"Ambil ini" Guru Fredian menghulurkan sebilah pedang yang masih tersarung kepada Ryo.
Ryo mencapainya sedikit keliru apa tujuan guru Fredian memberikan pedang itu padanya. Pedang itu bukan lah kepunyaan peribadi guru Fredian ia merupakan pedang latihan yang disediakan oleh fakulti alatan sihir bagi pelajar yang akan mencuba kemahiran menggunakan alatan tersebut.
"Tapi guru Fredian, saya tidak boleh menggunakan alat sihir" kata Ryo sedikit risau dengan alat yang diberikan kepadanya.
Bagi menggunakan alat sihir, pengguna perlu menyalurkan manas dari tubuh mereka untuk mengaktifkannya jikalau tidak ia tidak akan berguna, sebab itulah Ryo sedikit ragu bagi menggunakan pedang tersebut.
"Jangan risau pedang ni digunakan untuk pertarungan, tebasan pedang ini tidak akan mencederakan pihak lawan selagi berada dalam Kawasan yang telah ditetapkan, tapi kelebihan pedang ini dia akan menyerap manas pihak lawan apabila tebasan berjaya menyentuh tubuh pihak lawan" Guru Fredian menerangkan panjang lebar fungsi pedang ini.
"Itu yang dikatakan oleh guru Fredian, tapi…" kini Ryo Kembali ke realiti melihat dihadapannya kini Jagger yang akan melawannya.
"Aku bukan lah mahir sangat guna pedang ni" Ryo sedikit mengeluh, namun memperkemaskan pegangan tangannya dengan hulu pedang itu, kekuda dibuka bersedia untuk menerima serangan dari Jabeer.
"MULAA!!!" Jeritan dari guru Fredian menandakan pusingan 1 telah bermula.
Jagger menghunus tongkatnya, mengumpul kekuatan, kelitahatan partikel manas mula terbentuk menyelubungi tubuhnya.
"Mari tengok berapa lama kita boleh bermain" Jagger tersenyum. 5 bola api muncul disekitar Jagger lalu kesemuanya melesat laju menuju kearah Ryo.
Melihat serangan yang mendekat, Ryo melompat turun dari platform dan berusaha mengelak serangan itu, namun 2 serangan berjaya menghentam tubuh Ryo dari arah kiri menyebabkan di terpelanting kebahgian kanan arena.
"aduh sialan bagaimana aku nak dekati…" sekali lagi satu bola api menghentam tubuh Ryo kali ini dia tercampak dan menghentam platform tempat dia bermula.
Ryo gagahkan diri untuk bangkit semula, melihat Jagger yang masih tidak meninggalkan platform permulaan menyakitkan hatinya.
"Hey kau penakut ke hah bertarung macam tu, kalau kuat sangat mari lah bertarung secara berdepan" Ryo cuba memancing Jagger untuk menghampiri dirinya.
"heh buat apa aku nak buang tenaga nak dekat dengan orang macam kau!" Jagger tidak mengendahkan provokassi Ryo.
"Panah api!" jerit Jagger, puluhan panah api muncul dan meluru pantas kearah Ryo.
Sekali lagi Ryo hanya mampu mengelak serangan dari Jagger sambil cuba menghampiri Jagger namun bebrapa panah api itu berjaya menggores wajah dan kaki Ryo, kesan terbakar berserta peritnya luka yang terhasil terpaksa ditahan Ryo.
"Hmmm, walaupun serangan dia ternampak kuat tapi.." Ryo memerhati panah-panah api yang masih bertubi tubi muncul dan menyerang dirinya.
"ZUPP!!!" 5 cerucuk api menjunam tepat diatas Ryo namun dia berjaya mengelak serangan itu.
"Heh, serangan Ryota lagi berbahaya dari ni" bisik Ryo Kembali menatap kearah Jagger.
Ryo menggagahkan semula dirinya lalu berlari pantas menuju kearah Jagger, namun pergerkkan Ryo sedikit perlahan kerana masih dihujani serangan sihir api dari Jagger.
"apa yang kau nak buat haa, menyerah sahaja la" Jagger masih percaya diri. Serangan bola api diperhebat kearah Ryo.
Namun kali ini sesuatu terjadi, serangan bola api dari Jagger tidak berjaya menghentam Ryo, setiap kali ia menghampiri Ryo ia akan ditebas oleh pedang yang dipegang olehnya. Lebih tepat lagi magis api tidak la hilang begitu sahaja tapi manas yang terkandung dalam bola api itu berjaya diserap oleh pedang itu.
"heh seperti yang guru Fredian kata, bilah pedang ini mampu menyerap manas pihak lawan"
Bola api yang menghampiri nya ditebas satu persatu sambil menghampiri Jagger dengan pantas, tapi sekali lagi langkah nya terhenti.
"Aku tak paham macam mana kau boleh bertahan selama ni tapi kau tidak akan dapat mengalahkan aku" kali ini hujan tombak api menghujani Ryo sementara panah api menyearang kiri dan kanan Ryo.