BILIK PELAJARAN.
Jeremy dan Jenily telah berada di dalam bilik tersebut lebih awal. Larry baru sahaja masuk sambil membawa beberapa helai kertas.
" baiklah, memandangkan kamu berdua dan bersedia untuk belajar. cuba teka kita akan belajar tentang apa hari ini?" soal Larry yang berdiri di depan mereka.
" sejarah? magic?" jawab Jeremy
" politik? tatatertib?" jawab Jenily
Larry mengelengkan kepalanya menandakan jawapan mereka salah.
" tsk..tsk.... jawapan kamu betul tapi bukan itu yang kita belajar hari ini" kata Larry.
Larry mengambil 2 helai kertas di atas mejanya lalu diberikan kepada Jeremy dan Jenily.
" cuba kamu tulis semua abjad yang kamu ingat" kata Larry.
Jeremy dan Jenily memandang satu sama lain lalu memandang kearah Larry.
" biar betul uncle?" soal Jenily
" iyalah.. betullah" balas Larry yang menuju kearah mereka dan duduk di hadapan mereka berdua.
Jeremy dan Jenily hanya mengikuti apa yang Larry katakan tanpa sebarang persoalan. Larry hanya melihat apa yang mereka tulis dan meneruskan dengan membaca helai-lelai kertas di tanganya.
BEBERAPA MINIT KEMUDIAN.
Jenily dan Jeremy telah selesai melakukan apa yang disuruh oleh Larry lalu diberikan kepadanya. Larry melihat apa yang mereka tulis.
" hmmm..... abjad yang kamu tulis memang betul dan mudah untuk difahami dan tulisan kamu berdua begitu cantik sekali tidak seperti kanak-kanak di usia kamu. bagus" puji Larry.
Jeremy dan Jenily sepertinya gembira mendengar pujian dari uncle mereka tetapi mereka hanya menahannya di dalam hati.
" tapi... abjad yang kamu tulis ni iyalah abjad yang digunakan untuk Kerajaan ini bukannya abjad untuk tempat asal kamu" kata Larry yang mengembalikan kertas itu kepada mereka semula.
"ehhh?.... tapi macam mana buku-buku yang kami dapat? bukan ka ia berasal dari ayah kami? saya rasa tiada perubahan atau perbeza diantara abjad dan penulisannya" kata Jeremy sambil menyoal Larry.
" memang betul tetapi ada sedikit perubahan dan perbazaannya yang membuatkan bahasa disini dan bahasa di tempat asal kamu berbeza sedikit" kata Larry dan ia mula mengeluarkan 2 helai kertas yang telah bertulis.
Jeremy dan Jenily melihat kertas itu bertulis abjad yang sama dengan yang mereka tulis tetapi ada beberapa abjad yang berbeza.
" sekarang kamu faham?" soal Larry kepada mereka
" ia sepertinya sama tetapi ada beberapa abjad yang tempatnya berbeda dan ada abjad yang dimana memadamkan beberapa garis dan yang paling jelas abjad untuk di tempat ini mempunyai 5 abjad yang lebih berbanding abjad di tempat asal kami" kata Jeremy.
" itulah perbezaannya.. kamu kena ingat itu.... di dunia ini kita mempunyai 5 buah Kerajaan dimana bahasa yang berbeza, budaya yang berbeza, dan pelbagai lagi. tempat kita berada sekarang ialah di Kerajaan Sun Dragon iaitu bersebelah dengan Kerajaan Moon Dragon iaitu tempat asal kamu berdua." tambah Larry
" bahasa dan penggunaan tulisan diantara dua negara ini tidaklah terlalu rumit atau berbeza sangat kerana dahulu kedua Kerajaan ini berada di bawah satu bumbung.
" baiklah kelas, kita berehat dahulu untuk makan tengahari dulu" kata Larry yang meninggalkan apa yang dia katakan tadi yang membuatkan Jeremy dan Jenily tidak sempat bertanya.
Larry meninggalkan mereka berdua untuk turun kebawah untuk makan. Jeremy dan Jenily ditinggalkan begitu sahaja.
SETELAH MAKAN TENGAHARI SELESAI.
mereka menyambung pelajaran mereka seperti biasa dimana Larry meneruskan dengan memperkenalkan penggunaan ayat dan cara penulisan bahasa untuk kedua kerajaan.
" walau kamu berdua sepatutnya tidak wajib untuk belajar semua bahasa tetapi uncle pastikan kamu belajar perkara asas bahasa. tetapi untuk masa sekarang kamu berdua akan belajar bahasa kedua kerajaan ini, tahukan kamu bahasa yang digunakan untuk Dragon Sun ialah Sinkyrit manakala bahasa yang digunakan oleh Moon Dragon ialah Minkyrit. kedua bahasa ini pada awalnya berasal dari satu bahasa yang sama tetapi apabila kedua negara telah berpisah Kerajaan telah menciptakan bahasa yang tersendiri tetapi masih mengekalkan bahasa dan tulisan yang sama tetapi hanya menambah dan mengurangkan abjad dan maksudnya." Jelas Larry sambil menulis ringkasan di papan tulis.
Jeremy dan Jenily menulis apa yang dijelaskan oleh uncle mereka di buku catatan mereka dan menulisnya secara ringkas seperti membuat peta minda, ia membuatkan Larry tertarik dengan ringkasan yang dibuat oleh Jeremy dan Jenily.
"hmmm... cantik cara kamu membuat catatan, ia nampak begitu menarik untuk dibaca" puji Larry sambil melihat catatan buku mereka.
Larry mengambil buku catatan mereka untuk ia baca. Larry kelihatan nampak begitu tertarik sekali membaca catatan tersebut.
" boleh kamu jelaskan apa yang kamu catat? menggunakkan catatan kamu ini" soal Larry sambil memperlihatkan catatan Jeremy.
Jeremy berasa begitu gemetar bukan kerana ingin membentangkan apa yang ia catat tetapi risau jika uncle mereka merasakan sesuatu yang pelik dari mereka berdua atau menyedari bahawa mereka berasal dari dunia lain.
" uhmm... dari catatan yang saya catat apa yang kami belajar hari ini saya menggunakan nota ringkas yang hanya mencatatkan perkara yabg penting sahaja. seperti apa yang kita belajar hari ini iaitu tentang abjad,bahasa dan tulisan untuk Kerajaan Moon Dragon dan Sun Dragon. saya membuat peta yang menunjukkan perbezaan dua Kerajaan ini dari segi bahasa dan tulisan. tetapi kedua Kerajaan ini juga mempunyai sejarah dimana kedua kerajaan ini pada dulunya adalah satu kerajaan yang sama dimana saya mencatakannya menggunakan nota ringkas berperingkat atau nota ringkas perjalanan." jelas Jeremy walau pada awalnya ia berasa gugup tetapi ia atasi dengan tenang sekali.
" Jenily boleh kamu berikan kesimpulan yang kita belajar hari ini?" soal Larry
Jenily berdiri dengan begitu yakin selepas mendengar penjelasan Jeremy yang membuatkannya dia yakin.
" secara kesimpulannya, apa yang hari ini kita belajar ialah tentang Abjad, bahasa dan tulisan bagi kedua Kerajaan iaitu Moon Dragon dan Sun Dragon. kita juga mempelajari perbezaan diantara duanya dan juga belajar serba sedikit tentang persamaan dan sejarah kedua kerajaan ini." Jelas Jenily dengan lancar.