Chereads / Pertemuan Takdir / Chapter 1 - Pertemuan

Pertemuan Takdir

🇲🇾Chissaikun
  • --
    chs / week
  • --
    NOT RATINGS
  • 11.5k
    Views
Synopsis

Chapter 1 - Pertemuan

Di gelanggang bola tampar sekolah...

Kedengaran bunyi tapak kaki berkeliaran di gelanggan bola tampar. "HILAL CEPAT PUKUL!" kata Aniq sambil pas bola kepadanya. Hilal melompat dan dengan sekelip mata memukul bola itu ke dalam gelanggan pihak lawan. "ALHAMDULILLAH, KITA MENANG WEII!!" pasukan Salmanierz bersorak atas pukulan yang hebat dari kaptennya tadi.

Pasukan Bilal tidak sangka akan diberi pertarungan sengit oleh mereka. "Tahniah Hilal, sekali lagi bakat bola tampar kau masih padu, lagi hebat dari tahun lepas." puji Haikal. "Kau pun sama." sambung Hilal sambil bersalam dengan Haikal. "Baik murid-murid, kelas telah pon tamat, sila kemas gelanggang dan jangan lupa untuk basuh tangan sebelum naik atas." kata Cikgu Azfar. "BAIK CIKGU!" jawab murid-murid itu.

Di kelas 4 Salman...

"Hilal, aku dengar tadi ada murid baru nak pindah sini, kau tahu tak siapa?" tanya Naufal. "Tak aku tak tahu, siapa je nak pindah waktu bulan 8 ni?" Hilal menggeleng sambil bersuara. "Wei cikgu datang!" kata Sharf sambil bergegas ke mejanya. "Bangun, Assalamualaikum Cikgu Shamila!" salam Hariz. "Wa'alaikumussalam, duduk dan tolong keluarkan kerja rumah yang saya bagi semalam ya" sambung Cikgu Shamila. Kelas kemudian berlancar seperti biasa.

Tibanya waktu rehat bagi pelajar tingkatan 4 dan 5.

Kelihatan Hilal sedang duduk di tangga, ini kerana Hilal adalah seorang pengawas sekolah dan sedang bertugas. "Assalamualaikum, Hilal!" suara dari belakang itu kedengaran semakin dekat. Lelaki itu kemudian menoleh, dan ternampak Asyraf sedang menghampirinya.

"Wa'alaikumussalam, Asyraf. Kau tak makan ke?" tanya Hilal selepas jawab salam rakannya tadi. "Heh, aku dah makan tadi." jawab Asyraf sambil menepuk dadanya. Hilal hanya senyum nipis atas jawapan rakannya itu. Keadaan menjadi sepi buat seketika. "Hilal, kau masih fikir benda bukan-bukan ke?" Asyraf bersuara dengan nada yang sedikit tegas. Hilal hanya diam atas soalan Asyraf itu.

"Assalamualaikum, Hilal, Asyraf" salam Aniq. "Wa'alaikumussalam." jawab mereka berdua. "Wei Hilal, petang ni jom bola tampar nak?" Aniq menanya Hilal dengan perasaan yang gembira. Hilal hanya senyum nipis. "Yalah, jom kita main petang nanti kat gelanggang sekolah." sambung Hilal. "Haa nice, kau Asyraf nak join sekali?" soalan itu menuju ke Asyraf. "Heh mestilah, jom kita main nanti!" kata Asyraf sambil menumbuk kedua belah tangannya.

KRINGG; kedengaran bunyi loceng tanda waktu tamat rehat. "Okey, jom kita naik, nanti jumpa habis sekolah nanti!" kata Aniq sambil pecut ke kelasnya. "Hilal jom naik nanti ustaz sampai tak pasal-pasal kena bebel." sambung Asyraf sambil melangkah ke atas. Hilal hanya mengangguk dan ikut pergerakan mereka.

Para pelajar dan guru kini sudah dalam perjalanan pulang. Ternampak Hilal yang sedang menunggu Asyraf dan Aniq. "Mana diorang ni.." katanya. "Assalamualaikum, Hilal maaf lambat!" ternampak Aniq dan Asyraf yang sedang mendekati dia. "Haa sampai pun. Jom solat dulu, tukar baju, selepas itu main. Aku dah mintak kebenaran dari Cikgu Sany." kata Hilal sambil bergerak ke surau. "Okey!" jawab dua rakannya dan terus ke surau. Mereka kini sedang menunaikan solat zuhur dan Hilal sebagai imam.

Niat Solat Fardhu Zuhur (berjemaah) :

اُصَلّى فَرْضَ الظُّهْرِاَرْبَعَ رَكَعَاتٍ اَدَاءً مَأْمُوْمًا ِللهِ تَعَالَ

Maksudnya: Sahaja aku sembahyang fardhu zohor empat rakaat sebagai makmum tunai kerana Allah Ta'ala.

"Assalamualaikum warahmatullah.. assalamualaikum warahmatullah.." salam Hilal sambil menyapu mukanya dengan tapak tangan. Asyraf, Aniq dan pelajar lain turut memberi salam. Mereka kemudiannya membaca doa selepas solat. "Aminn..." mereka semua mengaminkan doa sebentar tadi. "Okey, jom kita ke gelanggang futsal, kita pilih pasukan kat situ." kata Aniq kepada rakannya. "OKEY!" jawab mereka.

"Baiklah, pasukan Sa'id yang diketuai oleh Hilal akan berlawan dengan pasukan Sa'ad yang diketuai oleh Asyraf!" kata Naufal. "Okey, dah habis cakap? Mai kita lawan." kata Asyraf sambil tersengeh ke arah Hilal. Hilal hanya balas pandangannya denga senyuman nipis.

PRITT wisel dibunyi tanda perlawanan telah bermula. Asyraf memulakan perlawanan dengan serve. "Cepat Haikal, sambut!" kata Aniq sambil bergegas ke belakang. "Tch!" Haikal sempat menyambut bola dan terus pas bola tadi ke Hilal. Lelaki itu memecut ke hadapan dan terus lompat. "HILAL CEPAT PUKUL!" jerit Amir. Mata Hilal terkunci ke gelanggang lawan. "Alamak.." kata Asyraf dengan nada risau sambil tersengih.

"Heh.." Hilal terus pukul bola dengan sekuat hati. BOOM kedengaran dari gelanggang pihak lawan. Keadaan menjadi sepi buat seketika. "PRITT pasukan Sa'id dapat mata!" kata Naufal. "ALHAMDULILLAH MASUK!!" jawab pasukan Sa'id. Hilal memandang Asyraf, dan perkara yang sama dibuat oleh Asyraf. Mereka berdua hanya senyum. "OKEY JOM KITA SAMBUNG!!" kata Haikal. "JOM!!" jawab mereka semua secara serentak.

Setelah beberapa pusingan, telah tiba ke pusingan terakhir bagi perlawan ini. "CEPAT ASYRAF, SAMBUT!" Faizal memberi signal kepada Asyraf untuk sambut bola yang berada di langit. Asyraf dengan pantas menyambut bola. Tetapi bola itu melantun ke luar gelanggang. 

Ternampak seorang remaja perempuan sedang berada betul-betul di hadapan bola yang pantas itu. "EH HATI-HATI ADA BOLA-" kata-kata Aniq terpotong apabila seorang pemain tadi bergegas ke arah perempuan itu. Hilal dengan pantas pecut dan sempat menangkap bola sebelum terkena muka pelajar tadi. Mata perempuan itu membesar kerana terkejut.

Takde background sesuai ;-;

"Kau okey tak..?" tanya Hilal kepada perempuan itu. "Eh.. alhamdulillah aku okey, terima kasih sebab selamatkan aku tadi.." jawabnya. "Eh kau okey tak? Maaf sebab bola tu hampir terkena kau tadi!" kata Asyraf sambil menunduk tanda rasa bersalah. "MAAFKAN KITAORANG!" kedua-dua pasukan meminta maaf. Perempuan tadi hanya ketawa nipis. "Hehe, tak ada apa lah, kalau bukan sebab dia aku mungkin akan cedera sedikit." sambungnya lagi.

Dia kemudian menoleh ke arah Hilal. "Terima kasih lagi sekali, hehe" perempuan itu kemudian senyum ke arah lelaki itu. "Sama-sama.." muka Hilal kemudian memerah sedikit. "Aku kena pergi dulu, jumpa korang nanti, assalamualaikum!" katanya dan terus berjalan. "Wa'alaikumussalam." jawab mereka. 

Semua murid kemudian mengemas dan pulang ke rumah masing-masing, ada juga yang pulang ke asrama. "Hilal, kau okey ke?" tanya Aniq kepada Hilal. "Eh, aku okey je, kenapa?" lelaki itu tanya semula kepada Aniq. Asyraf berdehem. "Tadi dia senyum kat kau, terpegun kau jadinya, terus merah muka." sambung Asyraf.

Hilal hanya terdiam. "Haish, okeylah, esok jangan lupa pakai baju unit uniform tau? Aku dengan Asyraf balik dulu, assalamualaikum." kata Aniq sambil menarik Asyraf. "Wa'alaikumussalam.." jawab Hilal.

Dia kemudian terus jalan ke kawasan kedai-kedai di tepi wega tu. Ternampak sebuah kafe yang berhampiran. Hilal kemudian masuk ke dalam.

Di Latte Decafe...

"Assalamualaikum, Pak Ngah Hilal dah balik." kata Hilal. "Wa'alaikumussalam, Hilal naik lah dulu, Pak Ngah nak layan pelanggan sekejap." jawab Pak Harith. Hilal mengangguk dan terus ke atas. Dia letak beg dan terus baring di katilnya. "Tadi.. siapa nama perempuan tu.. kenapa dia ada kat situ tadi..?" fikir Hilal.

BERSAMBUNG..