https://youtu.be/bGsQLF2b3y4
⬆️
Hai korang, for those yang tak pernah tengok siri tu, boleh tak author pinjam sikit masa. Boleh tekan link kat atas, cuba dengar sikit, untuk dapat feel cerpen ni. Yang dah tengok pun dengar la lagi hehe mana tau dah lama tak dengar kan?
︿‿ ︿‿︿‿︿
ไม่มีอะไรมั้งที่เธอมองมาอย่างนั้น
(mai mi arai mang, ti ter mong ma yang nan)
It must be nothing, the way you look at me
ใครๆ ก็ทำกัน
(krai krai go tam gan)
Is it common, I'm sure
แค่ห่วงอย่างเพื่อนทั่วไป
(kae huang yang peuan tua bpai)
You're just another friend of mine
ไม่คิดอะไรมั้ง
(mai kit arai mang)
There must be nothing

Berikut merupakan verse pertama lagu yang menjadi obsesi Raziq yang selalu dimainkan.
Kene pula lagu tersebut mengisahkan kawan yang bertindak macam lebih dari seorang rakan.
Raziq membuka lagu ini di youtube dan mainkannya di speaker tambahan yang telah dipasangkan di laptopnya.
"Kuatnya dia ni pasang lagu ni!"
Alif yang berada di biliknya mengeluh, kerana dia dapat mendengar Raziq pasang lagu tersebut.
Namun, dia kehabisan tenaga untuk menegur rakannya.
Betul la katanya, kalau yang dengar tu tau akan lagu tersebut. Maknanya dia pun menonton series tersebut.
ที่เธอทำกับฉัน ที่เธอเป็นอยู่
(ti ter tam gap chan ti ter bpen yu)
You make me
รู้ไหมทำให้ใจสั่นๆ รู้ไหมฉันเริ่มหวั่นๆ
(ru mai tam hai jai san san, ru mai wa chan reum wan wan)
Feel butterflies in my core
Raziq tersenyum lebar apabila menyanyikan bahagian korusnya itu. Segala imaginasi dan delusi semakin meninggi.
เพราะเธอถ้าไม่คิดแบบฉัน
(pro ter, ta mai kit baeb chan)
If you don't mean it
ก็อย่าทำอะไรที่ฉันต้องคิดแบบนั้น
(go ya tam arai ti chan dtong kit baeb nan)
Don't act that way
เพื่อนกันเขาไม่ทำแบบนี้รึเปล่า
(peuan gan kao mai tam baeb ni reu bplao)
This is not what a friend would do or say
ฉันควรจะต้องถอย
(chan kuan ja dtong toi)
Should I step back
หรือควรเข้าไปใกล้เธอ
(reu kuan kao bpai glai ter)
Or step closer to you?
"Of course makin dekat dengan kau. Buat apa makin jauh! Hahaha" Gelak sendirian Raziq sambil tersipu malu.
°•°•°•°•°•°
8 pagi Raziq terjaga awal walaupun tiada kelas pagi pada waktu itu. Dia mandi dan bersiap seperti biasa dan nampaknya macam nak isi perut kerana lapar.
Apabila dah bersiap, dia pergi ke tandas sekali lagi untuk membasuh tangannya kerana meletakkan gel rambut yang terlebih.
Dia terserempak dengan Irfan.
"Dah breakfast ke?" Soal Irfan sambil melihat Raziq membasuh tangannya itu.
"Belum lagi, baru bersiap hehe" Jawabnya ringkas.
"Ohh" Irfan terdiam janggal.
"Kenapa? Nak makan sama ke?" Balas spontan Raziq.
Raziq tidak menyedari intrusive thoughts nya itu dizahirkan melalui bicara dan tercakap depan Irfan sendiri.
"FUCKKKKKKK KENAPA AKU CAKAP CAMNI!!!!!!!!" Teriak hatinya.
Selepas diam beberapa saat..
Irfan menjawab semula, "Boleh ke?"
Kelihatan berat untuk menunjukkan sebarang ekspresi, Raziq sepertinya menjadi patung cendana dan ingin keluar dari tandas tersebut kerana terlalu malu dengan kata-katanya. Lalu dia hanya mampu untuk mengangguk kepalanya.
Tapak tangan Raziq semakin sejuk dan hampir mengiggil dek kerana kesilapannya itu.
"Ok tunggu aku bersiap pastu kita gerak" Kata Irfan dengan tenang meskipun melihat Raziq seperti mahu pengsan.
"Serious ke ni dia cakap macam ni? Beraninya" Bisik hati Irfan apabila melihat Raziq yang gopoh gapah untuk keluar dari tandas tersebut.
Seribu sumpah seranah dilemparkan pada dirinya sendiri. Raziq seakan tidak percaya terhadap apa yang berlaku tadi.
"Ya Allah malunya. Kenapa aku macam ni?"
"Kenapa dia jawab macam tu"
"Dia nak jaga hati aku ke"
"Ke sebab dia rasa bersalah yang dia reject makanan haritu?"
"Apa aku buat ni?"
"Boleh ke pakai macam ni?"
"Eh kenapa aku nak kisah, bukan date pun"
"Jap perfume ni cukup ke?"
Raziq tidak henti kehulur kehilir di dalam biliknya. Dia ingin beritahu rakannya, Alif. Namun dia masih lagi lena dibuai mimpi dan kebiasaanya bangun hampir waktu tengahari.
Pintunya diketuk.
Raziq membuka pintu dan melihat Irfan sudah tersedia. Irfan kelihatan sejuta kali ganda handsome dan ceria di pagi hari.
"BETUL KE NI?" Hatinya ingin teriak sekuat hati.
Irfan membuka lock kereta, "jom".
Raziq hampir saja mengejut rakannya yang sedang tidur untuk pinjam kereta. Sebab dia terlalu terkejut dan tak mahu menaiki kereta Irfan.
"Impossible!! Macam mana nak berbual dengan dia dalam kereta?"
Tapi Irfan dengan pantas mengajaknya kerana dia tahu, setiap hari Raziq menaiki kereta rakannya.
Apabila mereka berdua duduk dalam kereta sambil Irfan memanaskan enjin. Mereka berdua diam seribu bahasa.
Perfume masing-masing memenuhi ruang kereta dan mereka berdua menghirup udara yang wangi semerbak. Dedua taknak kalah.
"Biasa makan mana?" Irfan cuba memecahkan suasana sepi itu.
"Cafe dalam ni or luar pun boleh hehe" Raziq tersengih dan dengan pantas untuk tidak bertentangan mata.
"Okay kita pergi luar, ada restoran sedap ni" Cadang Irfan.
Irfan memulakan pemanduan dan mereka berdua cuba untuk berbual dengan lebih rapat.
Raziq melihat panorama sekitar universiti nya itu pada waktu pagi yang ketandusan pelajar kerana masih lagi tidur atau sudah pun berada di kelas.
Raziq akhirnya dapat menerima keadaan dan cuba untuk tidak nampak pelik lalu menjadi peramah seperti biasa.
Mereka semakin selesa dan kejanggalan yang terjadi semakin berkurang.
Setibanya di restoran, apabila makanan mereka sudah tiba, Irfan menempah soalan maut untuk Raziq, "Macam mana kau tau nama aku haritu?"
Raziq tersedak.
'UHUKKK UHUKK'
Lalu dia menepuk dadanya.
"Eh okay tak?" Irfan zahirkan keprihatinannya.
"Aku terdengar kawan kau panggil nama kau haritu haha" Raziq cuba untuk cover meskipun dan tersedak begitu.
Irfan tertawa kecil.
"Sorry tau haritu aku tak terima makanan kau. Aku baru je balik makan and mood aku tak okay sikit waktu tu" Jelas Irfan untuk memadamkan rasa malu Raziq dengannya.
Seperti yang Raziq duga, makan berdua ketika ini adalah tindakan Irfan untuk menebus kesilapannya.
"Hm agak dah, tapi takpelah. Ini moment paling berharga sebab dapat keluar dengan crush" Terlintas di hatinya.
"Eh takpe! Aku yang offer salah timing. Sorry" Balas Raziq.
"So sekarang timing yang betul lah" Irfan tersenyum.
Raziq tersengih dan teruskan makan.
Mereka berdua semakin berkenalan dan kejanggalan semakin tiada di antara mereka.
Selesai makan dan bayar, mereka kembali masuk di dalam kereta.
"Sedap tak?" Soal Irfan sepertinya ingin melihat feedback dari Raziq kerana ini merupakan restoran favorit nya.
"Sedap weh, portion dia banyak. Pastu bahan pe semua cukup, pedas semua ada" Jawab Raziq dengan semangat.
Irfan kelihatan bangga dan tersenyum dengan jawapan Raziq.
Semasa memandu, Irfan menghidupkan Bluetooth radionya dan paired dengan fonnya. Kerana mereka berdua diam secara tiba-tiba.
Kemudian Irfan memainkan lagu Just Friend? oleh Nanon Korapat.
Raziq yang sedang menaip sesuatu di fonnya itu terbeliak dan terkaku.
"KENAPA DIA PASANG LAGU NI??" Raziq ingin teriak.
Namun Raziq cuba untuk bertahan tak nak nampak obvious dia berlakon untuk tidak mengetahui lagu tersebut. Dia cuba untuk tidak beri reaksi apa-apa.
Irfan memandang Raziq, "Kenapa dia diam je ni. Dia tak dengar ke". Bisik hatinya, lalu Irfan menaikkan volumenya.
Irfan pelik akan reaksi Raziq yang seolah langsung tidak berganjak. Tidak seperti yang dia sangka kerana dia tahu Raziq ialah seorang yang ekspresif dan dia sudah beberapa kali dapat menangkap situasi tersebut.
Raziq dalam diam cuba merekod audio keadaan tersebut dan ingin memberitahu Alif mengenai perkara ini.
Kemudian dia bersuara, "Lagu apani? Bahasa Thailand ke?"
Irfan seakan tidak percaya dengan reaksi tersebut lalu menjawab, "Haah lagu Thailand, best kan?"
Irfan cuba untuk lontarkan semula soalan padanya.
Raziq hanya mengangguk kepalanya.
Selesai lagu tersebut diputarkan, Irfan dengan pantas menukar playlist nya itu dan memutarkan lagu yang biasa.
"Kenapa dia berlakon macam tak tau lagu ni eh?" Irfan keliru.
"Dia tersalah play lagu ke? Kenapa dia tau lagu ni?" Bisik hati Raziq pula.
Mereka berdua terlalu keliru dengan tindakan masing-masing.
Setibanya mereka di parkir blok asrama, mereka masih terdiam dan keluar dari kereta. Mereka berdua tersenyum palsu.
Raziq memasuki blok dan bertembung dengan Alif yang baru bangun, "Eh kau dari mana ni?"
"Aa..."
"Thanks Raziq sudi breakfast dengan aku" Irfan memintas perbualan mereka dan berterima kasih pada Raziq dihadapan rakannya itu.
"Oh shit... Alamak"
Alif terbuntang matanya kerana melihat Irfan juga bersamanya dan berkata seperti itu.
Raziq hanya mampu berkerut lalu Alif menariknya ke dalam bilik.
"Ye kau tak mimpi and there's so much thing to tell you right now" Raziq cuba menenangkan rakannya.