Chereads / Kyraa Dan Pria Terhebat / Chapter 4 - Bab 4

Chapter 4 - Bab 4

"Siapa yang bagi file file ni semua?!"

Suara Dato Malek meninggi , semua file file di atas meja berselerak di hempasnya. Dia menahan amarah. Merah mukanya. Sesekali dia memicit kepala. Sakit.....

Handphone di meja berbunyi. Laju dia menjawab .

"Hello!"

"Dah dapat file yang saya hantar.?"

Tenang saja suara lelaki di corong telinganya. Menaikkan lagi amarahnya Dato Malek.

"Kau siapa , kau nak apa? Apa yang cuba kau nak buat ni?"

"Calm down Dato , ni Athid . Tengku Farathid Marteen."

Membutang mata Dato Malek mendengar. Terkejut . Darahnya turun naik seperti roler coaster. Apa yang cuba dilakukan lelaki ini kepadanya . Kenapa file file ini di hantar kepadanya.

************

Lisa pembantu peribadi Tengku Farathid dan Dato Malek muncul di hadapan pintu bilik Tengku Farathid. Puas Lisa menenangkan Dato Malek diluar tadi . Nasib baik pengawal keselamatan membantu. Sakit hati pulak Lisa dengan Dato Malek. Datang Datang saja seperti pemberontak.

"Apa yang cuba Tengku nak buat ni , saya tak faham ?"

Amarah Dato Malek belum mereda. Lisa sudah gelabah. Serba salah dia dibuatnya, dia memandang majikannya dan Dato Malek silih berganti. Apa yang tak kena.

"Lisa , you boleh keluar."

Tenang saja suara Tengku Farathid. Dia yang dari tadi di kerusi mula berdiri. Lisa keluar setelah mendapat arahan dari Tengku Farathid. Pintu di tutup dari luar setelah Dato Malek semakin mendekati dengan Tengku Farathid.

"Calm down , jemput duduk Dato. Nampaknya kita perlukan waktu yang panjang untuk bahas pasal ni."

Tengku Farathid senyum. Menunjukkan kerusi supaya Dato Malek duduk. Dato Malek dingin saja . Wajahnya tiada reaksi untuk saat ini. Tengku Farathid direnung tajam.

"Saya tak faham apa maksud Tengku. Kenapa Tengku hantar file file tu semua pada saya. Apa yang Tengku cuba nak buat. Saya rasa saya tiada apa apa masalah dengan Tengku . Kenapa Tengku buat ni semua."

Resah suara Dato Malek. Seakan akan takut. Tengku Farathid senyum lagi . Senyuman yang sinis . Dia kembali duduk di kerusinya. Dia menyandar tenang.

"Saya tak pasti lepasni saya kena panggil apa , Dato Malek ? Uncle Malek ? Boleh saya dapatkan jawapan sekarang. Rasanya kalau tengok file file tu semua Uncle Malek boleh bagi jawapan. Opps , uncle malek ?"

Memerah muka Dato Malek mendengar kata kata dari Tengku Farathid. Menahan marah.

"Uncle Malek , biar saya jujur . Saya tahu apa yang uncle buat 5tahun lepas. Semua tu dalam tangan saya. Saya boleh simpan . Dan saya boleh buat benda ni jadi lebih teruk kalau saya nak."

Tajam pandangan Tengku Farathid pada Dato Malek . Seakan mengugut. Dato Malek hanya mendiam diri. Gugup.

"Iyaa benda dah lama . Mungkin. Tapi kalau benda ni keluar dekat media sosial or akhbar . Lagi lagi dekat pihak berkuasa. Rasanya apa akan jadi ye ? Hmmmm , ?"

Tengku Farathid mengetuk ketuk mejanya dengan jari , menanti jawapan dari Dato Malek.

"Saya tak tahu apa salah saya dengan Tengku. Saya minta maaf kalau saya ada salah . Tapi...."

"Saya tak nak permohonan maaf dari Dato. Saya tak perlukan tu semua. Saya akan jaga bisnes Dato , or kita boleh jadi bisnes partner lepasni. Saya akan hapus semua bukti tu semua kalau Dato nak ."

Tengku Farathid memaniskan wajahnya.

"Saya tak faham Tengku...."

"Kawinkan saya dengan Kyra."

Membutang mata Dato Malek mendengar kata kata Tengku Farathid.

"Apa Tengku cakap ni ? Apa yang Tengku nak ? Kenapa nak jadikan anak saya mangsa ?"

Tengku Farathid mula berdiri kembali . Mendekati Dato Malek.

"Saya tak nak jadikan dia mangsa. Saya nak jadikan dia isteri . Isteri yang sah.

"Tengku merepek apa ni ? Dia tunang Zacran. Tengku pun tahu dia dah bertunang minggu lepas. Tengku pun hadirkan."

Dato malek bercakap tegas. Tengku Farathid senyum sinis.

"Itu semua tak penting bagi saya dan saya tak nak ambil tahu . Sekarang saya cuma nak Kyra jadi isteri saya yang sah."

"Saya rasa Tengku dah sakit. Lebih baik Tengku pergi hospital untuk check up."

"Saya boleh bagi apa yang Kyra nak . Apa yang dia perlukan ? Saya boleh dapatkan. Zacran ? Belum tentu. Saya akan bahagiakan Kyra."

Jawab Tengku Farathid yakin.

"Sebab majlis haritu Tengku nak kawin dengan dia ? Drama apa yang Tengku nak buat ni ?? Saya tahu anak saya cantik . Tapi jangan macam ni sekali Tengku. Tengku baru jumpa dia."

Sempat pulak Dato Malek memuji anak gadisnya. Tapi itu la kenyataannya.

"I know Kyra very well. Bukan minggu lepas saya jumpa dia."

Dato Malek mengurut dadanya yang terasa sakit. Menarik nafas panjang. Drama apa yang cuba di buat lelaki ni. Tiada angin tiada ribut. Tiba tiba saja minta di nikahkan dengan anaknya.

"Dua minggu . Saya rasa cukup untuk Dato bincang dengan Kyra. Come on Dato , saya cuma nak jadi kan dia isteri yang sah , bukannya perempuan simpanan."

Dato Malek diam memandang lantai. Dadanya masih terasa sakit. Di gosok perlahan. Menenangkan hati .

"Buat apa saja yang patut supaya Kyra setuju kawin dengan saya. Semua kos perkahwinan saya yang tanggung. Don't worry."

Dato Malek menggeleng kepala perlahan. Tidak bersetuju.

"SaYa boleh buat lebih dari ni kalau Dato nak . Hmmm , company ? Rumah ? Kereta ? Yang mana Dato nak hilang dulu ? Or butik Kyra ?"

Tengku Farathid mengangkat keningnya. Senyum sinis diberikan . Dato Malek pucat. Dia mengurut dadanya lagi. Macam mana Tengku Farathid boleh tau pasal butik yang akan dihadiahkan kepada Kyra . Sedangkan Kyra sendiri belum mengetahui pasal butik tersebut. Dato malek bingung , dia tahu orang ternama dan berpegaruh seperti Tengku Farathid mampu lakukan apa apa sahaja yang di inginkan.

"Dato ingat lepas Dato hilang semua tu , Kyra akan hidup bahagia dengan Zacran ? Of course not. Saya akan pasti kan itu takkan terjadi. Itu janj saya , kalau saya tak dapatkan Kyra , Kyra takkan bahagia dengan orang lain termasuk zacran."

Mata Tengku Farathid merenung tajam Dato Malek . Tiada lagi senyum dibibirnya. Serius saja mukanya. Dato Malek diam. Tak mampu berkata kata di kala ini. Bingung memikirkan. Dia tak nak mempermainkan perasaan anaknya sendiri. Dia tahu Kyra sangat mencintai Zacran. Mana mungkin anak perempuannya akan menerima lelaki lain selain Zacran. Dato Malek kelu.

"Apa yang Dato risau ? Apa yang Dato fikirkan ? Saya tahu Dato tak kan biarkan Kyra hidup merempat kan ? Biarkan Kyra hidup dengan saya . Saya akan jaga dia. Kalau saya tak boleh jaga dia. Saya pastikan Dato dan Zacran pun tak akan mampu buat semua tu."

Benci Dato Malek memandang. Senang senangnya lelaki ini mengugut dia. Tentu saja dia tak mampu menentang lelaki di hadapannya ini. Lelaki ini ada semuanya. Termasuk kuasa. Tentu saja dia tewas. Dato Malek mengalah. Diam kaku . Tak mampu berfikir .