Ibu Kota Enigma pusat pemerintahan Negara Arcania, sebuah negara yang berada dibahagian utara dunia Enchantia, tanah yang terkenal dengan kepadatan manas ketiga tertiggi di dunia itu. Terletak didataran tinggi Aratur, sebuah kota yang besar dibina dipuncak dataran tinggi, negara yang dikeliling gunung dan bukit dibahagian utara dan barat sementara tembok besar lagi kukuh dibina mengelilingi kota Enigma dan pintu gerbang utama dibahagian Selatan.
Untuk memasuki kota Enigma laluan masuk utama dibahagian Selatan, laluan pendakian yang perlu dilalui bagi keluar dan memasuki Kota, dan pos kawalan yang ketat bagi memeriksa setiap barangan yang masuk dan keluar dari negara itu, selain itu satu Menara tinggi berfungsi sebagai pos pemeriksaan bagi ras yang ingin memasuki menggunakan laluan udara, namun mereka dilarang untuk terbang didalam Kota Enigma.
"selamat datang semua' ucap seorang tua berdiri di sambil mengangkat kedua tangannya tanda menyambut kehadiran mereka yang hadir di ruangan tersebut.
Ruangan yang gelap dan hanya diterangi cahaya api biru dibahagian penjuru ruangan tersebut, dan terdapat bola kristal disetiap yang hadir diruangan tersebut. Mereka menunduk hormat sebelum dipersilakan duduk.
"baiklah apa yang kita nak bincang harini?" soal seorang daripada mereka terus menyoal tentang agenda utama yang akan dibincangkan.
"hari ni kita dapat laporan bahawa pergerakkan Dewa Iblis" jawab lelaki tua itu yang merupakan ketua pada majlis kali ini.
"Terdapat sedikit insiden kecil disempadan dengan jajahan Dewa Iblis" sambungnya lagi.
"huh, jadi mereka dah mula bergerak, tapi mengapa selepas 10 tahun?" soal seorang lagi ahli Wanita yang menyertai mereka sambil sedikit menyalakan bola kristal dihadapanya untuk menarik perhatian yang hadir dalam ruangan itu.
"hmm, tiada maklumat mengenai mengapa sekarang, selepas peristiwa rekahan langit dan hilangnya mereka yang bergelar Nexion dari dunia ini, Dewa iblis hanya menghancurkan dan menguasai kota Avantias yang kini menjadi kubu mereka" jawab ketua majlis itu sambil memaparkan imej peristiwa 10 tahun lalu di bola sihir setiap yang hadir disitu.
Mengimbau masa lalu satu pembantaian ngeri berlaku selepas gegaran dasyat yang berlaku selang beberapa hari hilangnya Nexion, munculnya Dewa Iblis di tengah benua, meranapkan kota Avantias merupakan tempat yang didiami majoriti Nexion, mereka terdiri dari pelbagai ras namun diceritakan bahawa mereka berdarah syuragwi kebolehan yang berbeza dari penduduk dunia Enchantia, mereka mengembara keseluruh dunia, menjalankan misi, berniaga, bertukang ada yang menjadi pembesar di sekitar kota Avantias.
"Haish apa khabar rakan kita di Sylfaen dan Elvander?"
"Buat masa ini mereka masih belum bergerak mereka masih memerhati, sementara Nymfyae hantar utusan untuk menasihati agar tidak menentang Dewa Iblis" Jawab Ketua Majlis.
"Nymfyae cuba menghalang Gerakan menentang Dewa Iblis? Mereka dah bersekutu dengan Dewa Iblis ke?" Soalan dilontarkan
"Tiada sumber tapi mereka masih tidak melakukan perkara yang mencurigakan"
"Tentera Iblis masih belum keluar dari Kawasan Dragova, mereka hanya berfokus disekitar Kawasan Avantias, mungkin mereka tidak mahu melawan Klan Naga?" Kata seorang lagi ahli kali ini dia kelihatan sedikit muda berbanding ahli-ahli yang lain.
"hmm tapi kenapa Para pemerintah Naga tidak menyatakan apa-apa atas kehadiran Dewa Iblis?"
"Banyak persoalan yang masih belum kita jawab hari ini, baiklah kita akan rumuskan dan tutup perjumpaan kita hari ini, saya akan maklumkan pada Raja Enumura" Ketua majlis menutup perbincangan, berdiri lalu menunduk hormat dihadapan yang lain.
Mereka berdiri, tunduk hormat dan beredar dari ruangan tersebut. Tiada keputusan atau tindakan yang dapat dilakukan hanya perbincangan dan laporan yang tidak begitu mengancam negara dibahaskan hari ini.