Para murid dan guru sudah mula memasuki sekolah. Ternampak Hilal yang sedang memakai uniform BSMM (Bulan Sabit Merah Malaysia) menjaga pagar. "Assalamualaikum Hilal, wah segak eh kau." kata Naufal sambil menepuk bahu rakannya itu. Hilal hanya senyum nipis. "Wa'alaikumussalam Naufal, cepat kita nak baca matsurat.
Al-Mathurat (المَأثُورَاتُ):
(Al-Mathurat ialah wirid dan doa harian yang disusun oleh As Syahid Imam Hassan Al Banna berdasarkan dalil-dalil yang sahih; dan amalan yang dilakukan oleh Rasulullah SAW. Al Mathurat zikir pagi dan petang.)
"Haa okey okey, aku pergi dulu." kata Naufal sambil menyalam tangan Hilal dan terus pergi. Hilal hanya memberikan pandangan kepada rakannya tadi. Selepas 15 minit, Hilal pun menutup pagar besar dan terus ke kantin bagi membaca matsurat. "Hilal, mai duduk sini." kata Haikal sambil menepuk bangku.
Hilal kemudian duduk di sebelah rakannya. "Baiklah murid-murid, mari kita memulakan pagi yang mulia ini dengan bacaan matsurat, عُوذُ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ... ﷽..." Ustazah Noma memulakan bacaan matsurat bersama dengan para naqib dan naqibah tingkatan 5.
Selepas selesai membaca matsurat pada pukul 7:20, para murid dan guru terus naik ke kelas masing-masing. Asyraf, Aniq dan Hilal berada di kelas yang sama, manakala Haikal dan Naufal berada di kelas 4 Bilal di mana coursenya adalah Subjek Perniagaan dan Geografi. "Hilal nanti waktu rehat gi PSS tau?" kata Haikal. "Okey, nanti aku pergi." jawab Hilal.
"Okey, hari ini sebelum kelas bermula, kita ada murid baru. Sila masuk ya." kata Cikgu Shamila. "Baik cikgu!" kata murid misteri itu. Mata Hilal terbeliak melihat murid baru yang berada di hadapannya. Kelihatan perempuan dari perlawanan bola tampar semalam, rupanya murid baru di kelas mereka. "Assalamualaikum, nama saya Siti Aisyah Binti Mohd Ghazali, Selamat berkenalan!" kata Siti sambil melambai ke arah mereka dengan senyuman. "Wa'alaikumussalam" jawab satu kelas.
Hilal hanya terpegun, tidak tahu nak buat apa. "Eh, tu budak semalam lah!" Siti bergegas ke arah Hilal. "Wahh tak sangka kita dalam satu kelas!" sambung Siti dengan perasaan gembira. "Ya.. aku pun tak sangka.." jawab Hilal dengan nada yang rendah. Muka dia menjadi merah akibat rasa malu.
"Siti, kebetulan sebelah Hilal tu memang ada kosong, dan juga kawasan tempat duduk murid perempuan." sambung Cikgu Shamila. "Baik cikgu." kata Siti dan terus duduk di sebelah Hilal. "Okey, keluarkan buku aktiviti dan buka muka surat 67." Cikgu Shamila bersuara sambil mengarahkan murid-muridnya.
Waktu Rehat...
Asyraf dan Aniq kini dalam perjalanan ke kantin, manakala Hilal terus ke tangga yang perlu dijaga. Dia kemudian duduk di salah satu anak tangga. Hilal mengeluarkan air kotak milo daripada poketnya. "Assalamualaikum." terdengar suara dari tepi.
Hilal menoleh dan ternampak Siti sedang menghampirinya. "Wa'alaikumussalam Siti, kau tak makan ke?" tanya Hilal. Siti hanya senyum. "Tak, tak ada selera nak makan." katanya. Hilal hanya terdiam di situ, tak tahu nak buat apa, maklumlah tak selalu borak dengan perempuan, lebih-lebih lagi berduaan.
Siti menyandar ke dinding sambil memandang atas. Lelaki itu dengan segera bangun. "Siti, kau duduklah situ, makan pon tak lagi kan? Aku belikan air dan makanan ringan jap." kata Hilal dan terus ke kantin. "Eh Hilal tak- dia dah pergi.." Siti bersuara dengan nada rendah. Dia kemudian duduk di tangga sambil menunggu Hilal.
Bunyi tapak kaki makin dekat. Hilal tiba dengan air kotak anggur dan roti. "Nah, ambik ni" kata Hilal sambil menghulurkannya ke Siti. Siti mengambilnya. "Thanks." sambung Siti. Hilal menyandar ke dinding dan menoleh ke atas.
Perempuan tadi mencuri pandang ke arah Hilal. Dia terpesona dengan kelihatan muka Hilal yang redup bersama senyuman nipisnya. Siti dengan segera menoleh ke arah lain. "Assalamulaikum, Hilal macam biasa jaga sini?" kata Iffah. "Wa'alaikumussalam Iffah, haah." jawab Hilal. Iffah menoleh ke arah Siti. "Ni siapa?" Iffah bersuara sambil duduk di sebelah Siti. "Assalamualaikum, aku Siti." jawab Siti sambil mengangguk.
"Ohh, nama aku Iffah. Budak baru eh?" sambung Iffah lagi. "Haah, tadi tak ada selera makan, lepastu Hilal pergi pulak beli air dan roti ni, lepas tu dia suruh saya duduk sini.." sambung Siti sambil menoleh ke arah Hilal.
Iffah ketawa nipis. "Haduh.. Hilal kau kena stop belanja orang lah, habis duit kang." kata Iffah. "Yalah.." Hilal mengeluh. Dua perempuan tadi ketawa. Makin lama, ramai murid berkumpul di hadapan tangga untuk pulang ke kelas masing-masing, Iffah bawa Siti pergi ke tangga perempuan manakala Hilal kekal di tangga yang dijaga tadi. "YEAH DAH BOLEH NAIK!" kata salah seorang murid. Mereka semua kemudian bergegas naik ke atas.
Hilal memberi peluang untuk mereka naik, dia hanya menyandar di pagar sambil menunggu kawasan tadi telah kosong. "Hilal jom naik, sekejap lagi kelas Matematik lepastu BI, aku nak kau ajar aku grammar sikit." kata Asyraf sambil menepuk bahu Hilal dan terus pecut ke kelas. "Eh- haish dia ni kan." sambung Hilal dan mengekori Asyraf ke kelas.
Di kelas 4 Salman...
"Dengar-dengar! Cikgu tiada, jadi buat kerja masing-masing!" kata Sharf. Sharf Azmi Bin Hashim merupakan ketua kelas bagi kelas 4 Salman. Seluruh kelas kemudian mula berbual antara satu sama lain, manakala Asyraf, Aniq dan Hilal mula ulangkaji grammar bahasa inggeris. "Okey Hilal, aku dah faham sikit, tapi.. apa yang kau cakap sebenarnya ni?" tanya Aniq. Hilal menepuk dahinya, perasaan kecewa lepas bebel panjang masih tidak faham. "
Haish, macam ni.. grammar ni maksudnya keseluruhan sistem dan struktur suatu bahasa, jadi kau kene faham apa yang boleh letak di sebelum dan selepas perkataan tersebut." katanya. "Jangan lupa juga untuk kenal pasti pernyataan tu Past, Present, or Future tense." sambungnya lagi. "Ohh, okey yang tu aku faham."
Di sudut yang lain...
Siti bersama rakan barunya, Farah Alisha Binti Mohd Saufi, Nabila Jusmawati Binti Mohammad dan Fariha Nabila Binti Azhar. "Siti, macam mana kau kenal Hilal?" tanya Nabila. "Haa, cuba cerita sikit." sambung Farah. "Okey okey, aku cerita ya." kata Siti. Beberapa minit kemudian, Siti telah selesai menerangkan cara dia bertemu dengan Hilal.
"Ohh, macam tu ya." kata Nabila. "Nasib baiklah Hilal sempat tangkap bola tu, kalau tak habis muka kau." sambung Farah. Fariha mencelah, "Haa betul tu!" katanya. Kedengaran loceng telah berbunyi tanda telah hampir setengah jam mereka berborak. "Lepas ni kelas apa?" tanya Siti. "Selepas ini kelas Bahasa Inggeris, kena speaking." kata Fariha. "APA DIA!?" Siti terkejut dengan pernyataan Fariha tadi.
"Haah, setiap kali kelas Bahasa Inggeris kita kena speaking." sambung Fariha lagi. "Aduh.. aku tak pandai speaking, siapa yang pandai eh?" tanya Siti sambil menoleh ke kanan dan kiri. Nabila bersuara, "Yang paling pandai kat kelas ini dalam Inggeris Hilal, dia memang pakar dalam Inggeris, Tenses, Nouns dan macam-macam lagi." sambungnya. "Ohh.. okeylah kalau macam tu aku pergi kat Hilal dulu, byee." kata Siti sambil melambai dan terus melangkah ke meja Hilal.
Sedikit maklumat:
Meja Hilal berada di bahagian kiri sekali, dan dia berada di bahagian paling belakang, begitu juga dengan Siti kerana dia duduk di sebelah Hilal. Manakala meja Asyraf dan Aniq juga bersebelahan yang terletak di bahagian paling kanan 2 meja dari belakang, dan yang terakhir sekali meja Nabila, Fariha dan Farah berada di meja paling depan terletak di bahagian tengah dimana 3 kawan itu duduk sebaris.
- Tq sebab baca ni, sekarang kembali kepada cerita tadi.
Siti sedang mendekati meja Hilal. Kelihatan dia sedang tekun melukis. "Wah.. cantiknya dia lukis.." fikir Siti. Perempuan itu kemudian berdehem. "Assalamualaikum, Hilal.", salam Siti tidak disedari oleh lelaki itu. "Ceh, tak dengar ya. Okey aku cuba lagi." Siti kemudian memberi salam sekali lagi, tetapi kali ini lebih kuat.
"Assalamualaikum, Hilal." katanya sambil menepuk mejanya beberapa kali. "Ya allah.. Wa'alaikumussalam, sorry Siti tak dengar tadi.." Hilal jawab salam sambil berasa terkejut dan bersalah. "Heh, tak apa. Aku dengar kau pandai speaking, boleh ajar aku tak?" kata Siti. "Bukan kau pandai speaking? Nampak muka macam confident je." sambung Hilal.
"Err.. hehe, tak aku tak pandai speaking.." Siti bersuara dengan perasaan malu, menggaru kepalanya yang tidak gatal. Kelihatan Hilal yang sedang berfikir. "Okeylah, kita masih ada masa, jom aku ajar kau sikit." sambung Hilal sambil mengeluarkan buku notanya. "Ya? Kau nak tolong?" tanya Siti dengan nada gembira. "Ya, cepatlah duduk sini sebelum teacher masuk." sambung Hilal. "Okey!" jawab Siti dengan senyuman di mukanya. Hilal terpegun, tertanya-tanya kenapa dia rasa begitu.
BERSAMBUNG...