Kelas seterunya adalah kelas fizikal, seperti biasa mereka akan berkumpul di lapangan untuk melakukan pembelajaran yang akan diajar oleh Guru Fredian. Tubuhnya yang besar melebihi manusia normal, otonya yang sasa menghampiri fizikal beastmen, dan mukanya yang berparut di bahagian mata kanan akibat satu peristiwa Ketika dia mengikuti kempen Pahlawan satu Ketika dahulu mengesahkan kedudukan dia sebagai guru fizikal di akademi Zeshia.
"Baiklah hari ini kita akan buat ujian simulasi pertarungan!" jerit Guru Fredian dengan penuh semangat dihadapan kesmua pelajar dihadapnya.
"Eh bukan ujian tu dah ke minggu lepas?" soal seorang pelajar perempuan sambil mengangkat tangannya bagi menarik perhatian Guru Fredian.
"HA HA HA!, biarla ni kelas saya bukan kelas awak kan, HA HA HA!"
Semua pelajar disitu hanya mampu terima jawapan Guru Fredian itu, mereka segera memulakan aktiviti memanaskan badan dengan arahan Guru Fredian.
"Baiklah seperti yang saya kata tadi hari ini akan ada ujian simulasi pertarungan, tapi..."
"tapi?" Pelajar kelas itu tertarik dengan kata-kata Guru Fredian, Ryo juga menunjukkan sedikit minat bagi mengetahui apa yang Guru Fredian akan ucapkan.
Guru Fredian berjalan kearah padang dihadapanya lalu mengalirkan sedikit manas kearah kedua tapak tangannya, partikel coklat dan merah berkumpul.
"Hiyaaargghh!" Guru Fredian menghentak tanah dengan tapak tangannya, satu gegaran dirasai para pelajar mula memperkukuhkan kaki mereka agar tidak tumbang dengan gegaran itu.
Satu arena kecil terbentuk, lebih tepat lagi satu Colosseum mencul tapi berada dibawah permukaan tanah padang itu, kelihatan satu arena terbentuk dilengkapi barisan kerusi penonton dibahagian atas bagi memudahkan penonton melihat petarungan mereka.
"Baiklah kali ini kita akan uji 1 lawan 1 buat cabutan pakai ini yer" Guru Fredian menghulurkan satu bekas dipenuhi bongkah kecil bernombor yang telah disediakan olehnya.
Mereka membuat cabutan bagi menentukan lawan mereka, nama-nama pelajar yang telah berjumpa lawan mereka telah dicatitkan di papan hitam bagi memudahkan mereka melihat pasangan mereka.
"haish, apa la nasib" Ryo yang masih belum menerima nasib dia hari ini melihat kearah papan hitam itu mencari nama siapa yang akan membantainya hari ini.
Ternyata Ryo mendapat undian pertama dan dia bakal bertarung dengan Jagger, dia yang menghina Ryo semasa didalam kelas sebentar tadi mengatakan bahawa Ryo tidak sedar diri tiada manas tapi masih hendak mahu bertarung.
Ryo berjalan turun kearah arena yang disediakan oleh Guru Fredian bersama pelajar lain tapi dia hanya dibelakang tidak ingin bercampur dengan yang lain lebih tepat lagi tiada yang ingin menghampiri dirinya.
Tiba-tiba, Jagger 3 pengikutnya berdiri menghalang perjalanan Ryo. Dia menatap sinis sambil tersenyum memandang rendah diri Ryo.
"tidak sangka aku akan dapat bertarung dengan kau, nampaknya tak perlu la membazir manas aku hari ini, Cuma jangan sampai kau mati pulak yer dalam tu nanti" Jagger mengatakan itu sambil berjalan meninggalkan Ryo.
"Hanya sebab aku tiada manas, dilayan seperti ini? Heh dewa dah abaikan aku kut" ungkap Ryo pada dirinya sambil terus berjalan memasuki arena.
Ryo melihat susunan dalam arena yang telah diaturkan oleh Guru Fredian dengan sihir tanah, Kawasan pertarungan yang luas dengan tiga platform tanah dibina sedikit tinggi di sudut petarung A dan petarung B, manakala platform bahagian tengah kini sedang diduduki Guru Fredian dengan gaya memeluk tubuh menanti kehadiran mereka.
"Pusingan 1 Ryoichi lawan Jagger!" Nama mereka berdua diseru oleh Guru Fredian untuk tampilkan diri mereka diatas platform yang disediakan dalam arena.
Para pelajar lain akan melihat pertarungan ini dibangku penonton sementara menuggu giliran mereka.
"Boleh ke dia menang? Dia tiada sihir kan" bisik seorang pelajar lelaki dibangku penonton
"jangan cakap menang, bertahan pun belum tentu" sahut seorang lagi pelajar lelaki.
"cepat aku taruhkan Ryo akan kalah dalam kurang 3 minit" selit seorang pelajar lagi
"eh korang ni diam la tak baik cakap macam tu kita tengok la dulu" seorang pelajar perempuan seakan membela Ryo, disampingnya juga terdapat beberapa pelajar perempuan seakan menganguk setuju dengan kenyataan perempuan itu.
"Kau suka budak tu ke Tania? Kau tidak nampak ke lencana yang dia pakai bawah lambing akademi itu" soal seorang pelajar lelaki itu.
Tania melihat kearah Ryo, tepat kearah lencana yang dikatakan. "Ya aku tahu lencana itu tapi dia juga manusia macam kita kan" Dia masih cuba membela Ryo.
"heh Manusia, Beastmen pun ada manas, atau aura dia lagi teruk dari itu dah macam hyumen kau tau yang pelik dia manusia, sekurangnya manusia biasa akan ada secebis manas mahupun aura dalam diri mereka" jelas panjang lebar seorang pelajar lagi.
Tania dan beberapa pelajar perempuan lain hilang semangat bagi mematahkan hinaan itu kerana ia benar selemah – lemah manusia bukan berdarah bangsawan atau rakyat biasa mereka mesti aka nada sedikit mahupun secebis manas ataupun aura.
Di dalam arena pandangan mata Ryo dan Jagger bertemu, ditangan Jagger terdapat sebatang tongkat kecil miliknya bersedia untuk memulakan pertarunagan, manaskala dengan izin Guru Fredian, Ryo boleh menggunakan sebatang pedang yang disediakan akademi.
"Heh apa yang kau boleh buat dengan pedang itu, kau takkan dapat mengejar aku" kata Jagger melihat Ryo yang seakan bersedia untuk menyerang.
"Kalau la aku boleh pancung kepala si Jagger tu" gumam Ryo, tapi dia sedar yang dia tidak akan mampu melawan Jagger dengan seimbang.
"MULAA!!!"