Chereads / ANTARA KITA / Chapter 8 - Bab 8

Chapter 8 - Bab 8

TETAMU YANG TAK DI UNDANG

Selesai majlis anugerah penyampaian sijil kepada para pelajar,Emma dan kesemua rakan baiknya menuju ke sebuah restoran untuk makan siang di sana,Akira pergi dulu selepas habis sesi bergambar,dia menunggu mereka semua untuk meraikan kejayaan adik dan rakannya,segala penat lelah akhirnya berakhir dengan segulung ijazah,terharu riang yang kedengaran bila semuanya selesai,wajah memasing berseri² bila mengambil gambar bersama keluarga,sedangkan Emma dapat bergambar sendiri,kemudian bersama rakannya dan Akira.Emma terasa kosong dan sepi,tiada perasaan yang dapat dia rasai,menlainkan terbuang.Tapi Emma teringat akan Akira yang tersenyum menberinya harapan.Emma bernafas lega,segalanya bermula lagi untuk mencari apa yang dia inginkan,bukan pengakhiran setelah mendapat segulung kertas berharga itu.Emma perlu merancang secara terperinci lagi,walaupun Akira baik kepadanya sekarang,masa depan tidak pasti,Emma hanya perlu bersemangat dalam hidup,hidup untuk diri sendiri.

Sampai di restoran yang di tunggu oleh Akira,dari jauh Akira menlambai² pada mereka,dia kelihatan teruja kerana adik dan kekasihnya berjaya.Akira menyediakan kerusi untuk Emma duduk dekat dengannya,menbuat yang lain jadi cemburu,termasuk Hopy yang suka mengusik abangnya.Mereka dijamu dengan banyak hidangan,Akira memesan banyak makanan,katanya ini sebagai habuan dari kemenangan.Hopy dan rakannya berasa gembira dapat merasa makanan yang enak.Akira mengambil sayur dan udang untuk Emma,Emma mengucapkan terima kasih kepada Akira,Akira tersenyum gembira kepada Emma,tetapi Emma tidak segembira seperti terpapar diwajahnya,dia nampaknya masih memikirkan sesuatu.Akira berbisik ditelinga Emma,dia bertanya apa yang Emma fikirkan?Emma menjawab tiada apa² dengan senyuman suram.Akira mengengam tangan kiri Emma,Emma tahu Akira cuba untuk menbuat dia lega.

"i okay,betul...jangan risau."kata Emma.

"hmmm...angguk Akira.

Siap makan minum,mereka dah rancang nak pergi menbeli belah sebelum berparti malam nanti,tetiba di luar restoran seseorang telah menanti Emma,agak mengejutkan Emma bila dia melihat wajah yang selama ini dia cuba lupakan.Ray musuhnya yang paling dia benci,mengapa Ray tetiba muncul.Ray juga telah berubah dia kelihatan sangat beribawa dan berbeza dari sebelum ini,tidak sangka dalam masa lima tahun saja dia berubah sangat ketara.Emma terkejut sangat bila Ray keluar dari kereta putihnya,dengan pakaian seperti orang kenamaan dan menyapa dia,semua rakan dan Akira saling berpandangan setelah melihat Ray dari atas ke bawah.Ray bukan sebarang orang,dia orang kaya,tapi macam mana dia kenal Emma?antara mereka tertanya².Akira bertanya kepada Emma,siapa lelaki itu dan apakah Emma kenal dia?Emma menangguk kepalanya.Ray bersuara yang dia ingin bercakap dengan Emma secara pribadi.Rakan yang lain bertanya juga,apakah Emma kenal lelaki ini?Emma menjawab...

"iya...itu Ray,saudara...berikan waktu lima minit untuk Emma bercakap dengan Ray."

Tidak jauh dari tempat mereka berdiri tadi,hanya dua buah kedai saja yang memisahkan jarak mereka,masih jelas kelihatan sekiranya terjadi sesuatu,Ray berjalan dulu,sambil diekori Emma,Ray berhenti dan berpaling kepada Emma,tetapi matanya melihat ke arah sekelompok rakan Emma dibelakang,Emma terberhenti memandang wajah Ray sama seperti dulu,air muka yang selalu sinis padanya,hati Emma mula bedebar memikirkan bahasa apa lagi yang akan Ray gunakan kalinya,Emma berasa benci dan sakit hati,mengapa hingga sekarang dia masih tidak dapat menlawan perasaan setiap kali bertentangan dengan Ray,dia selalu merasa kalah.

Ray bertanya kalau semua itu rakan Emma?Emma hanya menjawab iya.

Ray bertanya lagi siapa lelaki asing yang tinggi lampai itu?Emma menjawab itu abang rakannya,Ray tersenyum sinis,lalu Ray berkata memang tak layak.Emma tidak faham apa maksud Ray dengan ucapannya itu.Emma bertanya pula mengapa Ray muncul di sini dan bagaimana Ray tahu dia berada di sini,Ray berkata dunia ini dunia duit,bila ada duit segalanya mudah.Emma berasa marah bila mendengar jawaban Ray,dia masih ego seperti dulu,Emma berkata kalau hanya sekadar nak menunjukan ego,tidak perlulah didepan dia.Emma berpaling ke arah rakannya,dia mula menlangkahkan kaki selangkah di depan.Ray berkata dia akan menunggu Emma di rumahnya.Emma berpaling dengan marah dan bertanya untuk apa?Ray berkata dia baru sampai dan tempat ini tiada hotel yang sesuai untuk dia inap,Emma menbalas yang rumah dia juga bukan tempat yang sesuai untuk Ray tidur.Ray menadahkan tangannya,kali pertama Ray meminta sesuatu dari orang,Emma bertanya minta apa?

"kunci rumah awak,awak boleh tinggal di rumah saya,saya nak duduk dirumah awak tak boleh?"

Mereka berdua bertatapan saling melawan dalam fsikologi tidak mahu kalah,tapi Ray bijak berkata dan menbuat Emma menberikan kunci rumahnya.

"nah!jangan harap saya bagi tahu di mana rumah saya."Emma menberi salah satu kunci rumahnya.

Emma meninggalkan Ray di belakang yang menatap dia pergi ke arah rakannya.Akira mendekati Emma,sangat jelas layanan Akira berbeza dari rakan yang lain,Akira dan Ray saling menjeling tajam,seolah mereka berdua musuh lama,tetapi Emma tidak pernah menceritakan latarbelankang hidupnya kepada sesiapa,Akira ingin sangat tahu siapa lelaki yang memanggil Emma,dia tahu mereka berdua saling kenal dan tidak serasi,mungkin abang Emma fikir Akira,tadi Emma hanya berkata itu saudara dia,tapi tidak pasti.

Ray mendapat kunci rumah,dia memandu menuju ke arah rumah Emma,setelah menbuka pintu rumah bau harum bilik menyentuh hidung Ray,bau yang dah lama Ray tidak hidu,rumah Emma sangat kemas dan biasa saja,tiada apa yang istimewa,bilik perempuan biasa,bukan seperti bilik tidurnya yang dulu,bilik mewah yang bergaya.Ruang tamu dan dapur sekali,bilik tidur yang kecil tapi selesa masih ada gaya anak orang kaya yang tahu hidup selesa.Ray berbaring di atas katil Emma,dia kepenatan sebab memandu berapa jam tidak henti.

Manakala mereka semua mula bertanya siapa lelaki itu kepada Emma,rakan perempuan juga mula berminat ingin tahu siapa Ray,nampak sangat Ray bukan orang biasa,dari segi pakaian dah tahu mahal,kereta yang dia pandu pun boleh agak sama ada dia kaki scam atau anak orang kaya.Tapi Emma tidak mahu menjawab pertanyaan mereka semua,Akira hanya berdiam sebab Emma nampak tidak suka dengan pertanyaan rakannya,Akira mengajak mereka pergi berparti lebih awal sebab esok mereka sekeluarga perlu merayakan kejayaan Hopy bersama saudara mereka di kampung ayah Hopy.Mereka semua bersetuju dengan cepat sebab ada yang menbayar mereka berhibur,mereka bernyayi gembira seperti segalanya sudah selesai,mereka tidak sedar selepas ini perjalanan sebenar mereka baru saja bermula,Akira melihat Emma masih seperti siang tadi,dia tidak gembira sangat,Akira mengajak Emma keluar dari bilik,dia menarik tangan Emma,Emma hanya menuruti ke mana arah dia dibawa.Swan dan peach geram dan cemburu sebab Emm selalu dalam perhatian Akira,mereka tidak tahan melihat kedua sejoli bermesra seperti tidak nampak orang lain,Gibill,Deren dan Kent suka minum dan berbual,Hopy pula menyanyi sebagai penceria keadaan.

Akira menarik tangan Emma dan menolak Emma kedinding,sebenarnya ketenangan Akira mulai tergugat melihat Ray,Akira ingin tahu siapa Ray.Emma masih tidak faham dengan tingkah laku Akira.

"kenapa tolak saya?"

Akira hanya menatap Emma tidak menjawab,dalam kepalanya ada seribu pertanyaan,entah apa menbuat dia tergugat malam ini,Akira masih memerhatikan Emma,berulang kali Akira melihat ke arah mata dan bibir,hingga menbuat Emma terasa malu,Emma cuba berpaling dari melihat pandangan Akira,tapi Akira menyentuh lembut dagu Emma,lalu mendekati Emma,Emma berfikir kalau Akira ingin mencium dia,hatinya berdebar laju,tapi Akira menletak dagunya di bahu Emma,dia berdengus dengan jelas,Emma tidak faham mengapa Akira berdengus,jadi dia menbiarkan Akira sedemikian sebentar.Hampir pukul dua belas malam mereka semua balik ke rumah memasing,Akira dan Hopy menghantar Emma balik ke rumahnya,Hopy dah tidak sedar dia tertidur dibelakang penumpang,Akira dan Emma bercadang esok petang mereka berdua akan ke pantai,selepas Akira sekeluarga balik dari kampung ayah Hopy,sampai di depan rumah Emma,Akira menbuka pintu kereta,kedua seperti tidak mahu berjauhan,tapi hari sudah lewat malam.

"jumpa esok"

"okay,jumpa esok...

Akira memandu kenderaannya selepas Emma masuk ke dalam rumah.Emma tidak terfikir Ray berada di rumahnya,kerana dia tidak menberitahu Ray di mana Emma tinggal,Emma pergi ke bilik mandi menbersihkan tubuhnya,kemudian dia bersamping dengan tuala masuk ke biliknya,kebetulan Ray baru sedar dari tidur dan bangun,saat Emma menbuka pintu Emma terkejut di dalam gelap ada orang dan menjerit,Ray dengan cepat bangun dan menutup mulut Emma.

"diam!awak nak polis datang ke?"

"Ray,bagaimana awak tahu rumah saya?"

Emma menbuka lampu biliknya,dia terlupa yang dia masih bertuala,Ray pula tidur tidak berbaju sebab bilik Emma tiada penghawa dingin,Emma melihat tubuh Ray tidak pakai baju,baru dia perasaan dirinya,dengan cepat dia menutup pintu bilik untuk memakai pakaian,selepas lima minit kemudian dia keluar,Ray duduk di kerusi tidak berbaju.

"kenapa awak tak pakai baju?...

"baju saya dalam bilik awak."

Emma pergi mencari baju Ray dalam biliknya dan mencampak ke arah Ray,nampak kasar dan tidak mesra,tapi Emma takut apa ini rumah dia,bukan rumah Ray.Ray bertanya tadi Emma pergi ke mana?Emma menjawab dia dan rakanya pergi ke pusat hiburan.Ray memerhatikan Emma,Emma tidak selesa dengan pandangan Ray,biarpun mereka dah kenal lama,tapi mereka menjadi musuh selepas ibu bapa mereka berkawin.