Chereads / ANTARA KITA / Chapter 5 - Bab 5

Chapter 5 - Bab 5

MALAM MINGGU

Seperti yang dijanjikan oleh Emma,semua temannya termasuk Akira berada di tempat hiburan selepas mereka makan,malam minggu malam yang selalu mereka semua tunggu untuk berkumpul dan berhibur,kerana Emma juga telah berjanji untuk menbayar minuman dan berkaraoke,inilah keseronokan yang paling dinantikan oleh rakannya bila waktu lapang,apalagi Emma seorang saja yang berkerja,mereka semua pergi berhibur ditempat biasa yang selalu mereka pergi,tapi malam ini menbuat Emma kurang gembira dan tidak selesa,kerana dia menyedari Akira seolah memerhatikannya atau fikiran Emma sendiri.Emma berasa cemas seperti dia menlakukan kesalahan besar,apa yang terjadi sebenarnya,mengapa Akira memerhatikannya,untuk memastikan ramalannya tepat.Emma sengaja keluar dari bilik hiburan,dia berlegar di ruang bilik air agak lama,tidak lama dari itu dia keluar dari bilik air,benar sangkaannya itu.Akira berdiri didepan bilik air,lalu Emma berkata...

"apakah awak mengekori saya?"Emma seperti bersenda.

Akira tersenyum dan menjawab...

"iya"

Bedebar dalam hati Emma mendengar jawaban dari mulut sikacak,tetapi Emma menanggap kalau Akira sedang bergurau,Emma kembali ke bilik tadi,Akira juga mengikutinya dari belakang,mereka berdua di perhatikan oleh rakannya dan mereka mula menpersendakan antara mereka berdua,apa yang mereka berdua lakukan,pergi dan kembali bersama,wajah Emma kemerahan mendengar percakapan kosong rakannya,Akira seperti biasa dia juga berdiam,baginya budak² suka mengejek,dia lebih tua dari mereka dan fikirannya juga berbeza,lalu Peach bertanya apakah Akira suka kepada Emma?kerana Peach juga menyedari Akira suka memerhatikan Emma diam²,Emma terkejut dengan cepat dia menutup mulut Peach dengan tangannya,semua orang berasa bersemangat dan ingin tahu,kerana Emma memang cantik dan lebih terserlah keayuannnya,Emma berasa sangat malu,apa kata Akira.Emma takut Akira berasa tidak selesa,walaupun dia sendiri tidak selesa.Akira tersenyum dan menjawab...

"sudah pasti"

"Wow...

Semua serentak bersuara,mereka seperti tidak percaya,padahal mereka baru saja mengenali Akira dan Akira juga baru pulang dari Jepun,mereka ingin tahu mengapa Emma yang menjadi tarikan.Akira meletakan jari dibibirnya,sebab dia melihat Emma seperti cacing terkena panas,tidak ada lubang untuk menyorok.Emma hampir nak menlarikan diri sebab dia tidak percaya lelaki yang pendiam itu betul menyukainya,jantungnya hampir menletup mendengar kata sudah pasti.

Emma mengajak Akira keluar sebab dia ingin selesaikan kekeliruan ini,dia tidak mahu di Universiti nanti dia menjadi topik panas,Akira mengikuti Emma keluar dan yang lain hanya memerhati,mereka berhenti dari menyanyi sebab drama mula berlangsung,setelah Emma dan Akira keluar dari bilik karaoke,yang lain mula bertanya kepada Hopy,Hopy berkata dia tidak pasti,tapi abangnya pernah bertanya kalau Emma sudah ada kekasih atau tidak,Hopy menjawab Emma solo lagi,dia sibuk belajar dan berkerja,selepas itu abangnya senyap saja dan tidak berkata apa,tapi sikapnya yang tidak bergaul mula ingin mengenali teman adiknya,Akira sering bertanya bila mereka akan keluar bersama,Akira ingin menyertai sebab dia tiada kawan di sini dan ingin merasai suasana baru katanya,jadi Hopy tidak terfikir apa pun dengan sikap abangnya itu,tapi Hopy juga berkata yang dia kagum dengan tindakan abangnya yang sangat berani,dia menjawab bersahaja dengan muka tidak bersalah didepan semua orang,sekarang mereka berdua keluar berbicara,pasti esok mereka akan bergosip apa yang akan terjadi hari ini di universiti.

FACE TO FACE

Di sebuah taman kecil di tengah bandar,di mana tempat orang awam berjalan²,nasib di sebelah malam kurang orang berjalan di sini,tapi masih ada yang sedang bercinta² dan berjoging,Emma dan Akira berjalan tampa bersuara,Emma tidak tahu bagaimana nak mulakan perbualan,dia berjalan sambil mengemgamkan tangannya,dia masih terkejut dengan kata² Akira,lalu Akira menarik lengan Emma,Emma tergaman melihat wajah Akira dekat dengannya.Akira hanya tersenyum dan berkata...

"kita duduk di sini dulu."

Akira menujuk ke arah kerusi di tepinya,Emma baru perasaan ada kerusi sepanjang jalan ini,tadi dia terlalu leka dan asyik berfikir nak duduk di mana,tempat apa yang sesuai untuk mereka mulakan perbualan.Emma duduk di kerusi itu,bergitu juga Akira duduk di sebelahnya.Emma bersuara tapi dia merasa suaranya seakan serak dan tersangkut,seolah kerongkongnya ada sesuatu,Akira pula memerhatikannya dengan tersenyum,dia tahu Emma cemas.Hati Emma terasa nak meletup,seolah jantungnya hampir terkeluar dari dadanya.Emma ingin tahu mengapa Akira berkata bergitu?atau Akira hanya bergurau di depan semua orang.Emma tidak pernah jatuh cinta lagi,walaupun banyak lelaki yang menyukainya,dia menganggap mereka semua peminat saja.Akira menjawab pertanyaan Emma mengapa dia berkata bergitu.

"mungkin cinta pandang pertama"

Emma seolah tidak percaya kepada kata² Akira,lelaki setampan dia jatuh cinta pandang pertama kepada insan seperti Emma,Emma tidak akan percaya,walaupun Emma tahu dia cantik,tapi cantik bukan satu jaminan.Emma tidak percaya alasan yang diberikan oleh Akira tidak manusabah,dia bukan jenis yang mudah jatuh hati.Emma tertawa sinis dalam hatinya,dia berfikir apa Akira fikir dia mudah di perbodohkan,mungkin Akira fikir dia kacak,jadi Emma akan jatuh ke dalam perangkapnya.Akira faham kalau Emma tidak percaya kepada katanya,tapi perasaan dia benar dan dia tidak berbohong,hidupnya agak bosan diluar negara,biarpun dia belajar dan hidup di sana,hatinya kosong.Akira lebih fokus kepada pelajaran dan perkerjaan di sana dan dia juga kurang bersosial,sebab dia agak memilih untuk berkawan,tapi sejak dia pulang menemuinya keluarga ibunya,Akira berasa sangat selesa,ibunya gembira bersama keluarga barunya,Hopy adalah anak dari perkawinan ibu Akira yang kedua,Ibu dan ayah Akira bercerai sewaktu Akira masih kecil,ibunya pulang ke negara asalnya,oleh itu Akira tinggal bersama ayahnya,ayahnya seorang yang tegas dan kurang mesra,sebab itu Akira juga kelihatan dingin dan tidak banyak kata.Akira berkata kepada Emma sewaktu mereka bertemu di kafe dulu,sewaktu itu dia ingin berterima kasih kepada Emma,tapi Emma tetiba menghilang,dia ada mencari tapi tidak bertemu,Akira tidak menyangka kalau Hopy adalah rakan sepelajar di universiti,Akira tahu pada malam mereka sekeluarga pergi ke tempat Emma berkerja.Akira betul gembira,tapi sayang Emma mungkin lupa padanya.Emma teringat balik sewaktu dia pergi menbeli minuman untuk rakan sekerja,kebetulan Akira tidak menbawa duit,jadi Emma tolong menbayar untuknya,tetapi Emma juga tidak nampak siapa dia,sewaktu malam Akira sekeluarga pergi ke tempat Emma kerja,waktu itu dia cukup sibuk hingga Emma tidak menyapa mereka sekeluarga.

"okay,tapi ini semua apa kaitannya?saya tidak percaya untuk secawan kopi boleh jadi jatuh cinta."

Emma berkata jangan mengunakan alasan yang tidak pasti,dia bukan mudah untuk di tipu,Akira berdiam diri kerana sukar untuk menyakinkan Emma,kalau hatinya memang suka kepada Emma.Akira berfikir dia tidak mahu berkata banyak,tapi dia tahu hatinya suka kepada Emma,jadi Akira ingin Emma tahu kalau dia tidak mudah berputus asa.