EMMA TELAH KEMBALI
Emma dan Ray telah tiba di hospital yang di mana Ara telah dimasukkan,sangat mendebarkan jantung Emma sejak sekian lama dia tidak melihat ibunya,apakah ibunya masih cantik seperti dulu atau telah berubah menjadi seperti isteri orang kaya yang berkelas.Emma dan Ray tidak banyak bercakap sewaktu dalam perjalanan hingga mereka tiba,menjawab bila ditanya dan menbuat panggilan telefon,Emma cuba berapa kali menelefon Akira,tetapi line telefonnya kurang bagus,jadi Emma berfikir dia perlu menukar sim kad yang baru kemudian akan menelefon Akira semula.Lif berbunyi tanda mereka telah sampai di tingkat dimana Ara ditempatkan,bilik persendirian jauh dari bunyi bising khas untuk vip.Ray menbuka pintu bilik,Emma masuk ke dalam melihat Ara tertidur diatas katil kepenatan,nampak sedikit garis halus yang muncul dikulit bawah mata Ara kelihatan jelas,Emma menyentuh tangan Ara lembut,hatinya mula terasa sebak dan bersalah,kerana hal yang kecil menjadi besar,malah Emma tidak pulang pun untuk menjenguk ibunya sekali pun dalam beberapa tahun ini,hanya kerana egonya.Emma tidak pandai untuk menluahkan perasaannya kerana Emma takut akan perasaannya sendiri,malah dia juga tidak percaya kepada ibunya,dia berfikir ibunya tidak sangat menyayanginya lagi setelah kematian ayah Emma.
Gengaman tangan Emma terasa hangat,perasaan yang dirindui oleh Ara selama ini,tapi Ara tidak berani untuk menyambut kepulangan Emma dengan senyuman mesra,mereka berdua pasti akan bertengkar,Ara hanya ingin kelihatan lemah dimata Emma untuk meraih simpati,Ara takut Emma menbencinya lagi,sepanjang berapa tahun ini Emma benar² menghilangkan diri dan tidak pulang,ini sangat menakutkan Ara sekiranya Emma pergi darinya lagi,Ara sudah cukup sedih bila suami pertamanya meninggal dan suami kedua pula pun tiada,Ara hanya ada mereka,anaknya Emma dan anak lelakinya yang kedua,bergitu juga Ray.Ray adalah anak suami kedua yang baik dan menghormatinya,terasa pilu dihati Ara merasakan tangan Emma yang lembut,tapi Ara bertahan dan berpura tidur,mengelak dari kesilapan.
Emma menyelimuti tubuh ibunya,kemudian dia ingin ke bilik air sebentar,Ray bertanya apakah Emma sudah berasa lapar,Emma menjawab tidak,dia hanya ingin mengambil angin diluar,mereka perlu menunggu Ara bangun sebelum pulang ke rumah.Ray tinggal dibilik menanti Ara bangun,manakala Emma keluar menuju ke bilik air,dia pergi mencuci wajahnya yang sembab kerana keletihan,fizikal dan mentalnya terasa penat sekali,Emma terfikir tilam yang empuk dan selimut yang hangat waktu ini.Selesai mencuci muka,Emma keluar mencari mesin minuman,di hujung koridor mesin minuman tersusun megah dengan pelbagai perisa.Emma mengambil setin perisa kopi untuk bertahan seketika lagi,berkali Emma meneguk air di tangannya tampa sedar ada yang memerhati,sepasang mata di sebalik dinding akhirnya disedari oleh Emma,Emma tersenyum melihat wajah yang comel sedang memerhati ke arahnya,Emma melampai kearahnya dengan tersenyum,tidak lama dari itu anak kecil itu pun mendekati Emma,Emma bertanya kepada anak kecil itu,apakah dia ingin minum?tapi anak kecil itu mengeliling kepalanya,lalu Emma berkata kalau tidak mahu minum,mengapa kamu mengintip orang lain?Anak kecil itu menjawab sebab kamu cantik,Emma tertawa senang mendengar kata² anak kecil itu,semenjak mendengar ibunya jatuh sakit,hatinya kurang senang,tapi dengan satu kata Emma tertawa gembira.Emma bertanya lagi apakah benar kamu tidak mahu memilih air minuman?Kerana Emma ingin menbeli untuknya,kemudian anak kecil itu berkata yang dia dilarang oleh ibunya dari meminum minuman manis.Emma mengerti kalau anak ini sangat patuh pada peraturan keluarga,jadi tiada apa yang boleh Emma berikan padanya,tidak lama dari itu ada suara yang sedang memanggil nama seseorang,dengan segera anak kecil itu berlari pergi,belum sempat Emma menpekenalkan diri dan bertanya namanya.Emma mengeluh dia terasa bersendirian seketika,selepas itu terdengar bunyi tapak kasut mendekati,Ray datang mencari Emma,Ray menberitahu yang Ara sudah tersedar,Ara ingin menemui Emma segera.Emma mengucapkan terima kasih kepada Ray,lalu menbuang air tin yang belum habis dia minum tadi ke dalam tong sampah.
Emma meninggalkan Ray dibelakang,kerana Ray ingin menguruskan sesuatu sambil menberi peluang kepada kedua anak beranak itu bersama,sudah lama mereka berdua tidak bertemu dan berbual,sudah pasti banyak perkara yang ingin dibicarakan.Emma mengetuk pintu bilik dan menbuka perlahan,melihat Ara yang sedang menantinya dengan senyuman,Emma terasa lega sebab ibunya masih boleh duduk lagi,tapi suasana agak kekok seperti orang yang baru bertemu,Ara mempelawa Emma duduk di kerusi tepi sisinya,Emma mengikuti arahan ibunya seperti seorang anak yang berusia lima tahun,kemudian Ara menghulurkan tangannya,Emma mengerti maksud ibunya,lalu Emma menletakan tangannya diatas tangan ibunya,mereka tersenyum dan tertawa,menitis air mata keduanya saling berpandangan.Emma sudah nampak dewasa dimata ibunya,manakala ibunya nampak berkelas dimata Emma.
Ara bertanya kepada Emma,apakah dia baik saja selama ini,Emma menjawab yang segala sangat baik dan dia merancang untuk menlanjutkan pelajaran ke Jepun,agak mengejutkan Ara,tapi Ara tidak mahu banyak bertanya dan berkata kerana sekarang ini yang Ara inginkan Emma kembali tinggal bersama dengannya,Ara berkata yang dia sangat kasihan kepada Ray,kerana Ray terpaksa berkerja keras untuk keluarga mereka,tiada siapa yang menolong Ray,apatah lagi Ray selalu berdepan dengan orang yang cuba menjatuhkan dia,Ray terpaksa bertahan sendirian menlawan dengan semua orang yang ingin menjatuhkannya.Emma terdiam mendengar Ara banyak berbicara tentang Ray,apa niat Ara sebenarnya fikir Emma. Ara tidak tahu ke?sebelum ini bagaimana layanan Ray kepada Emma,apakah Ara ingin Emma menolong Ray,itu adalah syarikat keluarga Ray,Ray tidak perlu sesiapa menbantunya,Emma tidak mahu pisang berbuah kedua kali,sudah cukup kebencian sebelum ini,jangan disimbah minyak ke atas bara yang hampir padam.
Hari sudah jauh malam,hampir pukul sepuluh malam,Ray datang untuk menjemput Emma pulang ke rumah.Ara akan pulang hari esok kerana dia hanya keletihan sebab itu dia pingsan.Emma mengikuti Ray balik ke rumah mereka,pada mulanya Emma ingin menginap dihotel,tetapi Ara meminta Emma tinggal bersama mereka,kerana sudah lama tidak makan bersama dan Emma harus menemui seseorang.Emma tahu siapa yang ibunya maksudkan,adik kecil mereka.Leo.Emma tidak pernah melihat Leo,apakah Leo seperti anak kecil yang Emma lihat di siang tadi,Emma berasa senang dan tertawa kecil di dalam hatinya,Ray menyedari Emma tersenyum sendiri,fikir Ray mungkin Emma sangat gembira kerana melihat ibunya.
Sampai di rumah,Ray mengarah pembantu menbawa Emma ke biliknya,Emma tidak menyangka kalau dia menpunyai bilik dirumah ini,Ara dan Rondell telah menyediakan sebuah bilik untuk Emma selama ini dalam diam,tapi Emma tidak pernah pun berpeluang merasai tinggal didalamnya,kerana terlalu banyak salah faham dan sengketa sebelum ini,pembantu menbuka pintu dan menberitahu segala kelengkapan di dalam bilik ini dibuat khas atas pemintaan Ara untuk Emma,hanya Ara saja yang tahu keinginan anaknya,Emma berasa terharu bila mengetahui yang ibunya tidak pun menlupakan dia,hanya kerana salah faham dan kesulitan menbuat mereka saling tidak mencari.Emma berasa gembira,pembantu keluar dari bilik selepas siap menyelesaikan tugasnya,Emma pula sudah bersiap untuk berehat setelah menbersihkan tubuhnya,dia berbaring dengan senang hati sambil memerhatikan ruang biliknya yang baru,terasa besar dan luas,tidak seperti biliknya yang dulu dan di tempat Emma belajar.Emma terlalu letih untuk menjelajahi ruang bilik hari ini,matanya terasa sangat berat dan tertidur,tangannya memeluk bantal guling tampa berselimut,dengan baju tidur yang feminin dipakainya,dia seperti anak manja yang sedang tidur.Pintu bilik Emma di ketuk berapa kali,tapi Emma tidak mendengar kerana dia jauh di buai mimpi.Ray menbuka pintu bilik yang tidak berkunci,rumah mereka terlalu selamat untuk berkunci dengan sistem keselamatan dan kawalan ketat penjaga di kawasan rumah,Ray ingin menberitahu sesuatu,tapi saat dia melihat Emma tertidur,dia mengundurkan diri,tetapi Ray masuk semula untuk menyelimuti Emma.Di dalam mimpi Emma,dia dicium oleh seorang putera bertopeng dan Emma juga seperti sedang menlarikan diri dari sesuatu.