🌷Hasutan🌷
"Macam mana semua ni boleh berlaku?"
"Bukan ke dah di selesaikan?"
"Siapa yang timbulkan isu ini semula?"
"Memangnya tak sayang masa depan agaknya mereka yang buka mulut mengenai kes ni?"
"Apa kata pemegang saham yang lain?"
Berita dah tersebar...orang mula berikan komen yang tidak menyenangkan"
"Ya...siap ada yang kata kolej kita ini adalah kilang penghasilan generasi dadah!"
"Bukan tu je...mereka tuduh kolej ini menghasilkan dadah!"
Bilik mesyuarat Kolej New West hingar binger dengan suara dan lontaran amarah ahli Lembaga pengarah dan jawatankuasa kolej. Masing-masing bertegang leher. Masing-masing tak mahu mengalah. Ada saja yang hendak di balah dan di bidaskan.
Sampaikan mereka yang tidak terlibat akan pertengkaran di situ silih ganti palingkan kepala memandang setiap seorang yang ada di situ.
Ada yang berdiri pukul permukaan meja,
Ada yang bercakap siap hempas-hempas fail pada permukaan meja kaca itu.
Ada yang bercakap sambil sandar malas ke belakang sambil lewa seakan tidak kisah dengan pertengkaran mereka.
Ada juga la yang bercakap sambil tunding jari ke sana sini merujuk apa yang dimaksudkan.
Apabila keadaan mula tidak terkawal, baru la lelaki yang duduk di kepala meja tersebut ambil keputusan untuk masuk campur. Dia berdiri di situ lalu menghadap semua orang yang sedang bertekak depannya. Sama sekali tidak susahkan diri untuk minta tuan-tuan dan puan-puan di situ supaya bertenang.
Sebab
Bila Nampak saja Nathan, selaku pengerusi dan wakil dari Syarikat New West sendiri berdiri dekat situ, dengan sendiri dan serentak, suasana hingar bingar tadi senyap. Ruangan tersebut menjadi lengang seperti malaikat maut dating menjenguk.
Kesemua yang ada di situ kembali tenang dan duduk diam di kerusi masing-masing taktala melihat wajah tegang lelaki itu. Membuatkan mereka tidak berani hendak bersuara dengan tiba-tiba.
Mata Nathan lirik setiap wajah di situ. Dia berang memerhatikan tingkap semua ahli Lembaga kolej di depannya ketika itu. Sudah tua tetapi bengap!Masih lagi mahu bergaduh seperti anak-anak kecil!Tak boleh apa bincang secara elok dan tenang!
Memekak!
Kalau bukan mengenangkan dia perlu jaga imej, sudah lama Nathan mengaum dan memaki hamun semua orang di situ.
Puan Deena yang duduk di sebelah Nathan hanya tunduk memandang kuku di jari jemarinya. Dia tiada hak hendak masuk campur, sebab bos besarnya adalah Nathan saat ini. Walaupun Nathan hanya wakil bukan presiden bukan pengerusi tetapi lelaki ini la yang selama ini menjaga setiap hal ehwal syarikat dan kolej New West. Mahu tak mahu dia perlu menurut.
"Adakah masalah akan selesai sekiranya kita saling bertegang leher?"tanya Nathan dengan mendatar. Dia lirik setiap seorang di situ dengan renungan dingin sebelum perlahan-lahan sondong ke depan dan topang kedua-dua tapak tangan atas meja itu."Not right?"tanya dia lagi dengan kening terangkat sebelah. "Benda dah terjadi...sekiranya tuan-tuan semua bijak, hal ini tidak akan menjadi masalah apalagi timbul. Sekiranya pihak kolej tahu macam mana nak uruskan pelajar mereka. Dengan itu masalah seperti ini tidak akan terjadi."
Air muka Puan Deena jatuh, dia terus cuak sampai perutnya memulas mahu terkucil!
Nathan gerakkan matanya ke kanan dan kiri meja itu. "Satu saja penyelesaiannya bagaimana kita nak hentikan semua masalah ini dari berterusan. "mula dia yang sudah merancang sesuatu yang jahat dalam otak geliganya. "Anak saya iaitu pemegang saham utama kolej ini. Namun dia tetap juga hendak susahkan kolej ini. Untuk itu, kedudukan Hera sebagai pemegang saham utama dan hak milik kolej ini perlu dilucutkan. Dengan itu baru la masalah-masalah lain takkan timbul."
Semua yang ada di situ, membutang mata. Tergamam mendengar makluman itu.
"Adakah Cik Hera sendiri yang menyatakannya?"
"Dia yang bertanggungjawab di atas kejadian ni?"
"Malukan kolej yang dia sendiri patut lindungi?"
Hampir mahu tersengih Nathan dekat situ. Sikit saja lagi ni! "Sebab itu la...tuan-tuan dan puan-puan perlu bersetuju dan bersatu suara meminta Hera di lucutkan dari hak dia sebagai pemegang saham utama. Dan tak.Saya sendiri yang mencadangkan semua ini sebagai penjaga sah Hera. Kalau dia pastila Hera akan pertahankan kolej ini sebab tempat ini sudah seperti rumahnya sendiri...tapi tengok la apa yang orang di kolej ini telah lakukan pada dia...Buat dia Nampak jahat..menampakkan dia seorang yang tak berguna. Untuk kebaikan Hera. Kita perlu lakukan hal ini.."dia kemudiannya berdiri tegak sebelum betulkan kot dengan dada mendabik yakin.
Semua dia situ buat muka dalam dilemma. Mendengar kata-kata Nathan yang begitu meyakinkan buatkan mereka terpujuk.
Puan Deena yang dengar tidak begitu, dia hanya tundukkan mata ke bawah. Termenung memandang helaian kertas yang ada di dalam fail atas meja depannya. Dia cuma terfikir, kenapa semua ini boleh terjadi sebegini rupa?Sejak Hera pergi kolej ini menjadi tungang langang. Kalau la dia cuba pertahankan Hera, pasti hal ini tidak akan terjadi. Gadis itu pasti masih di sini membantu dia untuk selesaikan isu-isu yang timbul dengan mudah!