Chereads / That's Not My Problem / Chapter 64 - Bab : 64

Chapter 64 - Bab : 64

🌷Mahu Dianggap Anak Bukan Musuh.🌷

Pagi itu Riana ada di rumah, jadi sempat lah wanita tersebut menyediakan sarapan untuk Hera dan luangkan masa Bersama dengan anak saudaranya. Semata kerana itu, Riana bangun awal dan bersiap lalu gegas ke dapur menyiapkan sarapan pagi. Bila dia perasan jam sudah masuk 7 pagi baru la dia melaung nama Hera supaya gadis itu bangun.

Suara penyampai berita kedengaran jelas dari televisyen yang melekat di penjuru dapur sewaktu Hera yang masih berbaju pyjama tidur berjalan turun dari anak tangga dan masuk ke dalam ruangan itu sambil memegang buku teks dan telefon dengan satu tangan.

Bangku berkaki tiga itu di Tarik Hera sebelum dia panjat naik dan duduk ke atasnya. Buku tebal di buka sebelum gelas berisi jus oren di letakkan depan bukunya.

"Morning.."sapa Riana semasa meletakkan segelas jus oren.

"Morning.."sapa Hera dengan suara bangun tidurnya sewaktu gosok mata dari balik cermin mata rabun dekatnya.

"Roti bakar atau cereal?"tanya Riana semasa berdiri di hadapan dapur membelakang Hera di seberang kaunter dining table itu.

"Mana-mana pun boleh.."balas Hera sambil capai remote lalu kuatkan volume televisyen tersebut. Dan ketika itu la baru kedengaran dengan jelas apa yang disampaikan oleh pemberita tersebut.

"Didapati pelajar dari Kolej New West, iaitu Natalia Anderson bersalah di atas tuduhan penyalahgunaan dada selama tiga tahu bermula dari 2017 beliau memasuki kolej tersebut. Menurut saksi dan rakan kenala beliau, menyatakan ada orang yang memberi dan memebkal barang terlarang itu di kolej. Penahanan suspek disebabkan kes yang melibatkan cubaan membuli yang membawa kepada kecederaan. Menurut mangsa kejadia dia menyatakan nama orang lain untuk melindungi dirinya dari di kerjakan oleh suspek-"

Riana berpaling, dia memandang terkejut ke Hera dengan mata terbutang kaku. Tangannya yang memegang sudip perlahan-lahan turun untuk di letakkan tepi dapur tersebut.

Niat dia yang mahu minum ketika itu terus terbatal serta merta setelah dengar akan makluman itu. Tangan Hera kembali melepaskan gelas tersebut. Mata dia tidak lari dari melihat ke skrin dimana Natalia serta beberapa orang banduan di heret masuk ke dalam mahkamah.

"Hera..."panggil Riana dengan nada teragak-agak seperti ketakutan.

Mata Hera mengerling ke Riana sepantas kilat. Dia tersentak sendiri. "Huh?"sambutnya mamai-mamai. yalah dia sendiri baru terjaga. Jadi belum sober sepenuhnya dari rasa mengantuk.

Disaat Riana mahu membuka mulut, ketika itulah cahaya muncul dari skrin dan getaran dari telefon di sebelah buku Hera menganggunya.

Drit!

Drit!

Kepala Hera tunduk memandang telefonnya itu. Bila dia lihat nama pemanggil di skrin terus dia termenung sekejap. Cuba hendak proses apa sebenarnya yang sedang berlaku di paginya itu.

Drit!

Drit!

Seperti tiada tanda ianya akan berhenti, Hera capai telefon itu lalu menjawab panggilan tersebut. Perlahan-lahan dia tekap telefon tu ke telinga. Belum apa-apa lagi, sudah tiada tenaga tak pasal-pasal dia dibuat berita tadi.

"hello?"jawab Hera sambil pandang ke skrin televisyen.

"Apa yang telah berlaku?Kenapa boleh timbul kes ni sekali lagi?Sampai ke seluruh siaran menyiarkan berita yang sama!"bebel Nadia di dalam panggilan. "Adakah kamu yang memberitahu hal sebenar kepada umum?"

Air muka Hera kosong, tiada emosi di balik dua pasang mata lesu itu.

"Kerja gila namanya tu kalau Hera nak dedahkan semua tu pada pihak berkuasa.."jawabnya dengan bersahaja. "Salah ke kalau semua orang tahu bahawa bukan Hera pesalah laku yang sebenarnya tapi Natalia?"

" Banyak salahnya!Kamu tahu tak!Sekarang pihak Lembaga pengarah bising..Nathan membebel tak berhenti..menyalahkan mama sebab biarkan hal ini terjadi."marah mama Hera dengan berang dalam panggilan itu.

"Nak buat macam mana...nama pun bangkai, kalau di sembunyikan macam mana sekalipun lama-lama berbau jugak."seloroh Hera sebelum capai pisau penyapu jem dari pinggan roti bakar lalu di tegakkan atas permukaan Jubin marmar. Dia cengkam dengan erat lalu menikam geram akan roti bakar tak bersalah di dalam pinggan depannya ketika itu. "Papa marah sebab kali ni pelan dia nak rosakkan nama baik Hera gagal ke? Atau disebabkan Lembaga Pengarah Syarikat batalkan niat mereka untuk lucutkan Hera dari hak pewarisan tu?"duganya dengan nada sassy. Walhal hatinya bagai dicarik-carik. Mama dia bukan nak tanya soal kebajikannya di sini, bertanya khabar pun tidak, tanya dia okay ke tidak...balik-balik syarikat saja yang di hiraukan!

"Hera Xiana!Kamu memang anak tidak sedar di untung!Sampai bila kamu nak tuduh papa kamu dia yang fitnah kamu?Huh?Ingat sikit dia tu ayah kamu...darah daging kamu!Kenapa kamu tak habis-habis mahu menuduh papa kamu begitu!?"bentak Nadia dengan lantang hingga suara itu boleh di dengar dari luar telefon lagi. "Dekat ke jauh...tak ada beza. Masih jugak nak menyusahkan orang!Mana nak letak muka kami ni hah?Malu tahu tak!"

Malas hendak mendengar bentakan itu, Hera turunkan telefon dari telinga lalu putuskan panggilan tersebut.

Tanpa disedari, Riana sudahpun berdiri di sisi Hera. Dia rangkul sekeliling bahu anak saudaranya itu lalu tunduk merehatkan dagu pada tepi kepala tersebut. "Kamu tak apa-apa?"tanya dia dengan perlahan. Sambil itu dia gosok tepi lengan Hera dengan kasih.

Hera menarik senyuman sedih sewaktu dongak memandang Riana. Lantas mengangguk kepala. "Hera okay...nak buat macam mana..benda nak jadi. Hera dah cuba segalanya yang Hera mampu untuk lindungi semua orang.."beritahu dia dengan nada bergetar. Sedaya upaya nak kawal diri untuk tidak menangis.

Kening Riana ikut mencerlung bila perasan muka Hera mulai merah padam. Tanda anak gadis itu marah dan bersedih pada masa yang sama. "Oh honey...please don't cry.."pujuknya sebelum bawa tangan dan peluk sekeliling kepala itu rapat ke dada. "I'm here for you. Don't be sad."

Hera tewas lagi, dia terus sembamkan muka ke dada maksunya itu dan menangis teresak-esak. Dalam keadaan terketar-ketar dia gagahkan tangannya naik untuk cengkam belakang baju kemeja maksunya mencari kekuatan. Remuk rendam hati sebagai anaknya ini bila ibubapanya sendiri bencikan dirinya. Dia hanya mahukan ibubapa dia terima dia sebagai anak bukan musuh mereka kerana berebutkan harta. Berat sangat ke permintaan dia ni?

"Maafkan Hera...Hera gagal jalankan amanah atuk dengan baik.."rengeknya dengan sedih.

Riana tunduk mengucup ubun-ubun Hera dengan perasan diruntun hiba.