"Semua akan baik baik saja. Kyra jangan risau. Papa yakin Tengku akan jaga Kyra dengan baik. Okay sayang ?"
Tangan Dato Malek membelai lembut rambut Kyra. Kyra tak memandang wajah papanya kerana dia berbaring ke arah kanan. Bertentangan dengan papanya. Mata Kyra bengkak memerah kerana banyak menangis.
"Tengku takkan buat benda bukan bukan pada Kyra. Tengku sayangkan Kyra. Dia boleh jaga Kyra."
Dato malek menyambung lagi setelah tidak mendapat respon dari anak perempuannya.
"Papa dah tak mampu nak jaga Kyra sampai kena bagi kat dia?"
Lemah suara Kyra. Dato Malek menggeleng kepalanya.
"Tak , bukan macamtu. Papa tahu Kyra sayang papa. Papa sayang Kyra. Papa nak yang terbaik untuk Kyra."
"Tapi dia bukan yang terbaik untuk Kyra. Kyra tak cintakan dia."
Dato Malek hanya diam. Kyra bangun perlahan. Serba salah jadinya membuat papanya sedih . Dia duduk bersila di atas katil , tangan papanya di pegang lembut. Matanya berkaca lagi. Dato Malek menyekat airmata yang jatuh di pipi Kyra.
"Papa tak sanggup buat Kyra macamni lagi.."
"Noo , Kyra akan kahwin dengan dia."
Dato Malek sedikit lega tapi tak bahagia. Dia terasa menyiksa anaknya sendiri.
"Kyra akan kahwin dengan dia. Buat yang macam dia nak. Orang gila macam dia kita tak boleh ikut cara kita, dia takkan faham."
Dato Malek menyentuh lembut pipi anak perempuannya.
"Papa minta maaf. Sebab papa . Kyra kena tanggung semua ni."
Kyra menyentuh tangan papanya di pipi. Dibawa ke bawah. Memegang erat.
"Papa jangan risau. Kyra okay. Ni semua bukan sebab papa. Kyra ikhlas ."
Bunyi ketukan dari luar. Kyra memandang kearah pintu. Dia menyuruh orang gajinya masuk .
"Cik kyra.. Encik Zacran ada kat bawah. Dia cakap nak jumpa."
Kyra memandang telefon bimbitnya di sebelah. Dari pagi tadi di mematikan telefon bimbitnya. Tak mahu diganggu. Fikiran dia kusut. Dia tak membalas pesanan Zacran dari semalam. Hanya sepatah pesanan dia hantar kepada Zacran. Tak mahu dia diganggu lagi. Mesti Zacran terkejut menerima pesanan dari Kyra.
"Okay."
Sepatah dari Kyra kepada Mak Leha. Mak leha keluar dari bilik Kyra. Dato Malek hanya memandang. Serba salah dibuatnya membuat hubungan Zacran dan Kyra berakhir. Tapi sesungguhnya bukan dia yang merosakkan hubungan mereka . Tengku Farathid yang bertanggungjawab.
"Paa , Kyra turun kejap. Nanti papa turun. Buat apa yang patut."
Dato Malek hanya mengangguk. Kyra keluar dari biliknya . Menuju ke bawah di mana Zacran berada. Melihat kelibat Kyra yang menuruni tangga. Laju saja Zacran mendapatkan Kyra. Melihat muka tunangannya yang pucat membuatnya resah.
"Kyra , kenapa ni ? You tak sihat ? Dah makan ubat ? Jom kita pergi klinik? Are you okay.?"
Cemas suara Zacran. Kyra hanya bereaksi seperti biasa . Dia menuju ke sofa . Zacran hanya mengikuti dari belakang.
"Kenapa ni ? Kenapa you text macam tu ? Apa yang tak kena ? Something happen ? Cakap dengan I ?"
Tidak mendapat respon dari Kyra. Laju tangan Zacran memegang bahu Kyra. Membalikkan badan Kyra menatap dia.
"Kyra , I talking to you. What happen ? You demam ke ?"
Zacran menyentuh dahi Kyra. Laju Kyra membuang tangan Zacran dari dahinya.
"Im okay. And bout the text. Yeah , im serious."
Kyra bersahaja . Dia duduk di sofa. Zacran masih berdiri , memandang Kyra.
"You cakap apa ni sayang ? You prank I ke apa ? Birthday I lambat lagi okay ?"
Kyra memandang lantai. Matanya mula berkaca. Zacran mendekati. Dia berlutut di hadapan Kyra yang di sofa. Memegang tangan Kyra. Kyra menepis laju.
"Uncle taknak Zacran datang sini dah. Zacran pun dah dapat text dari Kyra kan. So Uncle harap Zacran faham."
Laju Zacran memadang Dato Malek yang telah berada di tangga. Zacran berdiri lagi. Mukanya resah. Dia memandang Kyra dan Dato Malek silih berganti. Tak faham yang cuba di sampaikan dua beranak ini.
"Kenapa uncle ? Saya ada buat salah ke ? Kyra ? Kenapa ? I ada buat salah apa ? I tak faham. Cuba Uncle bagitahu saya , apa yang saya dah buat ? Kenapa Kyra tiba tiba sent text macamtu?"
Zacran tak sabar. Tak faham dengan keadaan sekarang. Apa yang dah terjadi. Kyra hanya diam. Wajah Zacran langsung tak di pandangnya.
"Uncle dah putus kan pertunangan korang berdua. So stop ganggu Kyra lagi. Kyra akan kawin dua minggu lagi."
Terkejut bukan kepalang mendengar kata kata dari Dato Malek . Zacran hampir jatuh. Di tahannya sofa di sebelah. Menguatkan diri untuk berdiri.
"Uncle cakap apa ni ? Saya tak faham. Saya dengan Kyra baru bertunang kan Uncle. Apa yang tak kena ? Kenapa jadi macamni? Kyra , you buat apa ni ? You kenapa ? I ada buat salah ?"
Zacran mendekati Kyra kembali. Di pegang tangan Kyra.
"Zacran!! Semua dah jelas , mulai sekarang kamu dan Kyra dah takda apa apa lagi dah. Kamu kena faham. Jodoh kamu dengan Kyra takda . Kyra untuk orang lain. Bukan untuk kamu. Uncle harap kamu faham. Jangan buat uncle berkasar ."
Tegas suara Dato Malek. Dia mendekati Zacran. Tak mahu Zacran dekat dekat Kyra lagi.
"Paa , biar Kyra cakap dengan Zac. Papa naik dulu yee."
Dato Malek hanya menurut. Dia tahu Kyra boleh menangani Zacran.
"I takda apa lagi nak cakap. Semua dah jelas. Papa taknak kita terus kan relationship ni. I harap you faham."
"You cakap apa ni Kyra ??? Kenapa tiba tiba ? Kenapa you buat I macam ni ? Salahnya kat mana ? Takda angin takda ribut. You buat keputusan ni semua. Apa yang I dah buat ??"
Resah suara Zacran.
"Papa nak I kawin dengan pihihan dia."
Perlahan suara Kyra. Menunduk memandang lantai.
"What ? Siapa ?? Siapa pilihan dia ? Kenapa baru sekarang ? Kita dah lama kan ? I dengan you dah lama Kyra. Sanggup you buat macamni.? Kita dah bertunang. Berapa bulan je lagi , majlis kita. Kenapa jadi macamni.?"
Tak henti henti Zacran bertanya. Dia tak mahu kehilangan Kyra. Sungguh dia tak sanggup.
"Lupakan I. Mungkin takda jodoh kita."
"I tanya siapa ??!"
Suara Zacran meninggi membuatkan Kyra terkejut. Tak pernah pernah Zacran meninggi suara padanya selama kenal.
"Farathid. Tengku Farathid. I akan kawin dengan dia. Dua minggu lagi. Jangan kacau I lagi Zac. Lupakan I. I bukan untuk you , ada yang lebih baik lagi untuk you , tapi bukan I."
Zacran menggelengkan kepalanya beberapa kali mendengar nama itu. Lelaki yang hadir pada majlis pertunangannya dengan Kyra tempoh hari. Lelaki itu akan menikahi Kyra.
"Tekaan I tak salah. Haritu you lari , you pergi jumpa dia ? You pergi tengok dia ? Hilang macamtu je. You duduk situ lama untuk pandang dia? I cuba tepis perasaan tu , tapi betul. Memang you buat semua tu."
"Noooo , I takda apa apa perasaan kat dia. Jangan mengarut. I tak buat semua tu bila dengan you lah. Papa yang nak I kawin dengan dia. Dia yang paksa papa."
Kyra terdiam sebaik saja kata kata itu keluar dari mulut dia. Bukan itu yang ingin dia ucapkan untuk Zacran.
"Maksud you apa ? Dia paksa macam mana?"
"Dahh , you balik. Jangan kacau I lagi."
Kyra bangun dari duduknya. Laju menaiki anak tangga ke biliknya. Panggilan Zacran tak dihiraukannya lagi.
"Kyra!!!!! I takkan biar lelaki tu bahagia dengan you!!"