Chereads / FANTAHOMO (BL MELAYU) / Chapter 6 - Obsesi: Ending

Chapter 6 - Obsesi: Ending

Kejadian semalam masih lagi mengganggu fikiran mereka berdua (Raziq dan Irfan).

Raziq tidak dapat menerima kenyataan dan mencuba untuk menafikan yang Irfan pun menonton siri tersebut.

Irfan pula tergamam apabila reaksi Raziq yang berlakon seperti tidak mengetahui lagu tersebut.

Padahal, dia lah terpaling pasang lagu tersebut sampai bergema di blok.

Irfan juga sudah cukup memberanikan diri untuk expose dirinya pada Raziq.

"Ke dia nak main main dengan aku? Tak boleh jadi ni. Siap lah kau!"

Irfan seperti merancang sesuatu.

Alif pula tidak terima dengan reaksi dan justifikasi yang Raziq berikan. Seolah Raziq cuba untuk tidak mengambil peluang yang ada dan berlakon seperti orang bodoh.

Tidak mungkin dia tersalah play or Spotify mainkan lagu tu randomly kalau Irfan tak pernah bukak lagu berbahasa lain.

Namun begitu, dia tidak kisah sangat mengenai masalah yang Raziq sendiri cipta.

Alif terbuai dengan hubungan persahabatannya dengan Faris semakin rapat dan impiannya untuk menyanyi sambil Faris memetik gitar semakin hampir.

°•°•°•°•°•°

Raziq cuba berjaga-jaga dan tidak mahu bertembung dengan Irfan pada hari tersebut dan nasibnya beruntung.

Kemudian dia pergi ke cafe selepas kelasnya tamat.

Dia ternampak dari jauh, ex boyfriend nya. Sepertinya dia sudah ada boyfriend yang baru.

"Aku balik dulu lah weh. Tetiba perut aku sakit"

Raziq putus selera makan dan meluru balik ke bilik dengan berjalan kaki.

"Ehhh tadi kata lapar. Nak aku hantar kat blok tak?" Tegur Alif.

"Takpe, kau makan jela. Aku taknak susahkan kau patah balik semata nak hantar aku." Jawab Raziq sambil menahan riak wajah sedihnya itu.

"Eh takpe. Ke kita bungkus pastu makan kat bilik?" Alif masih lagi prihatin melihat keadaan Raziq yang berubah itu.

"Takpe, aku pergi dulu" Raziq terus bergegas pergi.

Alif memerhatikan sekeliling cafe dan ternampak ex boyfriend nya bersama dengan orang lain.

"Oh patutlah ~"

Alif sudah pun mengerti akan tindak tanduknya itu.

"Cepatnya kau jumpa orang lain"

"Ke dia curang dengan yang ni time couple dengan aku? Sebab tu mintak break tiba tiba"

"Babi"

"Kenapa dia buat aku macam ni?"

"Aku punyalah susah and taknak ganti dia!"

"Kau? Senang senang cari lain"

"Dasar jantan tak guna"

Raziq mengumam bersendirian sambil kesedihan semakin menambat hatinya.

Air mata tidak tertahan.

Raziq mengendahkan orang sekeliling nya kerana waktu sebegini ramai pelajar turut sama pulang dari kelas dan makan tengahari.

Dengan mata yang sembap dan air mata yang masih mengalir

Dia semakin berjalan laju.

Irfan dari jauh menaiki kereta dan ternampak Raziq berjalan di tepian.

"Eh kenapa dia jalan kaki. Dia tak balik dengan kawan dia ke?"

Kemudian, dia menurunkan tingkap cerminnya dan melihat dengan jelas Raziq sedang mengalirkan air mata.

Irfan terlalu terkaku untuk menegurnya.

Raziq perasan akan kehadiran kereta yang sedang menghampirinya itu dan tidak menyedari bahawa itu ialah Irfan.

Raziq terus berlari seberang jalan dan memasuki blok.

"Ya Allah, kenapa dia nangis. Ada something berlaku ke?"

"Ke salah aku semalam"

Tidak semena-mena Irfan pula libatkan dirinya tanpa mengetahui asbab sebenar mengapa Raziq menangis begitu teruk sekali.

Irfan memarkirkan keretanya.

Lalu dia masuk ke dalam blok dan berdiri di hadapan bilik Raziq.

Kedengaran tangisan Raziq yang sayup.

"AHHHHHHH" Raziq menekup mukanya dengan bantal sambil menjerit.

"Patut ke aku ketuk bilik dia?"

"Aku patut tenangkan dia"

"Tapi macam tak sesuai"

Irfan berbelah bagi dengan niatnya lalu pergi begitu saja.

"Takpe, nanti aku buat sesuatu"

°•°•°•°•°•°

Malam menjelma dan Raziq pun dah slowly better. Raziq cuba untuk tenangkan diri dan menonton Bad Buddy dengan rakannya.

Apabila Alif mengetahui kejadian tengahari tadi itu tadi, dia tidak bertanyakan sebarang soalan dan memahami apa yang Raziq lalui. Oleh itu, dia hanya mampu menemani Raziq.

Pintu bilik Raziq jarang berkunci kerana mudah untuk Alif masuk. Tapi mereka ada rules apabila menonton BL, mereka akan kunci biliknya itu. Risau sekiranya rakan sekelasnya yang lain datang ke bilik tanpa mengetuk pintu.

"Kau tengok dulu, aku nak masak maggie jap. Pastu aku tengok dengan kau" Kata Alif sambil kembali ke biliknya.

Pintu bilik Raziq kini tidak berkunci.

Beberapa minit kemudian, Raziq masih menonton siri tersebut dan terdengar pintunya terbuka dan ditutup.

"Cepatnya masak maggie? Ke kau tunggu mi tu kembang dulu?" Soal Raziq tapi matanya masih terpana pada skrin laptop kerana masih menonton siri Bad Buddy tersebut.

Soalannya tidak dijawab.

Raziq menoleh ke pintu dan melihat sosok tubuh itu bukanlah Alif tapi IRFAN!!!

Raziq menggelabah lalu hentikan siri tersebut dan bertanya, "Eh Irfan?"..

"Pintu tak berkunci" Jawab Irfan sambil melihat Raziq dalam ketakutan.

"Aaaa.. aa.." gagap Raziq.

"Ok now dah kunci" Kata Irfan sambil kunci pintu bilik itu.

Raziq cuba menutup laptopnya tanpa meletakkan dalam mod sleep.

Lalu Irfan menegurnya, "Tak payah tutup. Aku nampak kau tengok Bad Buddy. Tapi kenapa semalam kau act tak tau bila aku bukak lagu tu?"

"Aaku... A.. aku.." Raziq masih lagi gagap.

"Aku pernah sekali terdengar kau pasang lagu ni dalam bilik. Time tu aku lalu"

Irfan melihat keadaan Raziq semakin sukar untuk berkata-kata dan dia tidak berniat untuk menakutkan Raziq.

"Nah~ Aku tengok kau sedih tengahari tadi. Aku risau keadaan kau. Raziq.. Kau okay ke?" Kata Irfan dengan nada yang lembut sambil menghulurkan coklat.

Raziq mengambil coklat tersebut lantas bangun dari kerusi.

Irfan terus memeluk Raziq.

Dunia Raziq seakan terhenti lalu dia mengalirkan air mata.

Tangisan sayup itu kedengaran dan Irfan memujuknya.

Perbezaan ketinggian mereka agak ketara dan muka Raziq sepenuhnya berada di bawah tulang selangka (collar bone) Irfan.

Raziq mengambil masa untuk mampu tenangkan diri. Dia seakan tidak percaya, ini yang dia mahukan iaitu seseorang yang mampu fahami keadaan dia dan orang tu pula crushnya.

"Jangan nangis, aku ada kat sini untuk kau." Pujuk Irfan.

Selepas beberapa minit selesa dengan pelukan Irfan.

Irfan tersenyum kerana rancangannya berjaya dengan bantuan Alif yang memberitahu mengenai perkara yang terjadi.

Alif juga rasa ini merupakan situasi yang tepat untuk dia bantu rakannya dan membetulkan keadaan semalam.

"Jom tengok Bad Buddy sama sama?" Raziq mempelawa mereka.

Mereka berdua lalu menonton BL itu bersama di atas katil dan bahagia.

Inilah pertemuan mereka bukan kerana aplikasi dating tapi sebab obsesi lagu tersebut yang mampu menyatukan mereka.

TAMAT

︿‿⁠ ︿‿⁠︿‿⁠︿

Hai guys, macam mana? Okay tak hahaha. Maka berakhirlah cerpen dari saya (MrBentos).

Do you guys enjoy it?

Untuk cerpen seterusnya, penulis yang lain akan release.

Nantikan tau (.⁠ ⁠.̫⁠ ⁠.)

Seperti biasa sila vote ★ and komen.