Jeremy dan Jenily bangun seperti biasa selepas mereka semalaman membaca buku yang mereka dapat dari ayah dan ibu mereka atas bantuan Shene dan Larry. mereka membersihkan muka mereka dan mengemas tempat tidur mereka.
" Abang tak rasa sudah masanya untuk kita mencuci selimut dan cadar kita?" soal Jenily sambil mengemas beberapa barang di meja berdekatan dengan katilnya.
*nota: Jenily dan Jeremy berkongsi bilik tetapi mereka mempunyai katil masing-masing dan barangan mereka pun diasingkan serta katil mereka adalah berhadapan*
" nampak gayanya begitulah memandangkan sudah genap 2 minggu kita tak cuci selimut dan cadar kita ni" balas Jeremy sambil mengemas katilnya.
" apa kata kita minta tolong dengan auntie dan uncle mungkin mereka pun mesti nak cuci selimut dan cadar mereka" kata Jenily
" iyalah nanti kita tanya auntie dan uncle mungkin hari ni pun okey juga untuk mencuci cadar dan kain baju kita" kata Jeremy.
seketika terdengar suara memanggil mereka dari bawah
" Jeremy, Jenily mari turun bawah, makanan dan siap ni nanti sejuk pula" panggil Shene.
" baiklah, kami nak turun dah ni" balas Jeremy dan Jenily serentak.
Jeremy dan Jenily turun ke bawah dan uncle Larry sedang minum kopi di meja makan dan auntie menghidangkan makanan serta minuman.
" selamat pagi auntie dan uncle" kata Jeremy sambil menuju ke bangku meja makan lalu duduk.
" selamat pagi juga untuk kamu berdua" balas Larry.
Jenily duduk disebelah auntie Shene lalu membantunya untuk menuangkan kopi ke gelas masing-masing.
" wah, auntie buat sarapan hari nampak sedaplah" puji Jenily
" auntie dapat ni pun sebab kawan datang tadi malam masa kamu dua tidur, sekali tu dia bawalah ikan dengan buah-buahan dengan sedikit sayuran untuk kita" kata Shene dengan melemparkan senyuman.
" mari kita makan sebelum makanan ni sejuk" kata Larry.
mereka pun makan seperti biasa.
beberapa minit mereka makan, Jenily teringat sesuatu lalu berkata
" auntie, uncle sibuk tak hari ni? sebab Jenily dan Abang nak minta tolong untuk bantu kami cuci selimut,cadar dengan kain baju" jelas Jenily.
" ouh kalau begitu okeylah sebab auntie pun nak cuci juga cadar dan selimut auntie dengan uncle. nanti lepas sarapan kita cuci kain dekat sungai " kata Shene
" okey!" Jenily dengan penuh semangat.
setelah selasai sarapan Larry mengambil pinggan mangkuk lalu diletakkan di sinki untuk dicuci oleh Jeremy. Shene dan Jenily mengemas kain-kain yang mereka ingin cuci di dalam bakul.
setelah selesai Shene mengambil bakul untuk menyimpan makanan untuk mereka nanti.
mereka menuju ke sungai berdekatan dengan bukit yang tidak jauh dari rumah mereka. dan mereka mula untuk mencuci kain-kain mereka tanpa mereka sedar sudah tengahari. Larry sepertinya membuka tikar dan menyusun peralatan dan makanan.
" kalau dah selesai cuci tu datang sini makan nanti kamu pengsan pula terkena cahaya matahari" kata Larry kepada mereka.
" baiklah!" balas Shene yang diikuti oleh Jeremy dan Jenily.
setelah selasai mereka pun membawa kain-kain mereka didalam bakul lalu diletakkan di sebelah tikar mereka lalu duduk. Larry menuangkan air untuk mereka minum dan membuka bekal-bekal yang disediakan lalu menjamu selera.
" Jeremy, Jenily apa kamu suka akan buku yang dihadiahkan oleh ayah dan ibu kamu" soal Larry.
"sudah semestinya kamu suka! sebab banyak benda kami belajar, betulkan abang?" Jenily dengan nada gembira.
" baca benda yang kami belajar walau banyak buku didalam rumah tetapi ni kali petama kami baca yang begitu memfokuskan satu aspek" tambah Jeremy.
" buku yang ada di dalam rumah tu semuanya banyak berkaitan dengan cerita kanak-kanak untuk kamu tapi kamu dah habiskan semua sampai kamu baca buku uncle" balas Larry dengan nada mengusik.
" sorry...." kata Jeremy dan Jenily.
" tidak apa tetapi 3 hari dari sekarang kamu akan belajar banyak benda terutamanya soal magik, sejarah dan banyak lagi. uncle dan auntie akan mula mengajar kamu" kata Shene.
" kenapa?" soal Jenily
" walau kamu berusia 7 tahun dah tiba masanya untuk kamu belajar semua ni memandangkan kamu adalah bangsawan dimana berkemungkinan kita akan kembali dalam waktu terdekat ni ke tempat ayah dan ibu kamu. sudah pasti kamu juga menjadi sasaran untuk dibunuh oleh beberapa orang yang bermusuh dengan keluarga kamu. lebih baik sediakan payung sebelum hujan. " jelas Larry.
" tapi.... macam mana kami nak belajar? kami hanya setakat membaca dan cuba untuk memahami agak sukar untuk belajar tanpa seorang guru" keluh Jeremy.
" betul uncle, kami perlukan guru untuk mengajar kami tapi bukan ka ini berbahaya jika seseorang mengetahui tentang lokasi dan kewujudan kami?" tambah Jenily sambil memakan sandwichnya.
" aha, lagipun uncle dan auntie adakah mengetahui seseorang yang sesuai menjadi guru kami tanpa membongkarkan kewujudan kami?" soal Jeremy.
" ara, nampaknya sudah tiba masa auntie dan uncle untuk beritahu kamu sesuatu. betulkan Abang?" soal Shene.
Jeremy dan Jenily yang berasa binggung akan berkataan auntie mereka secara langsung menyoalnya.
" apa maksud auntie?" soal Jeremy dengan Jenily secara serentak.