π·Amaranπ·
Wajah yang sedang lena itu dipandang redup buat seketika sebelum dia undur ke belakang dan tutup pintu bilik tidur Hera perlahan-lahan. Sebaik Riana berpaling, dia menghadap Kayden. Orang yang tolong hantar Hera pulang. Tapi dalam perjalanan itu, Hera tertidur. Lelaki muda ini la yang dukung Hera masuk ke dalam bilik. Waktu ketika sudah masuk jam lima petang. Dan masing-masing dalam kepenatan.
Riana iring mereka berdua ke tingkat bawah. Mengambil tempat di ruang tamu itu.
"Apa yang telah berlaku Kayden?"tanya Riana. "Kenapa Hera balik dalam keadaan macam ni?Hari tu berlebam dan bercalar balar.Sekarang ini pula.... "jarang Hera pulang ke rumah dalam keadaan tidur. Biasanya gadis lincah ini akan balik dalam keadaan membebel akan sesuatu. Lain pulak hari ni.
Kepala Kayden tunduk ke bawah memandang hujung kaki Bersama tangan di belakang badan. "Maafkan saya dekan...saya sendiri pun tak tahu apa yang telah terjadi sebenarnya...Semuanya di luar kawalan saya.."beritahu dia.
Riana melepaskan dengusan tak percaya.
Alasan!
"Kalau kamu tidak mahu jalankan tugas ini. Beritahu saya. Saya akan minta orang lain yang melakukannya. Semakin hari semakin teruk saya lihat keadaan Hera ada la..."luah Riana dengan nada kesal namun perlahan. Dia mencekak pinggang di tepi sofa sementara Kayden berdiri di depannya. Membelakang televisyen. "Kamu ingat ya...sekiranya kamu gagal, saya akan tarik balik tawaran yang saya berikan kepada kamu itu"
Kayden melepaskan keluhan perlahan. Niat dia tidak mahu beritahu, tapi ianya adalah regulation yang dia perlu patuhi. Buat sesaat dia memejamkan mata sebelum di buka saat mengangkat kepala memandang Riana. "Apa yang saya tahu...Hera telah bergaduh dengan kenalan lama dari kolej lama dia. Mungkin pergaduhan itu yang jadi puncanya.."
"Apa?"Riana berkerut kening tak puas hati. "Pelajar baru ke?"tanya dia.
Kayden mengangguk kepala. "Ya...tapi saya tak sure siapakah nama pelajar itu"
Bersama wajah kesalnya Riana turunkan tangan yang mencekak pinggang ke bawah. "Hera tu saya dah anggap seperti anak saya sendiri. Kalau dia terluka saya turut berasa sakit tu...melihat keadaan dia begini ianya cukup buatkan saya susah hati."luahnya. "Mungkin salah saya juga sebab suruh kamu jalankan tugas ni sedangkan kamu tiada kaitan dalam hidup dia. Apa yang saya tahu, saya pilih kamu kerana kamu seorang yang bertanggungjawab dan komited terhadap tugas yang diberikan. Bijak menguruskan sesuatu tanpa timbulkan sebarang kekecohan. kalua kamur asa tuga ini membebankan kamu, saya faham sekiranya kamu mahu berhenti.."
Terketap terus bibir Kayden sebaik mendengar kata-kata itu. Dia larikan pandangannya ke tepi pemegang tangga di situ. Macam mana dia nak lakukan tugas dia dengan baik sekiranya dalam dada dia penuh dengan perasaan serba salah dan pentingkan diri.
"Sebelum tu.."kerling Kayden ke Riana. "Boleh saya tahu...adakah Hera seorang bekas banduan yang dipenjarakan sebab mencederakan orang lain?"
Riana menggeleng kepala. "Hera bukan orang macam tu. Sekasar mana sekalipun dia, Hera takkan sakiti seseorang hingga tahap yang memberbahayakan nyawa seseorang. Saya percayakan Hera tak kira apa sekalipun yang dia lakukan, Sebab saya tahu Hera lakukan semua itu kerana bersebab."
"Kalau bukan dia...kenapa Hera masuk penjara?"
"Dari mana kamu dengar semua ni?"tanya Riana dengan kening berkerut tak faham apabila menyedari bahawa sepatutnya semua ini adalah rahsia. Lagipun abang ipar dia dan cover up semua scandal Hera sebelum anak saudaranya ke sini.
"Hera sendiri yang beritahu sewaktu kamu bertengkar hari tu...saya tanya sebab nak dapatkan kepastian."Kayden pandang sekejap ke muka Riana sebelum pandang ke lantai. "Kalau benar dia tak bersalah. Saya akan cuba bantu Hera. Tapi kalau betul pelaku tu...saya Tarik diri."beritahunya dengan nekad.
Riana ketawa kecil. Begitu mudah sekali orang judge anak saudara dia. Apa mereka tahu tentang Hera untuk mengatakan yang buruk-buruk mengenai gadis itu. Mereka ada di tempat Hera ke? "Dia terpaksa lakukan semua tu. Dia terima semua cemuhan dan tuduhan yang orang kenakan pada dia. Apa yang dia buat adalah demi kebaikan semua orang...tapi itulah...manusia. mana la reti nak bersyukur apa lagi berterima kasih. Di mata mereka, seribu kebaikan tak dapat nak tanding satu kejahatan. Bila orang buat baik tak ada pulak nak bising, tapi bila orang tu dikatakan buat salah, bukan main lagi"dia termenung sekejap semasa memandang dinding di belakang Kayden semasa berkata.
Sementara Kayden yang memandang wajah sedih dan kecewa Riana tahu bahawa dekan dia ini berkata benar.
"So?Kamu hendak teruskannya?"tanya Riana setelah termenung sekejap. Dia tenung tepat ke mata Kayden dengan perasaan berharap. Berharap Kayden tidak akan berputus asa untuk berikan Hera semangat baru.
Suasana dalam ruangan itu menjadi lengang dan senyap taktala dua orang itu saling memandang ke antara satu sama lain.
Akhirnya Kayden pun mengangguk kepala.
"Saya cuba puan."jawabnya. Dia akan bantu Hera mana yang mampu. Selebihnya adalah effort Hera sendiri. Kalau gadis itu tidak mahu tolong diri sendiri, tiada sesiapa dalam dunia ini dapat bantu diri Hera nanti.
π·π·π·π·π·π·π·π·π·π·π·π·π·