RAY KEHILANGAN AYAHNYA
Setelah sakit beberapa tahun,akhirnya ayah Ray pergi meninggalkan isteri dan anak-anaknya,ayah Ray sudah lama menderita sakit jantung yang di tanggung olehnya,sakit jantung tetiba menyerang selepas berapa bulan Emma menlarikan diri,kerana perkara itu juga ibunya Ara tidak mencari Emma walaupun dia khawatir dan rindu,tapi Ara percaya Emma mampu menjaga dirinya sendiri,penyakit Rondell semakin teruk sejak Leo berusia tiga tahun lebih,walaupun dia sakit dia masih bersyukur dan gembira kerana dapat bersama dengan wanita yang dia dicintai,serta memiliki anak bersama Ara.Rondell telah mengamanahkan Ray menjaga keluarga dan perniagaan mereka.Ray mendapat tanggungjawab yang berat pada usia muda,dia terpaksa menerima sebagai waris dan menlupakan impiannya.Lima tahun yang sukar telah Ray tempuhi dengan tekanan dan kesulitan,dia di anggap masih muda dan tidak layak memegang jawatan kuasa milik ayahnya,dia terpaksa menlalui cabaran dari rakan kongsi dan ahli jawatan kuasa yang lain,serta pekerja yang berpengalaman darinya,biarpun dia dipandang rendah kerana usia,ayahnya tetap mendesak agar dia tidak patah semangat dan menyahut semua Cabaran dari semua orang untuk terus maju ke depan,walaupun Ray ingin menyerah,tapi fikirannya mendesak agar dia tidak patah semangat,biarpun orang sekitarnya ingin dia masuk ke kandang harimau,dia harus masuk walaupun dia takut.Sekarang selepas lima tahun Ray boleh berdiri dengan bangga,orang pernah memandang rendah kepadanya dahulu tunduk malu dan tidak percaya,dia bos besar muda yang berjaya.
Ray seperti menerima tamparan hebat bila ayah yang dia hormati pergi meninggalkan mereka,melihat Ara dan Leo menangis,Ray hanya mampu bertahan agar tidak setitik pun airmata jantanya keluar,hingga ada yang berkata buruk kepadanya,apakan dia benci kepada ayahnya memaksa dia menguruskan syarikat dan jadi pewaris,biarpun Ray mendengar jelas kutukan dan sindiran orang terhadapnya,dia paksa memekakan telinganya agar tidak terpancing dengan kemarahan.Ray tahu apa yang dia lalui dan dia juga mengerti kuasa yang ada padanya.Orang yang berkata buruk dibelakangnya seumpama lalat yang mencari bau busuk,sekali dia sembur dengan racun,semua akan jatuh dan mati,tapi inilah dunia sebenar yang Ray harus tempuhi dengan kecekapan bukan kebodohan.
Ray terkenal dengan kebolehan dan ketampanan wajahnya,tua muda pasti terpikat dengan perwatakan Ray yang tenang dan baik,dia juga pandai bertutur kata dan manis dalam bahasa,semua orang mula berasa senang berkerja sama dengannnya,mana kala yang menbenci dan mencari masalah dengannya,Ray akan menbuat mereka menghadapi jalan buntu,dan akhirnya mereka terpaksa meninggalkan syarikat tampa sesen pun,Ray hanya ingin menujukan siapa bos sebenar,walaupun dia agak menlampau.Tapi Ray tidak tergugat dengan ugutan kecil dari orang yang bersembunyi di balik bayangan.Ray masih ingin mereka bermain lagi,dia ingin melihat siapa bakal menang,sedangkan semua orang sudah tahu pemenangnya siapa.
LIMA BULAN KEMUDIAN
Ara menberitahu pada Ray,yang Ara sangat rindu kepada Emma,dia ingin bertemu dengan Emma,Ara ingin Emma balik ke rumah.Selepas ayah Ray tiada Ara juga mula kelihatan tidak bersemangat lagi,dia selalu nampak sedih,Ray faham perasaan seorang ibu dan maksudnya,dia rindu sangat kepada Emma,apalagi Emma satu² anak perempuan Ara.Leo juga dah mula bersekolah,jadi Ara sendirian dengan pembantu,tiada teman untuk berbual,Ray juga takut emosi Ara menjadi tidak stabil,dia berjanji akan mencari Emma balik.Ara tersenyum mendengar kata Ray,selama ini Ara berfikir Ray sangat benci terhadap Emma,Ara mendengar sendiri kata² Ray kepada Emma,tapi Ara berdiam diri sebab dia takut hubungan Rondell dan Ray menjadi rengang kalau dia bersuara,jadi Ara terpaksa mengorbankan hubungan dia dan anaknya.Ara bertanya kepada Ray apakah dia tidak marah kalau Emma tinggal bersama mereka?Ray melihat kearah Ara,agak tajam bagi Ara,Ara berkata lagi,mungkin untuk sementara waktu.Ara merasakan Ray tidak suka dengan Permintaannya.Ray pula tidak tahu kenapa Ara minta kebenaran dari dia,sedangkan Ara juga tuan rumah di rumah ini,kerana ayahnya sudah menbuat wasiat yang adil untuk mereka semua termasuk Emma,juga mendapat sedikit harta dari ayah tirinya.
Ray bangun dari duduk,dia berkata kepada Ara,beri dia masa berapa bulan lagi sebelum mencari Emma,Ray pergi menuju ke biliknya,di biliknya ada foto yang dia simpan,dia melihat dengan senyuman,dia tahu dimana Emma berada selama ini,kerana Ray ada ego yang dia sembunyikan.Ray menanti Emma tamat pelajarannnya sebelum dia munculkan diri,Ray menpunyai rancangan buat Emma,dia ingin Emma menolong dia di syarikat mereka,dia perlukan orang kepercayaan,biarpun hubungan mereka tidak baik,tapi kali ini Ray akan mengunakan Ara.
Emma terbersin kerana kesejukan,hidungnya terasa gatal seperti ada seseuatu yang bergerak²,dia terbersin berkali².Akira menberi Emma memakai jacketnya,sebab Akira risau Emma akan demam.Emma berasa terharu sangat dengan tindakan Akira yang prihatin kepadanya,lalu Emma memeluk Akira dengan erat tanda terima kasih.Akira tersenyum dengan tingkah laku Emma yang manja,Akira mencium hidung Emma di depan semua rakan mereka,semua tercenggang melihat keduanya,seolah mereka semua tunggul kayu,mereka seperti tidak percaya Akira dan Emma bercinta,begitu cepat hubungan mereka berdua bermula,mana kata² Emma sebelum ini,dia nak jadi superwoman dan nak hidup menbujang.Hopy berkata yang tiada gadis mampu menolak kata manis dari abangnya.Akira mengetuk kepala Hopy,bila pula dia pernah berkata manis dengan perempuan.Emma mengiyakan kata Akira,kerana rancangan selepas habis belajar Emma dan Akira akan pergi ke Jepun.Emma dan Akira akan memulakan hidup baru di sana.
Sebelum tidur Emma melihat email,dia terkejut email tersebut sudah lama dari Dun,orang yang pernah menolongnya dulu,dengan segera Emma menbaca email dari Dun,khabar buruk dari Dun,Dun berkata yang ayah tiri Emma sudah tiada,melihat dari tarikh email,sudah berapa bulan,tapi tiada diantara mereka mencari Emma,Emma kecewa sangat,sampai bergitu sekali dia di benci.Ayah tirinya mati pun dia tidak tahu,Emma pun malas nak berfikir banyak lagi,segalanya telah berlalu,sekarang dia hidup gembira bersama rakan dan Akira.Akira seumpama sinar yang menberi Emma rasa kehidupan yang dia hilang sebelum ini.
Emma juga sudah merancang apa yang harus dia lakukan setiba di Jepun nanti,Akira banyak menbantu Emma semenjak mereka mula bercinta,bila di fikirkan Emma,dia tidak sangka yang dia boleh menerima cinta Akira.Akira sangat sabar dan tenang mendekatinya biarpun Emma tidak percaya,hingga Emma benar² terleka.