SEHARI SEBELUM LATIHAN/PELAJARAN DIMULAKAN.
kelihatan Larry,Shene,Jeremy dan Jenily sedang berada di kawasan pasar yang berada di pekan Roselyn yang merupakan pekan yang menyediakan pelbagai kelengkapan tetapi tidak setanding dengan di ibu kota. Lokasi pekan Roselyn dari kampung agak jauh jika berjalan kaki tetapi jika menaiki kuda atau kenderaan beroda ia hanya memakan waktu 30 minit.
Larry sepertinya membawa mereka ke pekan bukan dikerana suka-suka tetapi untuk melakukan sesuatu. mereka hanya mengikuti Larry dari belakang, tidak beberapa minit kemudian Larry berhenti di hadapan satu kedai sepertinya kedai buku dimana kondisi kedainya yang jauh dari pandangan masyarakat kerana ia berada di kawasan yang tertutup. Larry masuk kedalam kedai dan diikuti oleh Shene, Jeremy dan Jenily. kelihatan di dalam kedai tidaklah usang atau berhabuk tetapi ia tersusun dengan begitu rapi dan mempunyai keluasan yang besar seolah-olah magic telah digunakan.
" Abang, tengoklah semua barang dan buku-buku ni. semua tersusun dengan begitu teratur dan sangat bersih seolah-olah tidak sama seperti di pintu luar" Kata Jenily dengan begitu teruja.
" iyalah, sepertinya mereka menggunakkan magic" kata Jeremy dengan begitu kagum.
" betul tekaan kamu, kedai ini menggunakkan magic untuk menjaga dan membersihkan serta ruangan menjadi luas" jawab Shene sambil ketawa kecil melihat kelakuan Jeremy dan Jenily kerana seperti rusa masuk ke kampung.
" ini pasti pertama kali buat kamu berdua untuk datang ke tempat seperti ini" kata Shene kepada Jeremy dan Jenily.
Jeremy dan Jenily hanya memadang antara satu sama lain dan melihat kearah Shene sambil berkata
" uhm! " sambil menganguk tanda setuju.
walau pada hakikatnya mereka berdua merupakan pelajar yang begitu cemerlang dimana Jeremy menjadi ketua pengawas manakala Jenily menjadi ketua perpustakaan sekolah. dimana selepas sesi sekolah mereka berdua akan belajar di perpustakaan sampai jam 3 tetapi kadang kala mereka juga mengajar rakan-rakan mereka jika mereka diperlukan, sudah pasti mereka begitu tahu tentang kesemua buku-buku di perpustakaan sekolah. bukan itu sahaja, setiap hujung minggu ibu mereka akan membawa mereka ke perpustakaan daerah untuk menenangkan minda mereka dan membaca buku serta meminjam beberapa buku.
" bukan ka itu kira menipu dekat auntie?" tanya Jenily kepada Jeremy sambil berbisik
"sudah pasti kita tak menipu sebab ini pertama kali kita melihat buku-buku ini semua, lepas kawasanya pun menggunakkan magic dan satu lagi disini menggunkkan magic bukan seperti di dunia kita yang sebelumnya." jawaP Jeremy dengan begitu yakin secara tiba-tiba ia memakai kacamata.
Jenily yang melihat kelakuan abangnya hanya mampu melihat seperti kayu dengan muka yang blur...
" selamat datang ke kedai Himawari, ara Larry-san, Shene-san dan ... " kata penjaga toko itu sambil melihat kearah Jeremy dan Jenily.
" nama saya Jeremy dan nama saya Jenily" jawab mereka sambil memberikan tunduk salam.
" ouh, nama akak pula Dewi Suhita dan merupakan tuan punya kedai ini" kata Suhita sambil tersenyum kecil.
" Suhita-san barang yang saya minta dah sampai?" soal Larry kepada Suhita.
" ya, sudah sampai tadi malam baru sampai, sila tunggu di meja sana ya, saya nak ambik barang tersebut" kata Suhita sambil mempelawa mereka untuk duduk dan datang pembantu toko kedai itu dengan membawa minuman lalu dihidangkan kepada mereka.
Jeremy dan Jenily mengucapkan terima kasih kepada pembantu itu dan pembantu itu membelasnya dengan senyuman lalu pergi. beberapa minit kemudia Suhita membawa sebuah kotak yang sederhana besar lalu di letakkan di lantai dan ada beberapa buah beg yang berisi buku-buku.
" nah ini barang yang sampai semalam yang dituju untuk kamu tapi sebenarnya ni semua untuk Jeremy dan Jenily bukan?" soal Suhita.
" ini semua untuk mereka berdua kerana sudah sampai masanya untuk mereka untuk belajar semua yang diperlukan." kata Larry sambil membuka kotak itu.
Larry melihat semua barang di dalam kotak tersebut dan ia memamnggil Shene untuk memeriksanya jika ada barang yang kurang. kelihatannya semunya seperti ada. Larry memeriksa buku-buku yang ada di dalam beg itu. satu persatu. Jeremy dan Jenily hanya melihat apa yang dilakukan oleh Larry dan Shene.
" banyak juga barang-barang ni uncle, adakah semua ini untuk latihan dan pelajaran kami?" soal Jeremy sambil melihat kearah Larry yang menyusun semula buku-buku itu.
" sudah pasti semua ini untuk kamu berdua, untuk siapa lagi?" soal Larry.
"ugh.... saya rasa sepertinya kehidupan kita akan berubah 360 darjah.... banyak benda nak dibelajar" kata Jenily dengan nada ketakutan.
" tak perlu ditakutkan sebab Larry dan Shene yang akan mengajar kamu bukan?" soal Suhita.
" iya....." mereka berdua dengan nada rendah
" kamu tahu tak Larry dan Shene merupakan orang yang lulus dengan cemerlang dari akademik? dan sampai sekarang tiada siapa yang boleh melepasi pointer mereka berdua" kata Suhita kepada Jeremy dan Jenily sambil mengeluarkan rotan lalu memukul papan tanda yang menunjukkan wajah Larry dan Shene.
" serius! maksudnya uncle dan auntie ni orang yang geniuslah ni ? boleh jadi prof?" Jenily dengan nada ingin tahu dan mata yang bersinar-sinar.
" iya" balas Larry dengan Shene dengan selamba sambil melihat kearah Jenily dan Jeremy.
" kenapa uncle dan auntie tak menjadi prof atau tenaga pengajar sahaja untuk kerabat diraja?' soal jeremy
" tak nak sebab menyusahkan sahaja, sudahlah sakit kepala memikirkan cara mengajar anak-anak bangsawan dan diraja lepastu kena buat report itu ini... sungguh memenatkan" keluh Larry sepertinya ia pernah melaluinya.
" wah.... sepetinya anda pernah melaluinya" usik Suhita
" fufufufu.... sudah pasti dia pernah laluinya tapi yang paling tidak boleh dilupakan bila ada pelajar perempuan yang memberikan surat cinta dan mengungkapkan perasaan mereka kepada Larry... yang paling membuatkan saya tak boleh lupa bila pelajar lelaki tidak suka akan Larry sebab mereka tak dapat fokus semasa sesi pembelajaran kerana para maid akan mengintipnya" kata Shene sambil ketawa kecil mengingati akan peristiwa tersebut.
Suhita ketawa terbahak-bahak dan diikuti oleh Jenily dan jeremy yang menahan untuk ketawa walau mereka ingin ketawa...Larry hanya berdiam diri walau ia merasa malu akan apa yang dikatakan oleh adiknya itu.
" buahhahah.... serius tidak sangka boleh jadi seperti ini... hmm... hahahha.. itulah siapa suruh kacak sangat kan dah banyak pelajar jatuh cinta dan benci... buahahahah..." Suhita dengan ketawa yang tidak dapat ia tahan lagi.
" macam mana dengan auntie? pernah menjadi pengajar?" soal Jeremy yang baru habis menahan ketawanya.
" auntie tidak sempat menjadi pengajar kerana telah diambil menjadi Knight untuk berkhidmat dibawah Prime Minister sebab memang itu tujuan auntie, tapi ya sudah pasti auntie menjadi tenaga pengajar untuk knight-knight yang baru masuk tapi semunya berdisiplin" balas Shene dengan tenang.
" mesti ramai knight yang berasa kagum dan hormat kepada auntie" puji Jenily.
" auntie tak rasa begitu tapi mungkin iya" balas Shene.
Larry yang mendengar apa yang dikatakan oleh adiknya secara tiba-tiba dia mengingati peristiwa dimana setiap bawahan Shene merasa takut akan Shene bukan kerana personalitinya tetapi latihan yang mereka hadapi sepertinya mereka diseksa sambil dilihat oleh Shene yang tersenyum dan memberi motivasi yang berbaur ugutan kepada mereka...