Chereads / That's Not My Problem / Chapter 54 - Bab : 54

Chapter 54 - Bab : 54

🌷Peace Make Deal🌷

Bam!

Pintu bilik umum pengawas terbuka sambil di selangi dengan suara bising.

Pengawas lain yang ada di dalam ruangan itu tersentak dari aktiviti masing-masing.  Ingatkan ada orang bergaduh ke apa, sekali lepas mereka jengah kepala nak lihat apa yang terjadi.

Last-last mereka nampak Naib Ketua Pengawas sedang berjalan masuk sambil dukung seseorang di atas bahu.  Dan orang itu kelihatan begitu marah sekali.

"Turunkan aku sekarang! SEKARANG!!!!!" riuh bilik umum bersuasana senyap itu tidak semena dengan jeritan Hera.

Arion yang sudah menipis dinding kesabarannya melangkah laju ke sofa lantas campak Hera begitu sahaja ke atas sofa di tengah ruang tersebut.

"Argh!"Hera menjerit kecil kerana tindakan itu. Namun dia cepat-cepat sober dari terkejut sebelum bangunkan diri dari terbaring di sofa itu dan berdiri mahu pergi dari situ.

"Cukup Hera!"tegah Arion semasa tolak bahu Hera supaya gadis itu semula.

"Tak! Tak cukup! Aku nak dia sakit!"gelut Hera semasa mahu bangun semula.

Arion merenggus kasar,  dia tolak Hera jatuh semula ke sofa itu dengan kasar.  "Can you stop this madness for a second!?"tanya dia dengan kening mencerlung.

Baru sahaja Hera buka mulut hendak bersuara,  satu suara menempik dari arah pintu masuk.

"Kau gila?? " bentak Kayden jalan dengan marah mendekati sofa dimana Hera dan Arion berada.

Kepala semua di situ tersentak. Tidak Hera.  Dia malah silangkan tangan ke dada dan berkerut kening tak puas hati.

Sambil dekati Hera,  Kayden rentap tali lehernya dari kolar dengan kasar sebelum buka butang kemeja sebab rasa rimas dan bahang kerana begitu marah.

Noah dan Kyle berjalan rapat ke Kayden. Siap sedia nak halang kalau kawan mereka nak berkasar dengan Hera ke apa.

Sementara Arion dah berdiri menghadang Hera. Jadi perantara Kayden ketika itu.

"Kau nak sangat dapat masalah ke!"tanya Kayden yang cuba lepasi Arion,  tapi kawan baiknya itu tetap berdiri menghalang dia dari dekati Hera.

"Lelaki tak guna tu yang mulakan dulu!"marah Hera sambil lempar tangan ke arah pintu.

Kayden tolak Arion ke tepi sebelum berdiri rapat dengan Hera dekat sofa itu.  Tangannya di cekak ke pinggang kerana marah.  Dan semakin marah bila dia lihat keadaan Hera yang sudah kusut masai,  bercalar balar itu.  Ada lebam dekat tulang pipi kanan,  tepi bibir berdarah sedikit dan rambut hitam itu berselerak ke merata arah.

"Sabar Kay... "minta Arion dengan perlahan. "Tanya dia dulu."aju dia supaya Kayden tidak buat kesilapan yang sama seperti hari tu.

Kyle sudah menggeleng kepala kesal sementara Noah masih berdiri dekat sity dengan kening berkerut susah hati. Rasa macam tak percaya je Hera ni perempuan dan anak dekan. Perangai tak ubah macam jantan. Gangster betul!

Mahu tak mahu,  Kayden terpaksa surutkan rasa marah dan berang yang bertandang ketika itu. Perlahan-lahan dadanya yang berombak tadi menjadi tenang dan tangannya pun di turunkan ke sisi dengan letih.

"Kau gangster ke?Tak malu ke kalau orang pandang... bertumbuk.. bergaduh bagai... " tanya Kayden dengan nada tak percaya.  "Kau perempuan kan.... jadi berlagak macam perempuan.. bukannya gangster!"

Hera berdiri.  Dia menghadap lelaki lampai depannya dengan kening mencerun.

"Memang aku gangster! Kalau ya... kau ada masalah ke dengan tu? Siapa kau masuk campur masalah aku!"marah Hera sambil mengepal penumbuk kuat-kuat sampai sakit ditusuk dengan kuku jarinya. Tapi sakit itu tak dapat nak bandingkan rasa sakit yang dia rasai di hati ketika itu.

Kayden tidak membalas kata-kata Hera setelah perasan mata itu kemerahan dan bibir itu terketar-ketar seperti mahu menangis.

"Bukan aku yang mulakan. Dia yang buli Alan dan Joshua... sebab nak tolong dia orang berdua... aku yang kena maki dengan kau... sebab dia aku sakit hati.....Bukan aku yang cari masalah! Tapi masalah tu sendiri yang cari aku! Kau nak aku buat apa? Biarkan? Biarkan orang lain sakitkan aku..? Kalau bukan aku yang lindungi diri aku sendiri... siapa lagi?"dia tepuk dadanya dengan marah. "Sedangkan ibubapa sendiri buang anak dia. Ada kawan tikam dari belakang! Ada keluarga macam tak ada keluarga! Kau ingat aku suka ke jadi macam ni!"luah Hera bertalu-talu.

Lengang.

Sepi.

Tegang.

Itulah suasana yang menghuni ruangan tersebut apabila Hera selesai berkata-kata. Terlalu sepi sampaikan titisan air jatuh pun boleh dengar.

Tanpa berkedip Hera pandang Kayden dengan nafas naik turun kencang. Menunggu balasan dari Kayden untuk memaki dia lagi.

Beberapa ketika kemudian,  Kayden lepaskan hela nafas yang ditahannya sejak tadi tanpa sedar. Kepalanya ditunduk sekejap saat batang hidung dia di picit.

Susahnya la nak repair Hera yang dah broken teruk ni!  Orang putus cinta pun tak la seteruk ni. Nampaknya dia perlu gunakan pendekatan lain!

Kekasaran dan Brutal yangselalu dia gunakan untuk settlekan budak bermasalah bukan untuk Hera.

"Kyle... "panggil Kayden memecah kesunyian dalam ruangan itu tidak lama kemudian.

"Ya?"

"Bawakan peti kecemasan ke sini.."jawab Kayden. "Dan kau... Noah bawakan tuala dengan tisu basah ke sini.. "

"Okay... "sambut dua orang itu dengan serentak.

"Sini... "ajak Kayden yang hendak memegang lengan Hera namun Hera mengelak.  Tapi dia tetap jugak mencapai tangan itu lalu tarik Hera dan didudukan ke sofa semula.

Duduk saja di situ,  Kayden melutut sebelah kaki di depan kaki Hera.  Dia belek buku ruas jari Hera dengan perlahan. 

Melihat tindakan Kayden buatkan hati gadis Hera terusik. Matanya mulai terasa panas dan air mata mengancam mahu berkumpul. Dia pandang tangan Kayden yang sedang sentuh kesan merah dan lecet kesan dari pergelutannya tadi dengan perasaan hiba.

"Ini dia.. "muncul Kyle di tepi sofa itu tidak lama kemudian.

Lalu diikuti Noah.

Mereka masing-masing serahkan barang yang diminta oleh Kayden tadi dan diletakkan atas sofa dengan cermat.

Melihatkan keadaan sudah tenang,  Arion dengan senyap beri isyarat kepada semua pengawas yang lain termasuk Noah dan Kyle supaua bersurai dan menyambung urusan masing-masing.

Mereka pun patuh terus tanpa berlengah. Hera dan Kayden di tinggalkan berdua di sofa itu.

Kayden membuka peti kecemasan itu lalu mengeluarkan kapas dan antiseptik darinya. Cecair itu kemudiannya dibasahkan sedikit pada kapas. Setelah itu baru la dia angkat mata untuk pandang wajah bercalar dan luka Hera.

Baru saja Kayden angkat tangan satu lagi nak pegang dagu Hera,  tangan itu di tepis Hera serta merta.  Buatkan Kayden terkedu sekejap. Dia pandang Hera dengan kening terangkat tinggi.

Hera memalingkan kepalanya ke kanan. "Jangan sentuh aku!"marahnya.

"Luka tu... nanti jangkit kuman,  tinggalkan bekas... makin buruk la muka kau yang sedia buruk tu.. "ujar Kayden berbaur menyakat. Dia pegang bawah dagu Hera kemudiannya lalu dihadapkan kepadanya.

Mereka berdua pun saling bertentang mata.

Hera tidak melawan dia hanya pandang muka serius Kayden tanpa berkedip dan mahu menangis.  Dia tak suka berharap pada orang lain. Tapi bergantung pada diri sendiri adalah suatu perkara yang memenatkan.  Melakukan semua perkara sendirian bukan perkara yang mudah.

Perasan Hera mahu menangis,  Kayden bersuara sambil tekap luka Hera dengan kapas tadi.  "Jangan menangis... kalau nak jadi orang yang kuat... menangis untuk situasi penting. Kalau kau menangis sebab tewas,  gagahkan diri. Ubah diri supaya lebih kuat dan takkan kalah di lain masa.. "beritahunya.

"Huh?"Hera menjungkit kening sebaik. mendengar bait kata itu.  Tak jadi dia nak nangis.

Lantas Kayden turunkan tangannya ke bawah. Dia pagari kanan dan kiri Hera dengan tangannya dan tatap wajah itu. Nekad. Dia tahu semua ni salah. Tapi nak buat macam mana,  dia dah terlebih terlalu dalam dengan hal ni.

"Fine... aku mintak maaf untuk semua tindakan dan kata-kata aku pada kau. Kita berdamai... okay?"pandang Kayden tepat ke mata basah Hera.

Hera terdiam. Dia pandang tidak berkedip akan renungan itu. Dup! Dup! Tak semena jantung dia berdegup aneh.

"Untuk itu,  kita buat deal?"aju Kayden bersama senyuman boyish di bibir.  Mukanya di sondong merapat ke depan Hera lebih lagi.

Hera jarakkan sedikit kepalanya ke belakang kerana berasa tak selesa tiba-tiba kerana jarak rapat mereka itu.  "Deal apa?"tanya dia sambil lirik dari atas ke bawah muka Kayden. Dah kenapa tiba-tiba?

"Kau dengar cakap aku... aku dengar cakap kau..."beritahu Kayden. "Kau mintak apa,  aku tunaikannya.  Sebagai ganti,  apa aku mintak kau akan lakukannya..

"Dan kenapa aku kena setuju dengan semua ni?"kening Hera berkerut tidak suka.

"Duhh.. obviously...sebab kau perlukan aku...dekat sini. "hampir hendak tersebut Kayden akan perjanjiannya dengan Dekan Riana ketika itu. Tapi dia cepat-cepat elak. "So? Deal or not?"

Hera diam. Dia tilik setiap inci wajah Kayden dengan perasaan berharap. Dia berharap yang Kayden tak seperti orang lain. Yang takkan tikam dia dari belakang apalagi ambil kesempatan ke atas dia untuk kepentingan diri sendiri. Dia takut nak percayakan orang.

Takut akan dikecewakan lagi.

Don't trust to much,  cause that to much can hurt you badly.

"Fine. Deal."lafaz Hera dengan kening berkerut. "Tapi aku tak janji untuk tidak bertekak dengan kau setiap hari.. "

Kayden ketawa kecil.  Dia kembali sambung kerja merawatnya. "Aku boleh handle part tu.." katanya semasa kesat darah dari tepi bibir Hera.

Arion yang perhatikan dua orang itu dari jauh berasa susah hati. Dia tak tahu apa dia patut buat lagi. Nak pujuk Kayden supaya tolak tawaran tu kasihan pula... bukan senang nak dapat masuk universiti berprestij sekiranya tiada orang dalam. Nak dibiarkan,  Hera bakal. dikecewakan lagi. Dan dia yakin kalau Hera tahu semua ini,  gadis itu pasti akan broken teruk dari yang sebelumnya!

🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷