Chereads / That's Not My Problem / Chapter 57 - Bab : 57

Chapter 57 - Bab : 57

🌷Suprise Reunion🌷

Sebulan kemudian selepas Hera berpindah ke Akademi Royal High.....

Di suatu hujung minggu,

Kehadirannya di situ di sambut oleh dua orang pelajar dari persatuan pelajar. Mereka membawa Que menguruskan pendaftaran dan urusan kemasukan ke asrama serta lokar dan lain-lain. Setelah selesai baru la Que diperkenalkan satu persatu setiap ruangan dalam kawasan akademi sebelum di hantar ke dorm.

Seperti yang diminta dan di rancang oleh Que sendiri, dia yang sudah mengetahui kehadiran Alan dan Joshua mengatur supaya dia sebilik dengan mereka. Untuk mudahkan urusan dia menemui mereka dan segalanya.

Dekat sejam academy tour, baru la Que tiba di depan pintu bilik dorm dia. Terlalu lega sampai tak sedar yang dia lepaskan hela kelegaan. Mana tidaknya, walaupun hanya sejam, hampir satu tanah akademi ini dia tawaf Bersama dengan dua orang pelajar di depannya ini!

Gila tak penat!

Melecet dah tapak kaki dia sekarang nI!

Pintu bilik kayu oak yang diukir dengan ukiran yang halus di tolak ke dalam oleh seorang dari mereka. "So..mulai hari ni...ini la bilik awak. Selamat datang ke Royal High."ucap pelajar lelaki berkaca mata itu kepada Que.

Bersama sengih kekok, mahu tak mahu Que mengangguk kepala. "Thanks."ucapnya mahu tak mahu.

Pelajar lelaki itu kemudiannya masuk ke dalam dan bersuara menyampaikan sesuatu kepada penghuni bilik tersebut.

"Semua...pada hari ini kalian akan menerima rakan baru..."ujar pelajar lelaki bercermin mata itu sebelum berpaling meandang Que yang masih berdiri di koridor. "Silakan.."pelawanya kemudian.

Membuatkan Que menjadi teragak-agak hendak masuk. Dia berfikir sejenak hendak mencari semangat. Setelah mendapat keyakinan baru la dia melangkah ke dalam ruangan itu.

Pelajar pengiring itu tersenyum lebar apabila Que berdiri di sebelahnya menghadap Alan dan Joshua didalam ruangan itu. "Kenalkan diri masing-masing dan please get along okay.."ujarnya sebelum tepuk tepi lengan Que. "Welcome once again. I take my leave for now."maklumnya sewaktu berpaling ke arah pintu lantas menutupnya sekali selepas keluar.

Maka tinggalkan mereka bertiga di situ sendirian.

Alan dan Joshua yang dari awal sebilik sama-sama terkejut melihat kehadiran Que di situ. Masing-masing berkerut kening.

"Apa yang dah berlaku?"tanya Joshua dengan bingung. Sumpah dia terkejut sangat!Mula-mula Hera, kemudian Que?Memangnya dua orang ni rancang apa?

Que melepaskan beg yang dipegang ke lantai sebelum menerpa ke arah mereka berdua dan member pelukan erat kepada mereka berdua dengan serentak. Rasa rindu dan serba salah menerpa pada masa yang sama sebaik wajah itu berada di depaan matanya.

"Maafkan aku.."ucap Que dengan sebak tetapi tidak menangis.

Alan dan Joshua kaku di situ. Mereka berdua tersentak kerana begitu taken aback dengan Que.

"Maafkan aku sebab biarkan kau orang pergi tak terbela macam tu...patutnya aku pertahankan kau orang sejak awal. Tapi disebabkan aku pentingkan diri dan semata nak jaga imej aku biarkan diri kau orang teraniaya macam tu je"luah Que.

Alan buat muka berat hatinya lalu angkat tangan memeluk badan Que. Sungguh dia pun rindu pada saat-saat dimana dia tak sengsara macam sekarang.

Sementara Joshua hanya berdiri kaku di situ termenung mengenangkan hari dimana dia dan Alan di persalahkan dan dibuang dari pasukan ragbi kegemaran mereka.

Dulu mereka berempat selalu Bersama-sama. Segalanya mereka lakukan berempat. Ketawa dan gembira. Kini semuanya berubah dalam sekelip mata. Hidup manusia ini tidak selalunya berada di atas. Ada masanya dan nasibnya, kehidupan itu akan berada di bawah.

Seperti roda, hari atas esok lusa di bawah.

"It's okay...kita orang tak salahkan sesiapapun"beritahu Alan dengan berlapang dada.

Joshua mengangguk kepala setuju. "Kita orang dah lama lupakan semua tu..."

Lantas Que lepaskan pelukan dan menjarakkan diri dari mereka berdua. Dia ada sesuatu yang perlu di beritahu kepada mereka berdua. Tujuan dan alasan dia ke sini mendapatkan mereka.

"Apa yang dah berlaku?Kenapa kau ada dekat sini?"tanya Alan.

"Sesuatu berlaku dekat kolej ke?"tanya Joshua pula.

Que menggeleng dan mengangguk untuk setiap soalan yang diajukan.

"Mana satu..ya atau tidak??"tanya Joshua lagi dengan kening berkerut.

"Kalau kau pun ada dekat sini...macam mana kolej?Siapa yang tengokkan keadaan dekat sana?Tak ke huru hara nanti?"tanya Alan dengan muka kerisauan.

Kening Que berkerut, dia pulak yang memandang pelik. "Apa maksud kau?"tanya dia.

Joshua yang semakin binggung dan tak faham mula mengecilkan mata saat meneliti reaksi muka Que. Rakannya benar-benar tidak tahu ke atau buat-buat tak tahu ni? "Kau datang sini bukan sebab kita orang berdua kan?"tanya dia.

Que ketawa kecil sambil buat muka funny. "Mestila sebab kau orang berdua...sebab apa lagi aku dekat sini.."

Terangkat tinggi kening Alan setelah itu. "Kau tak tahu ke Hera pun ada dekat sini?"tanya dia selepas itu.

Kepala Que dengan pantas berpaling ke Alan. Dia pandang terkejut akan pertanyaan itu. "Apa dia?" soalnya dengan nafas tertahan. "Hera ada dekat?Sejak bila?"

"Sebulan yang lepas...dia sekelas dengan kita orang berdua"jawab Joshua.

Que buat muka WTF dia bila menyedari sesuatu. "Oh my god..."lafaznya dengan nada tak percaya. "Pusing-pusing macam mana sekalipun, kita berempat tetap akan berakhir di tempat yang sama ya?"tanya dia semasa lirik akan Alan dan Joshua.

"Kalau macam tu apa yang kau nakkan dari kita orang sampai kau sanggup pindah ke sini bagai?"tanya Joshua semula. "Selain nak minta maaf?"

Baru la Que buat muka serius. Dia pandang ke Alan dan Joshua silih ganti.

"Budak-Budak ragbi kita yang selama ini kita percayakan adalah orang yang bertanggungjawab memecah belahkan geng kita selama ni.."beritahu Que. "Aku datang ke sini sebab tak nak libatkan diri dengan dia orang lagi. Sebab itu aku cari kau orang...aku tak tahu pun Hera ada sekali dekat sini"

Joshua dan Alan memandang Que dengan perasaan bercampur baur. Mereka tidak tahu hendak beri reaksi gembira atau terkejut atau sedih ataupun kecewa. Everything id f*cked up!

🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷