Chapter 21 - CHAPTER 17

" terima kasih atas kerjasamanya" kata Larry dan Shene kepada Suhita sambil menundukkan kepala mereka.

" tidak apa-apa lagipun ini untuk kepentingan mereka juga... apa-apa pun saya akan membantu kamu jika boleh" kata Suhita.

Larry, Shene, Jeremy dan Jenily meninggalkan kedai Himawari. Larry mengangkat kotak sederhana besar itu manakala Jeremy dan Jenily membawa beg yang berisi buku pembelajaran mereka.

mereka berjalan menuju ke laluan utama. Shene meminta untuk pergi ke pasar untuk membeli beberapa barang makanan yang kekurangan stok dirumah. sudah pasti Jeremy dan Jenily berasa ingin ikut bersama Shene sebab mereka ingin meihat suasana pasar di dunia ini. Larry pula menunggu mereka di dalam restoran sekaligus makan tengahari.

mereka pun meninggalkan barang mereka di dalam restoran yang dijaga oleh Larry dan Shene, Jeremy serta Jenily keluar untuk pergi ke pasar. Jeremy dan Jenily seperti mereka berasa teruja melihat suasana kehidupan pekan dan pekerjaan utama penduduk pekan Roselyn.

beberapa minit mereka berjalan akhirnya mereka sampai kepasar dimana kelihatan sayuran,buah-buahan, makanan laut, daging dijual mengikut susunan yang berkemungkinan untuk memudahkan pembeli.

"auntie nak beli apa?" soal Jenily

" hmm... nak beli daging lembu, buah-buahan dengan ikan itu sahaja, kamu nak beli apa-apa tak sebelum kita balik?" soal Shene.

" uhm! tapi kami tolong dulu auntie lepastu baru tengok-tengok apa yang kami nak tapi pakai duit auntielah sebab kami tidak ada duit hehehe" kata Jenily dengan ketawa kecil.

" sudah pasti jangan risau auntie belanja kamu " kata Shene sambil mengelus kepala mereka berdua.

mereka pun memulakan misi mereka iaitu membeli di pasar bersama auntie Shene. Jeremy dan Jenily melihat-lihat buahan dan sayuran yang tidak jauh dari bentuk rupa yang ada didunia asal mereka tetapi ada juga buah dan sayur yang mempunyai bentuk yang aneh dan nama pun berbeza. di sektor ikan pula mereka melihat banyak ikan-ikan yang tidak pernah mereka lihat di dunia asal mereka, ada ikan yang berwarna hijau bercmpur pink dan ada sotong yang berwarna hijau daun. si sektor daging ya seperti biasa tiada yang mereka tak pernah. setelah selesai belanja, mereka berdua membeli apa yang mereka inginkan yang berada di pasar dimana Jeremy membeli gula-gula manakala Jenily membeli asam-asam.

setelah selesai mereka pun terus menuju ke restoran untuk makan tengahari.

" bagaimana dengan perjalanan kamu hari ini?" soal Larry sambil minum teh panas selepas makan.

" best! banyak benda kami jumpa!" kata Jeremy dan Jenily serentak sambil makan kek strawberi mereka berdua.

" baguslah kalau begitu" kata Larry dengan gembira apabila mendengar respon dari mereka berdua yang begitu gembira.

" pastikan lepas ni kamu berdua belajar dan berlatih dengan bersungguh-sungguh okey!" kata Larry dengan semangat kepada Jeremy dan Jenily.

Jeremy dan Jenily mengangguk tanda faham dan meneruskan memakan kek mereka. Shene hanya mampu tersenyum melihat kelakuan mereka.

setelah sampai kerumah. mereka semua menjalankan tugas sendiri dimana Shene pergi ke dapur dan Jeremy dan Jenily pergi ke bilik mereka lalu mandi membersihkan diri. Larry pula menyimpan kotak dan beg berisi buku di tepi meja ruang tamu.

waktu malam pun telah tiba dan makan malam pun telah disediakan. mereka seperti biasa makan makanan mereka dan selepas itu mereka mengemas meja.

SETELAH SEMUANYA SELESEAI.

Larry membawa kotak tersebut di atas meja manakala Jeremy membawa beg berisi buku keatas meja.

" hmmm.... apa yang ada didalam kotak ni uncle?" soal Jeremy yang melihat Larry membuka kotak itu.

" hmmm... ada pedang bersaiz kecil, sederhana dan besar iaitu yang kayu serta yang asli, ada juga baju untuk kamu latihan nanti, lepas tu ada alat memanah juga dan peralatan belajar kamu yang lain... nah ambik ni satu orang satu semuanya ya" Kata Larry sambil mengeluarkan barangan tersebut lalu diberikan kepada Jeremy dan Jenily.

" untuk buku-buku ni sesuai untuk diletakkan dibilik khas untuk kamu berdua belajar tentang teori nanti" kata Shene

" bilik?" soal Jeremy dan Jenily dengan binggung

" iya, ada satu bilik yang tak diguna so auntie kemas dan bersihkan untuk digunakan untuk kamu belajar nanti" kata Shene

" kenapa tak belajar dekat perpustakaan mini rumah sahaja kan senang?" kata Jenily

" tak boleh sebab nanti uncle nak guna juga nanti mengganggu kamu belajar pula" nasihat Shene.

" ouh... faham.. faham.. jadi kami belajar awal pagi atau macam mana besok?" soal Jeremy.

" besok awal pagi kita akan melakukan senaman bermula besok tapi lebih berat dan mencabar tidak seperti sebelum ini" kata Shene dengan wajah yang tersenyum tetapi Jeremy dan Jenily merasakan auntie mereka akan mendera mereka besok.

" kamu kena bangunawal besok okey, sekarang masuk kedalam bilik kamu dan tidur" kata Larry kepada mereka.

Jeremy dan Jenily membawa pakaian dan peralatan yang mereka dapat lalu dibawa kedalam bilik lalu tidur.