Chereads / Kyraa Dan Pria Terhebat / Chapter 3 - Bab 3

Chapter 3 - Bab 3

"Something wrong betul la Tengku tu."

Kyra melepaskan ketidak puasan hatinya pada tunang disebelah. Dia merasakan ada yang tak kena dengan perangai Tengku Farathid.

"Siapa ? Tengku Farathid ? Apa yang salah.? Alaa tak payah fikir sangat sayang. Benda yang sepatut you fikir sekarang ni , majlis kita nanti. Kalau you tak nak fikir pasal tu , you boleh fikir berapa orang anak yang you nak nanti kita kahwin."

Zacran gelak . Kyra mencebik bibir. Kadang kadang geram dengan Zacran yang selalu mengusiknya.

" I serius lah sayang . Main main tau you ni. Macam ada benda tak kena je dengan dia."

"Tu lah , siapa suruh cantik sangat ni , tengok dress ni . Makin tak sabar tau nak tunggu lapan bulan lagi."

Laju tangan Kyra mencubit lengan Zacran. Tak terasa oleh lengan kasar Zacran . Zacran hanya ketawa . Bahagiaa....

"Mengadakan dua tiga hari ni. Makin menjadi jadi perangai , iyaa sayang . I pun tak sabar nak disatukan dengan you."

Kyra senyum manis.

"You cantik sangat . Tak pelik la kalau laki lain pandang macamtu. You ingat I tak jealous ke? I jealous tau. Suka suka je pandang tunang orang macamtu. Nasib baik you milik I . Nanti dah jadi wife I , I kena kurung you dalam bilik 24jam. Tak bagi orang tengok. Jealous."

Zacran senyum manja pada tunangnya. Kyra hanya senyum.

"Mengadaaaaa. I pergi toilet kejap."

Zacran hanya mengangguk faham.

Gaun Kyra yang sedikit labuh , memaksanya untuk mengangkat sedikit sewaktu berjalan. Langkahnya semakin dekat dengan kawasan tandas.

"Kyra....."

Kyra mendongakkan kepalanya selepas namanya diseru. Lelaki kacak di depan di pandang . Tengku Farathid. Memang sempurna.

"Kyra. You pandang apa ? Ada something kat muka I ke ?"

Tengku Farathid menjamah mukanya. Kyra pulak terkedu . Dia terleka memandang Tengku Farathid. Kyra memaki dirinya sendiri di dalam hati. Macam mana boleh leka sangat. Sampai dua kali namanya di seru. Sungguh dia malu di tangkap basah begitu.

"Ya Tengku , anything else?"

Kyra cuba senyum walau gugup.

"Noo , just Athid , tak payah Tengku Tengku. By the way you cantik harini."

Tengku Farathid senyum , tak lepas pandang wajah pemilik hatinya.

Pandai pulak senyum . Tadi tak pandai pandai nak senyum. Bebel Kyra dalam hati.

"Thanks."

Sepatah dari Kyra. Masih lagi gugup.

"Kyraa.."

Tengku Farathid mula mendekat. Dia cuba untuk menyentuh tangan Kyra. Kyra agak terkejut. Langkahnya mengundur ke belakang. Spontan tangannya di sorok ke belakang. Takut.

"Sorry Tengku , ada apa apa lagi ke , kalau tak ada I nak ke toilet . ?"

Langkah Kyra di halang Tengku Farathid. Tengku Farathid memegang tangan Kyra , laju saja ditepis Kyra. Tengku Farathid tersentak seakan tersedar dari mimpi. Dia melihat muka pucat Kyra. Dia tak sengaja.

"Awak dah kenapa ?"

Suara Kyra agak meninggi. Tiada satu orang pun di ruangan itu . Hanya dia dan Tengku Farathid. Dia mula cemas. Mana semua orang.

"Sorry sorry."

Tengku Farathid mengangkat kedua dua tangannya , seakan akan mengalah.

"Sorry , I tak sengaja . Sorry buat you takut."

Tengku Farathid kesal. Kesal tak mampu mengawal dirinya. Sebab gadis ini , semuanya tak terkawal. Tiada niat di hati untuk menakuti gadis ini. Niatnya hanya satu , dia mahu gadis ini jadi miliknya.

Kyra berjalan laju tanpa mengeluarkan kata kata untuk Tengku Farathid. Dia geram. Suka suka saja lelaki itu menyentuhnya. Kenal pun tidak , tidak hormat orang. Bentak hati Kyra.

**********

"Are you okay ?"

Dari tadi dia perasan Tengku Farathid tak menjamah hidangan atas meja. Hanya dia yang menikmati hidangan itu dari tadi. Lamunan Tengku Farathid mati setelah mendengar Tengku Amanda bersuara.

"I kenyang lagi."

Sepatah dari Tengku Farathid. Menipu , dari pagi dia tidak menjamah makanan , hanya saja moodnya hilang untuk menjamah makanan.

"You tak okay ke? Kenapa? Tadi elok elok je , sekarang kenyang pulak. Dessert ni semua sedap je. Try la , nah."

Sudu di hulur ke arah mulut Tengku Farathid, menyua kan makanan.

"Manda , stop it."

Tegas dari Tengku Farathid.

Wajah Tengku Amanda berubah. Tidak pernah pernah Tengku Farathid melayannya sebegitu sebelum ini , kenapa saat ini lelaki ini berubah.. Masing masing diam. Tengku Farathid masih lagi dalam dunia lamunannya. Kesal Tengku Amanda tak di hiraunya.  Apa kena dengan Farathid ni . Otak Tengku Amanda ligat berputar memikirkanya. Tengku Farathid di tenungnya lagi . Wajah keliru Tengku Farathid lagi mengelirukannya. Kenapa bukan dia yang berada di hati Tengku Farathid ? Kenapa ?

*******************

"You tengok apa tu."

Terkejut bukan kepalang Kyra bila di sergah oleh Zacran . Nasib baik dia tidak melatah macam makcik makcik tua. Dia berpaling , muka geramnya ditunjukkan kepada Zacran. Tetap comel , telah Zacran.

"You curi pandang siapa ? Dari tadi I tunggu kat bawah tau , tak muncul muncul. I ingat dah lemas kat toilet tu dah."

Sekarang giliran Zacran pulak yang geram dengan Kyra.

"Sorry , I ambil ruang kat sini kejap . Bagi bernafas dengan tenang. Bawah kan ramai orang."

Kyra menjelaskan. Padahal dari tadi dia sedang perhatikan Tengku Tengku Farathid dan Tengku Amanda dari atas. Entah kenapa , fikirannnya di ketuk rasa penasaran dengan hubungan mereka berdua.

"Yelaa , lain kali bagitau I , I boleh teman. Ni you datang sesorang atas ni , I pulak kat bawah. Kan orang cakap bergaduh pulak."

Zacran gelak . Suka mengusik tunangnya itu. Kyra mencebik bibir . Geram.

"Majlis tunang tapi gaduh, orang lain tak buat . Biarlah kita buat." Kyra gelak.

"Ish you ni , mengadakan . Nak ea gaduh. I xnak lah , I nak manja manja je dengan you."

Zacran memegang lembut tangan Kyra. Kemudian bahu kyra di pegang dan menarik pelahan supaya Kyra mengadapnya . Kyra hanya menurut .

"Kalau ikutkan hati I , I xnak bertunang." Tutur Zacran perlahan.

"You ada perempuan lain ke ???"

Serius muka Kyra menatap . Zacran pecah gelak mendengar ucapan tunangnya itu .

"I tak nak bertunang. I nak kahwin terus. Takut bidadari I ni lari kat orang lain."

"Kalau I tahu ada perempuan lain , I bunuh tau perempuan tu . Berani betul nak rampas lelaki I."

"Apa la you ni sayang . Kalau ada pun orang nak rampas , tak sanggup I nak berpaling dari You tau . I tak kan pandang perempuan lain."

Mata Zacran terus menatap.

"Jangan nak sweet talk kat sini . Ini ayat nak cepatkan majlis kahwin ke apa ?"

"I tak pernah main main dengan ucapan I. You the only one . Sayang I."

"Yee , you the one and only . Lelaki I."

"Kita jaga ikatan ni baik baik . Janji jangan ada salah faham yang boleh hancurkan ikatan ni. Okay ?"

"I janji sayang."