan solekan pada dua pasang mata itu. Bercelak dan memakai mascara, membuatkan mata itu kelihatan cantik walaupun garang dan tegas.

"Rahsia..."

"So kau nak buat apa?"tanya lelaki itu lagi.

Hera tersenyum sinis. Dia keluarkan telefonnya lalu tunjuk akan video yang dia rakam sewaktu lelaki itu dengan minionnya membelasah Joshua dan Alan di Lorong tempoh hari. "Ni...aku akan sebarkan satu akademi...biar semua orang tahu...jenis manusia apa kau yang sebenarnya.." ugutnya.

Menjegil bulat mata lelaki itu sebaik lihat akan isi kandungan video itu. Wajahnya jelas-jelas di situ. Dia pun apa lagi tanpa berlengah gerak hendak mengambil telefon itu. "Padamkannya!"arah dia.

"Ah-ah...."geleng Hera dengan sengih menyakatnya. "Kita tengok siapa jatuhkan siapa sekarang...kemudian baru kau tahu apa itu rasanya sakit bila sesuatu yang kita sayang dirampas satu persatu dari kita..." lantas Hera sentuh skrin telefon dimana perkataan send ada.

"Tak guna!"lelaki itu cuba menerkam Hera, tetapi berada di atas lantai sesaat kemudian setelah di pengkes kakinya oleh Hera dalam sekelip mata.

Hera menejup mulutnya dengan terkejut.

"Oops!Sowwy!"drama Hera dekat situ semasa tunduk memandang lelaki itu di lantai.

"Grrr!!!Kau memang nak kena!"deram lelaki itu dengan berang saat bangunkan diri dari lantai dan gerak mahu menerkam Hera semula.

Menggunakan ilmu taekwando yang dimiliki sejak kecil, Hera dengan mudah mencekau kolar baju lelaki itu lalu mencampak tubuh itu semula ke lantai.

KEDEBUK!

Tersembam mencium lantai lelaki itu sesaat kemudian dengan kuat.

Dan kejadian itu kemudiannya menarik perhatian pelajar-pelajar yang ada di sekitar koridor ruang legar itu. Ada yang lihat kejadian itu terus lari pecut menuju ke suatu arah dengan cemas.

Sementara Hera tidak henti-henti mahu mencampak lelaki yang bertubuh dua kali lebih sasa dan besar darinya ke lantai berulang kali!

🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷