Chapter 16 - CHAPTER 12

Shene yang mendengar pertanyaan dari Jeremy dan Jenily ia langsung melihat kearah Larry dengan senyum kecil lantas berkata

" mungkin sudah tiba waktunya kita beritahu mereka" kata Shene

" arghh... sudah tentu.. Jeremy dan Jenily kami berdua akan mengajar kamu benda yang patut kamu belajar" tambah Larry dengan nada serius.

" maksud? auntie dan uncle akan mengajar kami? tapi takkan semua buku yang kami belajar bukan?" soal Jenily

" kenapa tak percaya?" soal Shene dengan senyuman kecil

"b-bukan tak percaya tapi untuk mengajar semua buku yang kami belajar tu macam mustahil " kata Jeremy dengan nada risau.

"hahahahah... kami hanya mengajar kamu yang utama bukan semuanya, faham?" kata Larry sambil ketawa.

Jeremy dan Jenily menundukkan kepala mereka ke arah kanan seperti tidak tahu apa-apa.

" biar auntie terangkan... pelajaran yang utama yang akan diajar untuk anak-anak bangsawan ketika mereka masih kecil ialah tentang sejarah, magic, tatatertib, tarian, musik dan diplomatik/perdagangan. tetapi untuk ilmu tarian dan musik agak sukar untuk kamu belajar memandangkan kita tidak mempunyai peralatan dan agak sukar untuk kamu belajar jika ia hanya menggunakan teori" jelas Shene

" ouh.... jadi kami hanya belajar tentang sejarah,tatatertib dan diplomatik? tapi kenapa dalam buku kami ada politik dengan seni pertahanan diri dan ilmu perpedangan?" soal Jeremy.

" uncle sendiri yang meminta kepada ayah kamu untuk hadiahkan kamu buku itu. ilmu politik adalah penting bagi kamu berdua memandangkan kamu ialah anak dari prime minister Harry. ilmu pertahanan diri dan ilmu berpedang adalah untuk membantu kamu untuk mempertahankan diri kamu dari sebarang petempuran dan membunuh musuh kamu" jelas Larry.

" ada betulnya juga sebab kami memang dalam situasi yang tidak menguntungkan diri kita sendiri... tapi kalau sampai membunuh..." kata Jenily dengan ragu-ragu.

" uncle dan auntie akan lindungi dan mengajar kamu buat masa sekarang tetapi jika suatu ketika nanti kamu berada dalam situasi yang sedemikian kamu hanya dua pilihan iaitu membunuh atau dibunuh.. mungkin ini terdengar agak kejam dan tidak berperikemanusian tetapi kamu kena ingat waktu kamu lari kamu cuba untuk dibunuh oleh orang yang membenci kelahiran kamu." Larry dengan nada serius sambil memandang kearah mata Jeremy dan Jenily.

Jeremy dan Jenily hanya mampu berdiam diri akan apa yang dikatakan oleh uncle mereka walau pada dasarnya mereka tahu apa yang dikatakan oleh Larry adalah benar tetapi mereka masih belum bisa untuk menodai tangan dan badan mereka dengan darah untuk masa sekarang.

" membunuh tak semestinya kamu membunuh orang itu dengan cara menggunakan pisau atau pedang tetapi kamu boleh menggunakan pelbagai cara.. tapi untuk auntie, sudah tentu membunuh bukanlah perkara yang baik kerana ia boleh membuatkan seseorang hidup dalam keadaan trauma, kesakitan dan paling sakit ialah hidup kamu dipenuhi dengan rasa penyesalan." kata Shene dengan nada sedikit penuh penyesalan.

" auntie menyesal?" soal Jenily secara tiba-tiba.

"sudah pasti.... tapi apakah daya sebab auntie tak boleh mengulang waktu.. sebab tu auntie berhenti menjadi knight dan mengambil tawaran ayah kamu untuk menjaga kamu berdua." kata Shene sambil mengusap kepala Jeremy dan Jenily.

" bagaimana dengan uncle?" soal Jeremy.

" saya tidak pernah rasa menyesal untuk membunuh sesiapa sahaja kerana individu yang cuba untuk menjatuhkan kedudukan Yang Mulia dan Prime Minister sudah layak untuk dibunuh kerana jika dibiarkan kerajaan akan dalam bahaya bukan itu sahaja rakyat pun akan turut terancam tertutamanya kanak-kanak dan wanita. membunuh bukanlah sesuatu yang keji jika dilihat dari sudut pandang yang rasional atau logik. lagipun tiada makna uncle nak bunuh orang yang tidak berdosa atau bersalah yang tidak mengugat keamanan kerajaan dan rakyat." jelas Larry dengan tenang pada masa yang sama menenangkan hati Jeremy dan Jenily.

" faham...." kata Jeremy dan Jenily dengan nada yang rendah.

" mungkin sekarang kamu tidak faham tetapi apabila kamu sudah cukup dewasa dan mempunyai daya pemikiran yang luas kerana kamu akan faham apa yang uncle maksudkan, ia terpulang dari kamu sama ada kamu kesian atau tidak sanggup melakukannya atas dasar kemanusian tetapi kamu kena ingat jika kamu tiada keberanian untuk melakukannya maka mereka akan mudah untuk menikam kamu pada bila-bila masa sahaja. ingat apa yang saya cakap ni kerana sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada berguna" tegas Larry.

" kami faham apa yang uncle maksudkan kami faham sangat-sangat.... terima kasih uncle atas nasihat yang uncle berikan. terima kasih juga kepada uantie walau auntie merasakan penyesalan tapi kami yakin auntie telah menyelamatkan banyak nyawa" kata Jenily dan Jeremy.

Shene yang mendengar apa yang dikatakan oleh Jeremy dan Jenily berasa terkejut yang membuatkannya melihat kearah mereka. Shene tersenyum dengan begitu manis kerana hatinya berasa hangat dan tenang dengan apa yang dikatakan oleh Jeremy dan Jenily.

" jangan menangis.... kamu tak cantik bila kamu menangis..... "

" terima kasih nee Jeremy, Jenily..." Shene memeluk Jeremy dan Jenily dengan penuh erat.

Jeremy dan Jenily hanya membiarkannya dan memeluk auntie mereka.

" marilah Abang kita peluk sama-sama" ajak Shene

" ugh... taknaklah macam budak-budak pul-" perkataan Larry dipotong kerana ia ditarik oleh Shene lalu dipeluk oleh mereka semua.

" tolong.... janji dengan mama.... kamu jangan Shene dengan Selina okey...."

" sudah pasti mama" bisik Larry di dalam hatinya.

Larry memeluk mereka semua dengan begitu lembut dan mereka berpeluk dalam waktu yang begitu lama kerana kehangatan yang mereka inginkan begitu lama telah dipenuhi.