Chereads / ENCHANTIA SAGA [ MALAY ] / Chapter 7 - Bab 6 - Pedang vs Magis 2

Chapter 7 - Bab 6 - Pedang vs Magis 2

"Ouh menarik, nampaknya Ryo dapat memahami helah dalam penggunaan pedang itu" kata Guru Fredian. Tertarik dengan pertarungan itu, melihat Ryo berjaya bertahan agak lama menentang Jagger sedangkan dia tiada langsung manas.

"jadi sebab itu ke kau panggil aku kesini" seorang Wanita berjalan berjubah putih berjalan keluar dari Lorong masuk colosseum itu.

"Ouh Guru Sylvia, awak dapat nota tu"

"Ya walaupun saya ada kerja yang sedang menunggu saya nanti, jadi itu ke sebab awak panggil saya ke sini ?" soal guru Sylvia.

"Takde la saya saje jemput awak kesini, Ha ha ha"

"Otak otot tak guna, awak kena belanja makan saya lepas ni" Guru Sylvia geram dengan perilaku Guru Fredian yang suka melakukan hal sesuka hati.

"tapi budak itu nampak berpotensi tapi dia tiada manas? Hmm dia paham konsep pedang itu atau kebetulan?"soal guru Sylvia sambil melihat pertarungan Ryo dan Jagger.

Pertarungan mereka semakin sengit, serangan yang bertubi menyerang Ryo tanpa masa rehat, badan, muka kaki semua depenuhi kesan terbakar dan luka. Tapi dia masih belum mahu mengalah.

"Habiskan dia Jaggaer!"

"Jagger! Jagger! Jagger!" sorakan nama Jagger bergema, kesemua pelajar lelaki seakan sebulat suara menyokong Jagger.

Ryo memperkemas pedangnya, mencantaas serangan yang datang, mengelak satu demi satu sihir api yang menghala kearahnya, namun langkahannya makin perlahan, staminanya semakin berkurang dan dia masih belum mampu menyerang Jagger!

Ryo tersungkur, namun sempat menampung tubuh nya dengan pedang yang dipegangnya, menjadi seakan tongkat.

"Hah, hah , hah" nafas Ryo tercungap, selepas penat berlari dan menghindar serang betali arus itu, semakin lama dia bertahan, semakin sakit kecederaan yang dirasainya, darah dan peluh mula menitik dari tubuhnya.

"Heh menyerah sahaja la" Akhrinya Jagger menghampiri Ryo yang sedang kelelahan seakan menanti ajalnya tiba.

"puih!" Ryo meludah liurnya yang bercampur darah dihadapan Jagger.

"kau ingat ini sudah cukup ke, serangan abangku lagi mematikan berbanding sengatan lembut sihir api kau la"

Jagger seperti tercabar, dia menghulurkan tongkatnya semula, merapal seungkap sihir partikel merah mula muncul, membentuk cemeti api dari hujung tongkatnya.

"ZUPP!!" libasan api menuju kearah Ryo.

Akan tetapi, Ryo menangkap cemiti api itu dengan kirinya, sakitnya seperti membakar tangan diatas unggun api yang sedang marak, bahang dan haba yang mampu melecurkan tangan jika dibiarkan.

"dia tangkap cemeti api itu? Tak sakit ke?" pelajar lain terkejut melihat tindakan Ryo yang menangkap serangan Jagger itu.

Ryo menyentap cemeti api itu, mendorong Jagger untuk kehadapan, hilang sedikit keseimbangan badannya.

"cis" Jagger menahan tongkatnya agar tidak terlepas dari tangannya. Dia cuba untuk menarik dan memperkuat haba api yang disalurkan pada cemeti api agar Ryo melepaskannya.

Ryo melepaskannya, lantas berlari laju menghampiri Jagger. Dia menyerang tubuh Jagger dengan pedang itu, menghayun kearah kanan tubuh Jagger dengan harapan dapat melukakannya walaupun sedikit.

Pedang itu berjaya menyentuh Jagger, yang peliknya manasnya keluar dari kesan tebasan itu sedikit, tapi darah mula kelihatan. Ryo melihat kejadian itu berasa janggal.

"mengapa luka, pada dirinya tidak terus pulih?" soal dalam diri Ryo.

Sepatutnya tiada luka fatal yang mampu dihasilkan pedang latihan ini, setiap tebasan pedang yang mencederakan tubuh lawan akan menyerap manas pihak lawan dan manas itu akan segera memulihkan kecederaan, sekurangnya memberhentikan pendarahan, Namun dihadannya kini darah Jagger masih mengalir.

Kerosakkan? Kekurangan manas? Masalah teknikal? Perkara itu tidak terlintas dalam kepala Ryo yang dia tahu ia dapat mencederakan Jagger.

"Arghh!" Jagger berundur kebelakang menekup luka itu dengan tangan kirinya, kelihatan darah mula membasahi baju yang dipakainya, tangan kanan masih memegang tongkat sihir menyasarkan Ryo.

"Heh luka biasa je ni" Kata Jagger sebelum menyerang semula Ryo dengan bola api bagi memaksa Ryo menjauh dari dirinya.

Namun serangan itu tidak berhasil, kerana kini Jagger berada dalam jangkaun pedang Ryo, tebasan pedang hanya sejauh setengah depa sahaja!

Ryo mengelak serangan itu, menyisih kearah kanan dan menendang Jagger tepat di tempatnya luka sebentar tadi,

"Dushh!" Tubuh Jagger melayang jauh akibat impak tendangan Ryo, namun dia tidak mudah mengalah dia lantas bangkit dan mula untuk menyerang balas.

"Jangan ingat aku dah ka…"belum sempat Jagger menyelesaikan ayatnya, bilah pedang telah berada dilehernya, menanti untuk menebasnya sahaja.

Ryo telah berada dibelakang Jagger menghunus pedangnya dari belakang bersedia untuk memenggal Jagger, dia telah kalah posisi ini tidak dapat melakukan apa-apa kerana musuh hanya perlu menarik pedangnya sahaja dan bahagian lehernya akan terputus.

"Bagaimana mungkin aku dapat kalah dengan orang rendahan macam kau!" Jagger masih melawan tidak terima akan kekalahan ia memutarkan tubuhnya sedikit menepis pedang Ryo. Dia melompat kebalakang menghadap Ryo sambil merapal satu sihir bola api, mucul diantara mereka.

"matilah kau!"

Namun belum sempat Jagger melepaskan serangan itu, pedang Ryo telah menghentam tangan kanan Jagger menyebabkan tongkat saktinya tercampak keatas, sihir bola api itu turut menghala keatas dan menghilang kerana sihir tidak dilakukan secara sempurna.

Ryo mengangkat tinggi pedang itu, dan menghayun junam serong dari atas bahu kanan ke bahagian bawah kiri tubuh Jagger, dan sempat mendaratkan satu tendangan kearah dada Jagger.

Tubuh Jagger melayang, menghentam platform tempat dia bermula, tubuhnya bermandikan darah, setiap luka yang diterimanya,darah mengalir tanpa henti.

"Fuhhh nasib baik" Ryo terduduk melepaskan lelahnya melihat Jagger yang tidk mampu lagi bertarung memberikan ruang untuk Ryo menarik nafas lega.

Walaupun jelas dia telah menang melawan Jagger, seluruh pelajar terdiam, tiada sorakan mahupun kritikan dilontarkan, terpaku dan terdiam melihat keputusan akhir perlawanan tersebut.

"tap! tap! tap!" Namun guru Fredian dan guru Sylvia yang menonton perlawanan itu menepuk tangan mereka kagum melihat pertarungan mereka, dan pandangan mereka berdua fokus kearah Ryo, kerana mana mungkin seorang eperti dirinya berjaya dalam perlawanan berat sebelah melawan seorang penyihir.

"Pemenang pusingan 1. Ryoichi!" umum Guru Fredian dengan penuh semangat. Dengan pengumuman itu pelajar yang lain turut memberikan tepukan namun tidak gemuruh seakan masih tidak mempercayai realiti yang berlaku dihadapan mata mereka.

Para medis pun masuk kedalam ruang arena bagi mengiringi mereka ke ruangan sakit dan merawat kecederaan mereka.