Chapter 11 - CHAPTER 9

BEBERAPA BULAN KEMUDIAN.

Harry menjalankan tugasnya seperti biasa walau ada yang tidak berpuas hati akan pelantikkannya pada awalnya, tapi buat masa sekarang banyak bangsawan yang memberikan kerjasama untuk mengekalkan keamanan terutamanya dalam sektor ekonomi dan diplomatik dengan Kerajaan yang lain.

Harry yang begitu sibuk dalam menguruskan beberapa fail-fail diatas mejanya. terdengar ketukan dari luar bilik kerjanya.

" maaf menganggu Prime Minister, ada hal yang perlu saya bahaskan terutamanya tentang Gundik Mei yang sedang hamil dan beberapa urusan berkaitan tentang cukai bangsawan." Larry masuk kedalam bilik Harry sambil membawa beberapa dukomen dan fail.

" bagaimana keadaan kandungan gundik Mei? ada sebarang masalah?" soal Harry sambil menulis.

" keadaan kandungan gundik Mei dalam keadaan yang sihat walau beberapa hari ni dia merasa mual-mual dan mengidam, nasiblah doktor kata tu hanya gejala biasa untuk wanita hamil." keluh Larry sambil meletakkan dokumen dan fail di atas meja Harry sambil melepaskan nafas yang penat.

" hahaha, biasalah tu hanya perempuan sahaja yang faham perasaan itu terutamanya ibu yang pernah mengandung." balas Harry sambil melihat kearah Larry.

" arghh, iyalah tapi kenapalah saya jadi mangsa untuk jaga gundik Mei?" soal Larry dengan keluh

" sebab kamu dipilih untuk jaga Gundik Mei sehingga ia melahirkan untuk memastikan kandungan gundik Mei tidak diancam atau lebih tepatnya dibunuh semasa dalam kandungan." jelas Harry.

" siapa juga nak ancam kandungan Gundik Mei tambahan lagi bukan ka keluarga Gundik Mei merupakan keluarga yang berkuasa dalam sektor ekonomi negara?" soal Larry.

" Larry, jangan terlalu leka sangat. banyak benda boleh berlaku, anak yang berada dalam kandungan gundik Mei ialah anak yang diberikan blessing dari king of dragon. bukanka kedudukan suatu pihak akan dalam bahaya?" soal Harry.

" kalau dilihat-lihat ada kemungkinan besar ia berlaku. tapi bukan ka itu suatu keajaiban dan sesuatu yang sepatutnya diraikan?" Harry

" putra yang mempunyai blessing mempunyai hak untuk menjadi Yang Mulia seterusnya walau ia dilahirkan oleh seorang gundik selagi Yang Mulia ialah ayahnya." kata Harry

" ouh..... kejap bagaimana dengan anak Yang Mulia Ratu? bukan ka ia merupakan penerus yang secara langsung? apakah akan terjejas jugak?" soal Larry apabila mengetahui apa yang sebenarnya terjadi.

" ya.... sudah tentu putra dari Yang Mulia Ratu dan Yang Mulia akan terjejas kedudukannya jika putra yang mempunyai blessing muncul." kata Harry sambil tersenyum yang menunjukkan kenapa Larry diberi tugas untuk menjaga gundik Mei.

" arghhh..... saya faham... jadi maksudnya Yang Mulia Ratu berkemungkinan akan melakukan sesuatu kepada Gundik Mei? bukan ka gundik Mei dalam bahaya sekarang!?" Larry dengan risau.

" jangan risau sekarang Shene tengah bersama gundik Mei. kamu berdua yang saya dapat harapkan untuk menjadi pengawal Gundik Mei sementara Yang Mulia masih belum sihat sepenuhnya." kata Harry.

Larry faham apa yang perlu ia lakukan bersama dengan Shene. waktu berlalu dengan cepat dimana kandungan gundik Mei sudah mencapai usia 8 bulan dan doktor meminta gundik untuk rehat.

Harry sentiasa melawati gundik Mei untuk bertanya khabar dan memastikan kesehatan gundik Mei dan anaknya. Yang Mulia tidak pernah melawati gundik Mei bukan kerana tidak mahu tetapi takut jika penyakitnya terkena Mei.

DI BILIK GUNDIK MEI.

Harry dan gundik Mei duduk sambil ditemani oleh pengawal iaitu Larry dan Shene.

" bagaimana khabar kamu sekarang? tidak merasakan sakit dimana-mana? pastikan sentiasa mendengar kata doktor ya" Harry menasihati Mei.

" Harry-niichan janganlah terlalu risau Mei tahu untuk jaga dirilah. Mei bukan lagi budak kecillah lagi" balas Mei.

" ya, ya abang tahu tapi lebih baik mencegah dari mengubati bukan?" kata Harry

"neee Harry-niichan, boleh tak Mei minta sesuatu?" soal Mei sambil melihat kearah perutnya.

" apa dia?" soal Harry

" jika bayi Mei lahir, Mei nak bayi ni dijodohkan dengan anak abang nanti" kata Mei dengan tenang.

" bukan tak nak, isteri abang pun belum lagi mengandung macam mana nak tahu" balas Harry dengan santai.

" buat masa sekarang iya, tapi boleh tak abang berjanji akan jodohkan anak Mei dengan anak abang?" soal Mei

Harry yang berasa keliru akan kelakuan kawan masa kecilnya yang tiba-tiba bertanya soalan sebegitu. Harry hanya mengangkutkan kepalanya tanda setuju. Mei yang melihat respon dari Harry membuatkannya berasa gembira.

namun sesuatu yang tidak diiginkan berlaku ketika usia kandungan gundik Mei mencapai 9 bulan.