Semua tetamu sibuk berborak sesama mereka. Seluruh ruang riuh rendah dengan tetamu yang di undang. Pelamin dihiasi bunga bunga terletak indah di ruang hadapan . Semuanya nampak sempurna.
"Look , Ku Farathid dengan Ku Amanda , apa I cakap kan , memang dorang ada something. Asyik berdua je. Ku Amanda mana ada keluar dengan laki lain laa."
Gadis gadis itu memandang sambil mengangguk angguk tanda setuju dengan kata kata kawannya itu.
"Iyaa la , lagipun I mana pernah nampak Ku Farathid dating dengan perempuan lain. Gosip dengan perempuan pun takda , I ingat kan dia Gay".
Mereka lepas gelak.
"Apa la you ni , I selalu nampak dorang kot . Takkan lah mamat handsome tu gay"
"Wait , kalau gay pun , I sanggup goda dia , sampai jadi lurus balik."
"Hahahaha, untung lah Ku Amanda kan , dapat Ku Farathid , dah la handsome , billionaire pulak tu."
"Apa kata you pergi mengorat dia , mana tau sangkut."
"Cakap senang lah , sombong dia tu semua orang tak boleh lawan tau , lagipun dah berapa kali I terserempak dengan dia, kalau tak ada urusan penting , mananya dia nak layan , cakap dengan dinding jela jawab dia."
"Hahahaha , you jangan nak berani la , Ku Manda tu pun bukan calang calang orang , suka suka hati you all je nak cantas boyfriend dia , ingat dia nak duduk diam je, lagipun Ku Manda lawa kut , you tak boleh lawan."
"I kena buat plastic surgery la jawabnya."
Mereka gelak lagi . Ketawa mereka makin perlahan ketika Tengku Farathid dan Tengku Amanda mendekati meja mereka.
Tengku Farathid dan Tengku Amanda duduk di meja di hadapan meja mereka. Masing masing mengawal diri . Bimbang bicara mereka di dengari Tengku Farathid dan Tengku Amanda.
"I jealous , tengok. Semua mata dorang kat you."
Tengku Amanda berbisik di telinga Tengku Farathid. Tengku Farathid mengangkat muka sedikit memandang sekelompok gadis yang berada di meja hadapan dia dan Tengku Amanda. Tiada perubahan pada wajahnya , tetap memandang kosong.
"I rasa dorang rasa tercabar harini sebab dalam ramai ramai dorang tu , you yang paling cantik kat sini."
Tengku Amanda senyum mendengar kata kata Tengku Farathid. Hatinya pun berbunga bunga seperti pelamin di atas sana.....
Kyra Mayseera berjalan perlahan lahan naik ke atas pelamin. Zacran Shah menanti penuh debar di hadapan pelamin tersebut. Bibirnya dari tadi tak henti mengukirkan senyuman. Cantik sungguh pujaan hatinya harini. Tak sabar dia ingin mengikat lebih kukuh lagi ikatan ini . Tak mahu Kyra Mayseera jauh jauh dari dia. Mengikut perancangan dia dan Kyra , setelah lapan bulan mengikat tali pertunangan , mereka akan mengadakan majlis perkahwinan.
Setelah upacara menyarung cincin pasangan itu , seluruh hotel meriah dengan tepukan dari tetamu yang hadir bagi meraikan ikatan pertunangan pasangan itu. Masing masing mengambil gambar dan membuat video , semua tak nak lepaskan peluang. Kyra Mayseera tersenyum manis di atas pelamin sana bersama pasangan.
"Tengku Farathid, terima kasih sebab sudi datang. "
Dato Malek Mansor menghulurkan tangan pada Tengku Farathid. Tengku Farathid menyambutnya. Muka di manis kan sedikit. Tengku Farathid hanya mengangguk.
Tengku Amanda turut bersalam dengan Dato Malek .
"Congrats Dato."
Ucap Tengku Amanda manis.
"Thanks . Ku Amanda bila pulak , rasanya ni dah tak lama , apa apa jemput la ye."
"Malu pulak nak bercakap pasal ni , lagipun I kan perempuan , tak boleh melebih lebih , tu kena tanya si teruna."
"Ha,ah, iyaa Ku Athid , jangan tunggu lama lama , Ku Amanda ni dah la lawa , nanti melepas ke tangan orang lain pulak."
Mata Tengku Farathid yang dari tadi mencuri pandang Kyra Mayseera di atas sana tiba tiba saja teralih pada Dato Malek di depannya. Sedari tadi dia tak focus dengan perbualan mereka. Matanya hanya ingin melihat gadis di atas pelamin sana.
"Aaaaa , what ? Errrr , yaa . You should married this year Manda."
Gelisahnya tak menentu. Segala kata kata main keluar je dari mulutnya. Salah dia yang tak lepas memandang Kyra Mayseera dari tadi.
Riak muka Tengku Amanda berubah . Dia tahu apa yang di fikirkan Tengku Farathid. Siapa yang menjadi tumpuan Tengku Farathid dari tadi. Matanya sesekali memandang ke arah sana . Gadis itu.
Hatinya resah...
*****
Kyra dan Zacran perlahan lahan melangkah ke arah Dato Malek. Tadi papanya ada pesan , ada tetamu terhormat yang akan datang ke majlis mereka. Kyra pun tak tahu siapa. Kalau kenalan papanya dia tak kesah , tapi melihat dari jarak jauh , kenalan papanya kali ini boleh tahan , muda muda. Tak pernah pulak Kyra melihat mereka berdua sebelum ini berborak dengan papa. Mungkin kenalan baru.
"Kyra , Zac , ni Ku Farathid dan Ku Manda. Papa pernah bekerjasama dengan anak syarikat Ku Farathid baru baru ni. Ni baru kali kedua kitorang bersua muka. Kyra pasti kenal dengan Ku Manda kan, korang kan dalam bidang perekaan"
Dato Malek menerangkan pada anak perempuan dan bakal menantunya.
"Yaa , ku Manda . Thanks sebab datang."
"Most welcome kyra. Cantik dress you harini , design sendiri ke?"
"Biasa biasa je Tengku , buat yang mana sempat."
Kyra senyum lagi.
"Mana boleh biasa, you cakap dress ni special untuk orang yang special dan untuk majlis yang special."
Laju tangan Kyra mencuit lembut bahu Zacran setelah mendengar tunangnya itu bersuara. Mereka gelak. Tengku Farathid batuk sedikit . Tak senang dengan suasana itu . Hatinya di sambar cemburu.
"Thanks Tengku sebab sudi datang majlis kami."
Zacran baru menghulurkan tangannya pada Tengku Farathid. Tangannya disambut Tengku Farathid.
"You tak rasa membazir ke buat majlis ni .?"
Raut wajah mereka berempat berubah mendengar kata kata Tengku Farathid. Tak faham maksud yang ingin di sampaikan.
"Yelaa , I rasa membazir je. Lagipun pertunangan ni tak kan lama kan."
Wajah Tengku Farathid masih dingin. Hatinya sudah di sambar api cemburu , semua kata kata main di lepaskan saja.
"Ooo , Tengku dah tahu ke kitorang akan kahwin Ogos ni , Papa dah bagitahu Tengku ke Pa ?"
Zacran teruja.
Dato Malek hanya tersenyum bercampur hairan. Dia tak pernah memberitahu pada sesiapa lagi pasal tarikh perkahwinan Kyra dan Zacran. Mana mungkin Tengku Farathid mengetahuinya.
"Arrr , ogos , I think bad months for marriage."
Tengku Farathid berkata selamba. Saja mahu memanaskan Zacran dan Kyra.
"Ooo maksud you , lagi cepat lagi bagus kan . Tak payah sampai Ogos."
Tengku Amanda menceriakan keadaan. Dia tak mahu terjadi salah faham buat masa sekarang . Tak kena waktu la. Bentak hati Tengku Amanda. Geram dengan Tengku Farathid. Apa yang ada dalam otak lelaki ni. Saja mahu mengeruhkan keadaan.
"Tarikh tu yang Kyra nak , kan sayang. Lapan bulan dari sekarang I rasa okay. Kalau ikutkan hati I , esok terus I nak kawin dengan pujaan hati I ni , kan sayang."
Zacran mencuit lembut dagu Kyra. Kyra menolak lembut . Tak selesa di hadapan Tengku Tengku ini.
Tengku Amanda memandang Tengku Farathid tenang , Tengku Farathid memandang Kyra tajam. Dato Malek memandang mereka silih berganti.