" penat pula bercerita, Shene ambikkan air sejuk, saya nak minum dahaga sangat ni" kata Larry sambil melihat kearah Shene yang berada dekat dengan dapur.
" hmmm... iyalah kejap" balas Shene sambil menuju kearah dapur.
" lepas tu apa yang terjadi? bagaimana dengan gundik Mei?? ada apa-apa berlaku? " soal Jenily dengan ingin tahu.
" ada kemungkinan Gundik Mei dalam bahaya dimana ia diberikan racun atau dikenakan sihir atau pembunuh upahan dikerahkan?" tambah Jeremy dengan memikirkan sebarang kemungkinan.
" Gundik Mei hampir dibunuh oleh pembunuh upahan di malam hari dimana tinggal beberapa hari sahaja sehingga gundik Mei melahirkan, tapi nasib baiklah ayah kamu berfikir dan bertindak dengan cepat." kata Larry.
Shene yang keluar dari dapur membawa air sirup dengan kek buah lalu diletakkan di atas meja. lalu Jenily menuangkan air kedalam cawan lalu diberikan.
" jadi, apa yang ayah kami buat?" soal Jeremy.
" ayah kamu telah menyediakan tangkal/azimat khas untuk mengaburi deria individu yang cuba melakukan sesuatu yang tidak baik kepada si pemakai azimat" balas Shene sambil duduk di sebelah Jeremy.
" hebat juga ayah kita kan abang, bisa menggunakkan magic sesuai keinginannya" puji Jenily.
" hahaha... tapi azimat tu sebenarnya ibu kamu yang buat" balas Shene.
"ibu?" soal Jenily dengan Jeremy secara serentak.
" yup, walau ayah kamu memang pakar dalam magic tapi tak semua pengguna magic menguasai semua elemen magic. ibu kamu mempunyai kepakaran dalam elemen penyembuhan, pensegelan dan emosi." balas Shene
" ouh..... maksudnya ayah dan ibu kami ni mesti orang yang hebat dalam magic. " puji Jenily dan Jeremy.
" mereka berdua memang hebat dan sudah tentu terkenal sehingga semua Kerajaan mengenali mereka." kata Larry.
" jadi kalau mereka disegani dan berkuasa, bagaimana kamu berdua disini?" soal Jeremy.
Larry dan Shene terdiam seketika apabila mendengar perkataan Jeremy. tidak dapat dinafikan apa yang Jeremy katakan.
" ibu dan ayah kamu telah diperangkap dan difitnah oleh Yang Mulia Ratu... ermm ikutkan hati uncle tak nak panggil dia Ratu dengan hati yang begitu busuk dan gila akan kuasa." Larry dengan geram tetapi ia sepertinya menahannya.
" jadi sekarang ayah dan ibu tengah berusaha untuk mempertahankan maruah mereka dan melindungi kami sehingga semua normal." kata Jenily.
Larry dan Jenily hanya mengangkutkan tanda mereka mengatakan iya.
" adakah kamu benci akan ayah dan ibu kamu selama ini? " soal Shene.
" sebenarnya kami tak pernah terfikir akan hal itu tetapi sebaliknya kami berfikir kenapa kami berada disini bersama uncle dan auntie" Jeremy
" selepas mendengar cerita uncle dan auntie, kami faham akan apa yang berlaku dan kami tidak membenci ayah dan ibu kami" Jenily dengan senyum.
" kamu memang anak dari mereka berdua, walau masih muda tapi pemikiran kamu seperti orang dewasa" kata Larry dengan suara yang begitu lembut sambil mengusap kepala Jeremy.
" jika masanya tiba kamu akan bertemu semula dengan mereka. auntie yakin bila kamu mempunyai kekuatan mana dan fizikal yang kuat, tiada siapa yang akan berani mengacau kamu" tambah Shene sambil mengusap pipi Jenily dengan lembut.
" jadi uncle bila kami akan belajar tentang mana dan selebihnya? kami nak cepat untuk jumpa ibu dan ayah kami!" soal Jenily dengan bersemangat.
" jangan risau dalam minggu hadapan semua material untuk mempelajaran kamu akan sampai" balas Shene.
" hmmm?? uncle pergi ke tempat yang jauh ke nanti?" soal Jeremy dengan mengerukkan dahinya.
" hahaha, tak kerana ada orang yang akan hantar semua tu dan uncle akan perkenalkan orang itu kerana dia yang menjaga kamu ketika masih bayi" kata Larry.
Jeremy dan Jenily berasa begitu terkejut bahawa mereka sepertinya tidak begitu tahu ada orang selain uncle dan auntie yang menjaga mereka ketika masih bayi walau ingatan mereka dari bayi sehingga sekarang masih kukuh.
" ucnle orang tu mesti hebat bukan? soal Jeremy secara tiba-tiba.
" hmm? sudah pasti dia hebat kerana dia merupakan mage tingkat 1 boleh dikatakan dia setara dengan ketua magic tower yang sekarang." balas Larry sambil mengirup air sirupnya.
" bukan itu sahaja, orang yang menjaga kamu ketika bayi sebenarnya dari keluarga yang mempunyai kedudukan yang tinggi" tambah Shene.
ini membuatkan Jeremy dan Jenily tidak sabar untuk bertemu dengan pengasuh mereka ketika kecil.