" baiklah untuk pelajaran kita hari ini telah berakhir tetapi saya akan berikan kamu berdua soalan untuk disiapkan pastikan kamu siapkannya hari ini dan hantar besok" kata Larry sambil memberikan beberapa helai kertas yang merupakan tugas yang mereka perlu siapkan.
" baiklah uncle" jawab Jeremy dan Jenily sambil mereka mengemaskan barang-barang mereka.
jam menunjukkan pukul 4 petang.
Jeremy dan Jenily turun ke ruang tamu untuk minum petang yang telah disediakan oleh Shene.
"wahhh.. sedapnya bau macam roti bakar pula" kata Jenily.
Jeremy dan Jenily menuju kearah meja makan dan kelihatan roti bakar yang dibawa oleh Shene yang baru keluar dari dapur.
" kamu berdua mari duduk makan ni roti bakar auntie bakar baru dari ketuhar, sedap ni makan panas-panas dengan kopi susu" ajak Shene yang membawa roti bakar yang baru keluar dari ketuhar dan diletakkan diatas piring.
Jeremy dan Jenily mengambil roti bakar tersebut walau pada kelihatannya rupa roti bakar itu seperti roti bun berinti tetapi di dunia ini mereka memanggilnya roti bakar berinti. mereka memakannya seprti biasa dimana inti roti bakar itu adalah jem strawberi dan jem beri.
" selalunya roti bakar berinti intinya coklat, keju, stew ataupun kekacang" kata Jenily secara spontan.
" coklat? keju? apa kamu cakap ni Jenily?" soal Shene yang mendengar apa yang dikatakn Jenily
" mungkin maksud Jenily tentang penambah variasi inti roti bakar ini" jelas Jeremy dengan kelam-kabut.
"hmmmm.... tapi auntie tak pernah dengar pun perkataan itu sebelum ni....." kata Shene sambil memerhati kearah mereka.
"sebab spirit bagitau kami tentang itu semua. mereka cakap coklat sedap kalau dimakan bersama roti, keju pun sedap makan dengan roti juga.. betul kan Jenily?" kata Jeremy yang melihat kearah Jenily untuk dibantu
"b-betul tu, spirit-spirit bagitau kami tentang semua itu" tambah Jenily dengan wajah yang gelisah tetapib cuba untuk disembunyikan dengan ketawa kecil.
" ouh..... patutlah..." kata Shene sambil meneruskan memakan roti bakarnya.
Jeremy dan Jenily berasa sedikit lega kerana berjaya untuk menipu auntie mereka.
" maafkan kami para spirit, kami tiada pilihan lain....." kata Jeremy di dalam hatinya.
" ouh ya, uncle tidak minum petang bersama?" soal Jenily
"uncle kamu dia keluar sekejap, katanya ada urusan sekejap mungkin dia balik 30 minit lagi" kata Shene sambil melihat kearah jam dinding rumah.
Jeremy dan Jenily menunjukkan reaksi muka sepertinya mereka faham.
" ouh, apa kamu faham apa yang uncle kamu ajar? adakah semua berjalan lancar? kamu tidak rasa keliru? kalau kamu berasa seperti tidak faham sama sekali apa yang diajar oleh uncle kamu boleh beritahu dia tak perlu paksa diri sebab kanak-kanak diumur kamu sepatutnya hanya belajar tentang tatatertib dan belajar tentang bagaimana menjadi seorang bangwasan" kata Shene sambil mengelus kepala mereka berdua.
" semuanya berjalan dengan lancar, auntie tidak perlu berasa risau. kami faham dan suka sangat apa yang auntie dan uncle ajar" kata Jenily.
" tambahan lagi,kami dapat meningkatakn kekuatan fizikal dan mental kami diusia yang muda" tambah Jeremy.
" hmmm... jadi maksudnya kamu sukanlah ni berlari 5 pusingan dengan mendaki bukit dengan bebanan? maksudnya auntie boleh tambah lagilah ni?" usik Shene
" erk... " Jeremy dan Jenily seketika gementar untuk menjawab soalan auntie mereka.
" fufufufufu... auntie bergurau sahaja lah, kamu akan berlatih seperti biasa tetapi sudah pasti penambahan latihan akan dilakukan mengikuti tahap bukannya secara mendadak. kamu masih budak lagi jadi auntie tak boleh paksa kamu melakukan semua pada satu masa yang sama nanti kamu dalam masalah pula habis autie kena soal oleh uncle kamu..." kata Shene yang cuba menenangkan mereka berdua.
SEMENTARA LARRY.
Larry memasuki ke kedai Himawari store.* boleh lihat chapter 17/18*
"selamat datang Larry-san, maaf memanggil kamu dalam keadaan yang terdesak" kata Suhita yang membawa teh panas lalu dihidangkan kepada Larry.
" tak apa, lagipun ini adalah kecemasan. apa yang kamu ingin sampaikan?" soal Larry sambil menghirup teh nya.
" sebenarnya.... Harry-sama telah mengirimkan surat ini pada tenghari tadi memalui burung peribadinya" kata Suhita sambil memberikan surat tersebut.
Larry mengambil surat tersebut lalu ia baca dengan serius, seketika Larry kelihatan terkejut akan apa yang ia baca yang membuatkan Suhita ingin tahu apa yang tertulis dalam surat tersebut.
" a-apa yang Harry-sama tulis? apakah ada sesuatu yang berlaku dekat sana?" soal Suhita yang kelihatannya risau pada masa yang sama ingin tahu respon Larry.
" sebenarnya..."