Chereads / ENCHANTIA SAGA [ MALAY ] / Chapter 14 - Bab 13 - Manas, Ryo seoarang genius?

Chapter 14 - Bab 13 - Manas, Ryo seoarang genius?

Keesokkan harinya, Ryo hadir ke akademi seperti biasa, masuk keruangan kelasnya berjalan tanpa menghiraukan pelajar lain yang sedang memerhatikan dirinya, semua pelajar berbisik antara mereka sambil mencuri pandang kearah Ryo. Latihan semalam yang melihat kekalahan Jagger, membuatkan ramai yang tidak menyangka Ryo yang tidak mempunyai manas mampu menewaskannya.

"Baiklah semua duduk ditempat masing-masing" kata seorang guru perempuan yang secara tiba-tiba memasuki kelas mereka.

"Buka buka Codex Magica bab 1 – Prinsip Manas, baca dan pahamkan nanti saya nak tanya" sambung guru itu lagi yang kini telah mengmbil tempatnya di meja guru yang tersedia diatas pentas kecil dihadapan kelas berdekatan dengan papan hitam.

Codex Magica, atau kitab biru merupakan sebuah kitab yang mengumpulkan pengetahuan asas manas dan magis yang terkumpul sepanjang sejarah dunia, ia dihasilkan oleh Council of Seer sebuah dewan yang mengumpulakan penyihir tahap Sage dan keatas untuk menyusun kitab biru ini.

10 minit telah berlalu, Guru tersebut melihat kearah anak muridnya, ada yang telah seakan habis membaca bahagian yang diminta, ada yang sudah berbual-bual, ada juga yang sudah mengelamun keluar jendela dibelah kiri kelas.

"Baik lah masa tamat, siapa boleh terangkan apa itu manas?" soal Guru itu sambil menebarkan pandangannya keseluruh kelas melihat wajah muridnya satu persatu.

Namun seakan tiada yang ingin menjawab, menjadikan kelas sunyi seketika, melihat perkara itu berlaku, mata guru tersebut berhenti dan melihat Ryo yang sedang asyik melihat keluar jendela dari tadi.

"Ryo boleh tolong jelaskan untuk kami apa yang awak faham mengenai manas" kata guru tersebut seakan ingin menguji Ryo yang kelihatan tidak menumpukan perhatian dalam kelasnya.

Nama Ryo dipanggil, dia tersentap dari lamunannya, kini dia sedar seluruh kelas sedang memandang kearahnya. Dia berdiri dan berjalan kearah hadapan kelas menghampiri guru tersebut. Dia memandang tepat keawajah guru itu seakan ingin meminta sesuatu.

"Haah" dia mengembus nafas. "Boleh saya guna ni?" soal Ryo sambil menunjuk papan hitam yang berada dibelakang guru tersebut.

"Silakan" jawab guru itu.

Ryo mengambil kapur putih yang tersedia lalu menulis sesuatu diatas papan putih itu, merangka seakan corak dan perkataan memenuhi ruangan tengah papan hitam itu, satu carta dilukisnya besar dengan penerangan ringkas disetiap bulatan Kawasan yang dihasilkannya.

"Secara mudahnya manas merupakan satu kuasa alami yang terhasil secara semulajadi di dunia ini, selepas beberapa abad para petinggi sihir seperti council of seer di negara kita telah menjumpai bahawa manas mempunyai beberapa pecahan unsur tertentu yang kita gelar magis" terang Ryo panjang lebar sambil menunjukkan kearah carta dan penerangan ringkas yang ditulisnya.

"magis pula kita boleh pecahkan kepada magis biasa, magis tambahan dan magis tinggi, magis biasa terdiri dari 4 elemen alami seperti air,api,tanah dan angin, manakala magis tambahan adalah apa sahaja jenis magis yang terhasil dari campuran 2 jenis unsur biasa seperti magis wap, manakala magis tinggi pula adalah elemen cahaya dan kegelapan setakat ni tiada rekod tokoh yang mengusai element tersebut dalam kitab biru, sekian" Ryo menghabiskan penerangannya tanpa dihentikan mahupun disoal oleh murid lain, bahkan guru tersebut seperti terpana, tidak menyangka yang Ryo mampu menerangkan prinsip manas serta magis dengan cara yang amat mudah.

Carta yang dihasilkan, penerangan ringkas dan padat, telah berjaya memukau seiisi kelas, tidak menyangka bahawa penerangan Ryo amat mudah difahami, guru tersebut mempersilakan Ryo untuk Kembali ke tempat duduknya dipenjuru belakang kelas.

"ba…bagus Ryo penerangan yang bagus, yang lain buka buku nota dan salin penerangan Ryo tadi" kata guru tersebut walaupun agak kelu lidahnya untuk memuji Ryo kerana dia tidak menyangka Ryo mampu melebihi sangkaannya.

Semua murid didalam kelas mengikuti arahan guru tersebut, segera menyalin penerangan dan nota yang tercatat pada papan hitam tersebut, mereka menumpukan perhatian penuh menyalin tanpa berbisik memuji atau mengkritik Ryo.

"Ding! Ding! Ding!" loceng kedengaran dari arah Menara akademi menandakan sesi kelas pertama telah berakhir dan rehat sebentar selama 10 minit sebelum bermula kelas kedua untuk hari ini. Rakan kelas Ryo masih terkejut dengan prestasi Ryo, masakan tidak dia berjaya mengalahkan Jagger tempoh hari, hari ini dia berjaya menerangkan prinsip asas manas dan magis dengan mudah difahami untuk semua orang.

"Eh macam dia boleh faham macam tu? aku pun terkial baca bahagian awal tadi" soal seorang murid lelaki yang sedang berkumpul bersama lagi 4 rakannya.

"Mana la aku tau, yang aku tau aku bukak je baca, tak faham, tidur" jawab seorang lagi dengan nada bersahaja tidak menjawab soalan rakannya itu.

Sementara itu, beberapa murid perempuan turut berkumpul disatu sudut, seperti murid lelaki mereka berbual mengenai Ryo. Kelihatan Tania, Suzy dan Yuna turut berada dalam kumpulan itu. Mereka duduk di kerusi mereka membentuk satu kumpulan kecil.

Mereka bercakap mengenai tajuk yang diajar semasa kelas tadi dan bagaimana Ryo dapat memahami tajuk itu dengan mudah.

"Eh Tania tadi kau baca paham tak?" soal Yuna sambil menepuk bahu Tania sambil memandang kearahnya, dia seperti biasa akan sentiasa berada disebelah kanan Tania, manakala Suzy akan berada disebelah kiri.

Tania diam sejenak memikir bagaimana ingin menjawab persoalan itu, kerana dia sebenarnya memahami isi pada bab yang diarahkan oleh guru itu untuk dibaca dan difahamkan, Cuma dirinya tidak yakin dengan pasti bagaimana ingin memudahcarakan agar dapat dibentangakan kepada rakan-rakanya, dia berasa kagum dengan Ryo kerana dapat menerangkannya dengan mudah.

"Ada la faham sikit-sikit, tapi nota yang Ryo buat tadi sedikit sebanyak bantu untuk saya paham" kata Tania dengan nada lembut sambil mencuri pandang kearah Ryo, melihat dirinya yang masih tidak berganjak dari tempat duduknya, sukar bergaul dan hampir mustahil melihat dirinya untuk berbual dengan orang lain.

"Hmmm kalau Tania pun faham sikit-sikit, apatah lagi kami yang lain ni, haisshh" keluh mereka yang lain dalam kumpulan itu selepas mendengar jawapan Tania. Ni kerana Tania merupakan antara yang terpandai didalam kelas tersebut. Dia sering menjadi tempat rujukan murid perempuan kerana dia mesra dan mudah untuk melayan soalan dan bual kosong mereka.

Ryo hanya duduk disitu, tidak melakukan apa-apa hanya menongkat dagunya dan menoleh keluar jendela melihat suasana diluar kelas. Menanti kelas kedua yang akan bermula tidak lama lagi.

"Ding! Ding! Ding!" loceng berbunyi,segenap pelusuk akademi dan Kawasan sekitarnya dapat mendengarnya, menandakan kelas kedua untuk hari itu akan bermula sebentar sahaja lagi.

Mendengar bunyi loceng itu, mereka segera mencari tempat duduk asal mereka sebelum memulakan kelas kedua sementara menunggu kehadiran guru seterusnya. Mereka mengeluarkan buku dan mempersiapkan nota bersama mereka diatas meja, papan hitam telah pun dibersihkan bagi memberi ruang guru seterusnya ingin menggunakannya.

"Tap! Tap! Tap!" kedengaran langkah kaki menghampiri kelas mereka, seorang guru lelaki bertubuh agak berisi berambut hitam panjang menyentuh bahu, berkaca mata petak yang terdapat retak kecil dibahagian bawah kanta sebelah kanan, wajahnya bersih tidak ada cela, kelihatan muda seakan baru berusia 30an, namun dia sudah bertongkat, menampung tubuhnya untuk berjalan, dia ialah Guru Farouk atau lebih dekenali Prof.Farouk.

"Selamat petang semua, hari ni kita akan belajar mengenai tata mantera, buka kitab biru bab 3" kata Prof. Farouk sebelum mengambil kapur putih dan menulis sesuatu pada papan hitam dalam kelas itu.

Mereka membuka kitab Codex Magica Bab 3- Tata Mantera dan penggunaan asas, bahagian yang akan menerangkan asas bagi membaca,menghafal dan cara menggunakan magis secara asas.

Kitab biru ini merupakan kitab rujukan dan buku teks rasmi yang mengandungi kesemua mata pelajaran yang akan diambil oleh setiap murid di akademi Zeishia, ia tebal namun ringan walaupun diperbuat dengan kertas dan kulit buku yang bermutu tinggi, pada lapisan kulit buku telah dicacah pada kulit kitab itu dibahagian dalam dengan serangkai kata yang hanya petinggi sihir seperti sage sahaja yang memahami tulisan itu bagi melindungi rahsia penghasilannya, namun ia merupakan mantera yang memanipulasi magis angin yang mampu meringankan sesuatu objek.

"Baiklah harini saya nak awak semua hafal 4 mantera dari 4 jenis element magis yang berbeza dan saya akan pilih beberapa murid untuk uji, saya bagi masa 10 minit!" kata Prof. Farouk, suaranya lantang dapat didengari hingga ke hujung belakang dewan, dia berjalan kearah meja guru lalu merehatkan dirinya diatas kerusi empuk yang disediakan.