Chereads / That's Not My Problem / Chapter 53 - Bab : 53

Chapter 53 - Bab : 53

🌷Mengamuk🌷

Di hujung koridor kelihatan empat sekawan jalan beriringan sepanjang laluan itu.  Mereka menyandang beg sukan di bahu masing-masing. Perhatian mereka mulanya sedang asyik berborak.

Namun beralih ke bunyi bising dari kumpulan pelajar yang sedang berkumpul mengelilingi tempat dimana mesin air berada di hujung koridor depan mereka ketika itu.

Bunyi suara orang menjerit dan marah-marah kedengaran sayup dari tempat Kayden dan rakan-rakannya berdiri.

"Apahal pulak tu?"tanya Noah terlebih dahulu. Dia jengah leher hendak lihat.

Kyle pula berkerut kening. Dah.. apa pulak ni? "Macam ada orang bergaduh je..."ujarnya sambil betulkan tali beg sandang di bahu.

Arion pula mengecilkan mata saat memandang dari jauh akan kekecohan tersebut."Apa aje la budak-budak ni?Tak boleh kedalam sehari tu tak buat hal? " keluhnya dengan kesal.

Pada masa itu Kayden di tengah-tengah sekali sudah ternampak akan kelibat orang yang berada di dalam kekecohan tersebut. Perasaan tak sedap mula bertandang

Dan semua itu menjadi jelas sebaik dia menyedari siapakah orang itu.

"What the hell?"lafaz Kayden dengan nada tak percaya. Keningnya mencerlung tak puas hati.

Terjengah-jengah dia dengan bingung. "Asal wei?Apa kau nampak? "tanya Arion dengan terkejut. Dia nak tahu jugak apa yang Kayden nampak tadi.

Giginya diketap geram. "Haish! Menyusahkan betul la semua ni! " Tanpa berlengah Kayden berlari ke depan. Sebelum itu sempat dia beritahu.  "Hera buat hal..."

"Hah!?"seru mereka dengan serentak sebelum ikut berlari di belakang Kayden ketika itu.

"Seriously?"tanya Noah dengan jengkel.

"Dah kenapa pulak dia buat hal tiba-tiba ni?" tanya Kyle sewaktu berjoging merentasi koridor untuk ke hujung tempat itu.

Para pelajar yang mengerumuni tempat pergaduhan itu tidak berani hendak masuk campur apabila melihat betapa ganasnya pergaduhan tersebut. 

Si lelaki dengan selamba menarik rambut si perempuan. Sementara si perempuan menyepak-nyepak kaki si lelaki.

Sudah tidak ubah seperti perlawanan laga lembu!

"Lepaskan aku la you son of the b*tch!" teriak Hera.  Dia angkat kakinya lalu melutut rusuk pelajar lelaki itu hingga terlepas cengkaman lelaki itu dari rambutnya

Si lelaki malahan tidak berputus asa.  Dia bergerak semula ke arah Hera. Sudah bersedia mahu menghayun penumbuk!

"Ambik ni!"lafaz pelajar lelaki itu dengan muka bengisnya sewaktu penumbuk dia bergerak laju ke muka Hera.

Hera bersedia mahu menerima impak itu.

Namun begitu,  tidak sempat tangan itu hendak hinggap ke muka Hera,  muncul satu tangan yang menyambut kepalan penumbuk tersebut dengan kemas di dalam tangan.

Suara orang menahan nafas turut kedengaran. Buatkan ramai yang menyaksikan keadaan di situ tergamam sendiri.

Terbeliak luas mata Hera bila tengok lengan yang muncul dari balik bahu kanannya saat itu. Dia kejung berdiri di situ dengan nafas naik turun kerana mengah membelasah ketua pasukan varsiti ragbi tadi. Ditambahkan lagi dengan kedatangan mengejut penyelamatnya.

Pelajar-pelajar lain yang berkumpul di situ pandang tidak berkedip ke Kayden dan konco pengawas akademi sedang berdiri lampai di tengah bulatan mereka.  Ada yang membeliakkan mata,  ada yang beredar terus dari situ tanpa berlengah. Ada yang undur ke belakang menyembunyikan diri supaya tidak di lihat.

"Kau orang tengokkan apa lagi... blah ar!"arah Noah dengan garang ke mereka semua di situ.

"Ingat free show ke! Balik masuk kelas masing-masing!"arah Kyle pula sambil tolak merela semua supaya pergi dari situ.

Sedia maklum siapa kumpulan itu,  mereka pun cepat-cepat bersurai meninggalkan kawasan kejadian tanpa banyak bunyi. Enggan menjadi mangsa kumpulan itu terutama sekali Kayden!

Pelajar lelaki tadi mengetap gigi dengan kuat setelah melihat Kayden adalah orang yang menghalang penumbuknya. Dengan kasar dia cuba merentap tangannya itu. Tak guna betul!

"Lepaskan aku!"arahnya.

"As you wish... "balas Kayden.

Kayden pun tolak tangan pelajar lelaki itu dengan tujahan kuat hingga buatkan pelajar lelaki itu tersandung gerak ke belakang hendak terjatuh.

Hera yang tidak berpuas hati apalagi,  cepat-cepat la gerak hendak menerkam semula pelajar lelaki itu. Dia langsung tak peduli siapa yang membantunya tadi. Apa yang ada dalam kepala dia ketika itu adalah sakiti pelajar lelaki di depannya secukup-cukupnya.

"Sini la... nak tumbuk sangat kan! Biar aku patahkan gigi kau tu sekali!"terkam Hera dengan berang.

Namun baru dua langkah dia maju ke hadapan,  tidak semena satu lingkaran hinggap di sekeliling pinggangnya.

Lantas tubuhnya terasa di tarik ke belakang sebelum bersandar pada dada itu.

Grrr! Siapa pulak yang menyibuk ni!

Hera palingkan kepala.  Dia pandang berang ke balik bahunya sambil memukul-mukul lengan yang ada di pinggangnya ketika itu. "Apahal ni?Lepaskan aku lah!"

"Enough Hera."arah Kayden sewaktu tunduk memandang muka merah padam Hera. Si Kepala Angin ni kan!

"Lepaskan aku!LEPASKAN AKU!!!! "teriak Hera dengan histeria sambil kakinya menyepak-nyepak udara mahu lepaskan diri.  "Biar aku pecahkan muka tu cukup-cukup!"

"Kau sinilah... kau ingat aku hairan sangat ke! "agah pelajar lelaki itu yang turut mahu mendapatkan Hera kerana berang dimalukan depan semua orang tadi. "Ingat kau perempuan aku tak berani ke nak belasah kau!"dia gerak mahu menerpa Hera.

Lantaran itu muncul Noah dan Kyle di kanan dan kirinya dengan mengejut dan mengekang dirinya dengan cengkaman di kedua-dua lengan itu.

"Lepaskan aku!"gelutnya pula.

"Cukup la!"arah Arion yang sudah berdiri di tengah-tengah kekecohan itu.

"Arghhhh!!!! Lepaskan aku! Lepas!!!! " teriak Hera.

Kayden yang bergelut hendak menghalang Hera memejam mata menahan sabar. Dia tarik nafas pendek lalu dihelakan dengan panjang lantas membuka matanya. Wajah Arion dipandang letih. Susah betul kalau dia hadap Hera macam ni lama-lama! "Bawa Hera... Arion." arahnya semasa pelul erat sekeliling badan Hera termasuk tangan gadis itu.

"Bawa dia ke mana?"tanya Arion semasa hulur tangan ke Hera sambil memandang Kayden.

Hera tepis tangan Arion dengan kasar.  Wajahnya bercemberut berang.

"Bilik umum." jawab Kayden dengan kening berkerut sewaktu matanya terarah pada ketua pasukan varsiti ragbi di depannya ketika itu.

Arion terus tunduk ke bawah lalu bawa Hera naik ke atas bahunya begitu sahaja.  Tidak peduli akan kaki dan tangan gadis itu yang menampar sepak ke merata arah. "Hey princess...calm your sh*t down!"arahnya sambil gerak pergi dari situ.

Hera meronta!

"Lepaskan aku la! Apa masalah kau orang ni! Turunkan aku sekarang!"teriak Hera sambil angkat kepalanya mahu memandang ke pelajar lelaki tadi. "Jangan sampai aku jumpa kau lagi!"laungnya semasa di bawa pergi dari situ.

Noah di sebelah pelajar lelaki itu alihkan matanya dari Hera untuk memandang Kayden. Keningnya berkerut susahhati. "Biar aku uruskan dia dulu...kau tengokkan Hera." mintanya.

Tapi Kayden tidak peduli,  malah dia berdiri di situ memandang pelajar lelaki itu dengan kening mencerlung. Apa lagi lelaki keparat ni mahukan! Tak cukup-cukup lagi ke?

Kyle pandang risau ke Kayden dan pelajar lelaki itu silih ganti. Kepalanya mula ligat memikirkan hal tak sepatutnya. Apa pulak la kawan dia nak buat lepas ni?!?

"Apahal dengan kau orang hah! Lepaskan aku sekarang! Biar aku ajar perempuan kurang ajar tu! Lepas!!" jeritnya dengan berang.  "Biar aku-BUKK!"tersembur dia  apabila satu tumbukan padu mengenai perutnya. Sebunya!

Bersama muka dingin tiada ekspresi, kolar baju itu di cekau Kayden. Dia tarik badan tu hingga buatkan muka pelajar tu betul-betul depan batang hidungnya.

Memekak betul!

Pelajar lelaki itu gagahkan diri untuk pandang Kayden,  dia berkerut kening menahan sakit. Cis! Tak guna betul!

"Aku dah beritahu kau untuk jaga perangai kau kan?"bisik Kayden dengan keras di depan muka itu. "Nak aku cakap bahasa apa supaya kau faham?"

Noah dan Kyle dekat situ hanya berdiri perhatikan Kayden. Menanti tindakam seterus kawannya.

"Aku-bukan aku yang mu-lakan.. "gagap pelajar lelaki itu dalam kesakitan.

Lantas pipi itu di tampar oleh Kayden beberapa kali sewaktu dia berkata.

"Aku tak peduli siapa yang mulakan... apa aku tahu kau dengan perangai samseng kau patut di kurangkan atau biasiswa sukan kau tu akan di tarik semula..."ugutnya.  "Kau patut ingat yang dekan ada dekat belakang aku. Kalau bukan sebab aku, kau takkan. masuk ke pusingan kelayakan ragbi kegemaran kau tu....kalau aku jadi kau...aku akan fikir dua kali sebelum buat apa-apa. "kata Kayden sebelum tolak badan itu ke belakang hingga terjatuh di lantai.

Pelajar lelaki itu tidak dapat berbuat apa. Dia menikus ketakutan di situ sambil pegang perutnya yang ditumbuk Kayden tadi.

"Dah jom blah.. "ajak Kayden kepada Noah dan Kyle. Dia berpaling dari situ dengan jelingan maut. Tetapi baru sahaja dia gerak hendak pergi, Kayden berhenti sejenak sebelum kembali memusingkan badannya ke pelajar lelaki itu.

"Oh... lupa nak beritahu. "mulanya. "Budak perempuan yang kau cari gaduh tadi..."ibu Jarinya tunjuk ke belakang bahu.  "Sebenarnya dia adalah anak saudara kesayangan dekan... "beritahu Kayden sebelum tarik sengih sinis mengejeknya. Kalaudia report ni mesti kena gantung terus budak ni

"Balik nanti kau doa la banyak-banyak ya supaya kau takkan dibuang dari pasukan ragbi kau dan biasiswa kau tak ditarik.. ... " baru la dia kembali berpaling dan pergi dari situ.

Terbutang luas mata pelajar lelaki itu kerana begitu tercengang mendengar kenyataan tersebut.

Kyle dan Noah menyusul kemudian. Sempat juga mereka kerling ke pelajar lelaki itu bersama sengih leret mengejek.

"What a loser... "sengih Kyle dengan sinis ketika itu.

Noah seluk tangan ke dalam poket seluarnya sewaktu jalan seiring di samping Kyle.

Itulah... nak tunjuk hero lagikan...

Kan tak pasal-pasal diri yang malu.

Sementara pelajar lelaki itu pula di tinggalkan dalam keadaan kusut masai dan devastated yang amat sangat. Kebingungnan dan tercengang.