Eizriena berlari kencang ke arah bangunan fakulti undang-undang. Masak! Tinggal 5 minit lagi sebelum masa serahan kertas kerja tamat. Dia tidak berfikir panjang untuk menunggu lif sebaliknya dia segera berlari menaiki anak tangga. Seminit! Itu sahaja masa yang dia ada. Dia semakin menghampiri peti penghantaran kertas kerja di hadapan bilik dan akhirnya, puff! Dia berjaya meletakkan kertas kerjanya tepat pada masanya. 5.00p.m.
"Hampir kena tolak markah lagi." Eizriena mengeluh gembira.
Sedang dia bersandar pada dinding, pintu bilik pensyarahnya terbuka. Seorang wanita separuh usia keluar. Eizriena membetulkan posisinya dan membeli salam hormat.
"Selamat petang dr." Dia tunduk 40 darjah sebagai tanda hormat.
"Selamat petang. Lambat lagi harini cik Eizriena." Dia sedang sibuk mengunci biliknya tanda dia ingin pulang.
"Saya ada kelas petang tadi, tak sangka pulak Madam Angel nak sambung sampai 4.30p.m. Maaf dr." Sambil berjalan di samping, dia menolong untuk mengangkat barang pensyarahnya itu.
"Saya tahu. Saya rasa mesti awak tak baca pesanan saya dalam group kelas kan?" Pensyarahnya tertawa kecil.
"Pesanan apa ya dr? Maaf handphone saya dah habis bateri."
"Saya dah extend masa penghantaran kertas kerja awak." Jantungnya seperti keguguran setelah mendengar kata-kata pensyarahnya.
"Hah? Lahh, betul ke dr?" Eizriena malahan mempersoalkan pensyarahnya.
"Hahahahahaha betul. Mungkin ada kawan-kawan kamu yang cuba maklumkan dekat kamu. Tapi sebab handphone kamu dah tak ada bateri. Tak apalah. Kamu dah tak payah fikir lagi tentang kerja saya." Pensyarah itu menepuk lembut bahu Eizriena.
"Baik dr. Saya positif kan diri." Eizriena meletakkan senyuman terpaksanya.
"Terima kasih tolong saya angkat barang. Nak saya hantarkan awak pergi mana-mana?" Tanya wanita itu.
"Tak apa dr. Saya tengah tunggu kawan-kawan saya. Kami nak beli barang dapur."
"Ohh, baik. Saya pergi dulu ya. Ingat, cas handphone biar penuh lain kali." Wanita itu memandu keretanya pergi dari kawasan tempat letak kereta.
Eizriena melambai lembut. Setelah kereta itu hilang dari pandangannya, dia jatuh terduduk. Dia mengeluh panjang.
"Tak guna betul. Penat je aku tak tidur semalam. Sekali kena hantar lambat lagi."
Seketika kemudian, sebuah kereta berhenti di sampingnya. Kelihatan di dalam kereta itu dua orang sahabat baiknya, Batrisyia dan Sarah. Tanpa bertangguh, dia segera bangun dan masuk ke dalam kereta.
"Kenapa kau duduk tepi tempat parking ni?" Sarah bertanya sambil menghulurkan bekas airnya kepada Eizriena.
"Sebab aku dah kena tipu dengan semua orang. Tak ada sorang pun bagitahu aku yang assignment kena hantar lambat lagi. Aku tak tidur tau semalam buat kerja ni." Eizriena masih dengan keluhanya.
"Hahahahaha. Teringat pulak aku pagi tadi. Dah masuk kereta baru perasan kasut lain sebelah. Aduhai." Batrisyia tanpa sengaja mentertawai Eizriena.
"Ketawa kau ketawa. Aihh serabutlah. Mintak charger weyh." Eizriena mengambil charger yang berada di hadapannya.
Tak sampai 5 minit bateri masuk, berduyun-duyun text masuk ke dalam handphonenya.
"Sah classmate aku semua bengap. Dah nampak aku lari tadi tak ada yang tahan pun." Eizriena sedikit serabut membaca pesanan rakan-rakannya.
"Itulah engkau, aku dah pesan. Kelas panjang, beli powerbank satu." Sarah membebel.
"Mahal." Ringkas dijawabnya.
"Hello Eizriena Aiyura. Mahal mana sangatlah powerbank tu kalau nak dibandingkan dengan harga makanan kau seminggu." Batrisyia pula yang membebel.
"Dah dah dah. Jom pergi makan. Aku belanja korang asalkan korang tak membebel dekat aku."
"Mantap."
-----
Mereka bertiga duduk sambil membuat pesanan. Belum sempat hendak berbual, seseorang menelefon Eizriena.
"Hello nenek." Manja suaranya menyahut panggilan tersebut.
"Hi dear, dah habis kelas ke?" Soal neneknya.
"Dah. Baru je habis. Kenapa nenek? Rindulah tu. Baru je semalam kita jumpa." Eizriena berbunyi manja.
"Mestilah rindu Rien. Ehh, you balik rumah nenek kan malam ni? Your uncle is coming home this evening." Eizriena hampir mengeluarkan kata-kata kasar kerana terlalu terkejut.
"Ohh, ye. Nanti lepas habis beli barang sikit, I ask my friend to drive me there ok."
"Ok dear. I wait you at home tau. Bye bye." Panggilan tersebut diletakkan dan Eizriena kembali cuak.
"Weyh macamana aku boleh lupa Uncle Aidan balik Malaysia harini?" Eizriena menghentak kepalanya pada meja makan tanda terlalu bodoh untuk dibincangkan.
"Lah, malam ni kau tak adalah dengan kita orang ni." Sarah sedikit kecewa.
"Sorry weyh korang, serious. Aku lupa. Minggu ni kan aku sibuk sangat."
"Tak apalah. Kau bungkus je makanan kau tu nanti kasi Anis. Tak adalah membazir sangat." Batrisyia membalas tenang.
"Weyh itu bukan masalah dia. Masalah dia sekarang ni, aku risau. Esok kan ada kelas tapi pukul 10. Korang jangan lupa ambik aku." Eizriena mengingatkan rakan-rakannya.
"Ehh, kau kelas pukul 10. Kita orang pukul 8. Lain tu sayang. Kau sanggup ke pergi kelas awal dua jam?" Tanya Sarah.
"Asalkan ada orang hantar. Selalunya aku tumpang nenek aku je. Tapi nampak gayanya macam taklah aku nak tumpang ni. Esok confirm nenek aku tak pergi kerja. Anak dia balik kut." Eizriena membuat andaian.
"Kalau kau dah cakap macamtu. Kita orang sampai pukul 7.00 depan rumah kau. Kalau kau lambat, aku tinggal je. Suruh Uncle Aidan kau hantar." Batrisyia mengugut.
"Baik boss."
----
Eizriena berjalan perlahan lalu membuka pintu pagar rumah neneknya. Besar. Itulah satu expresi yang sentiasa diberikan olehnya setiap kali melihat rumah itu. Kata kunci pintu rumah ditekan dan dia masuk ke dalam rumah.
"Assalamualaikum." Dia memberi salam lembut.
"Waalaikumsalam. Ehh cik Rien udah pulang." Bibik Susan menyambut baik kepulangan Eizriena.
"Ya bibik. Harini kan Uncle Aidan balik. Itu yang nenek panggil Rien." Eizriena tersenyum manis.
"Iya benar juga. Bibik mahu siapin makanannya. Cik Rien udah makan siang apa belum? Kalau belum, bisa aja bibik goreng keropok buat lapik perut." Bibik Susan melayan Eizriena dengan penuh kasih sayang.
"Tak apa bibik. Rien naik atas letak barang kejap. Nanti Rien datang tolong bibik. Ohh, ni ada kek Rien bakar semalam." Dia menghulurkan sebuah bekas berisi sebiji kek.
"Aduh, susah susah aja cik Rien. Kalo yang dibuat cik Rien pasti sedap." Bibik Susan memuji.
"Ada-ada sahaja bibik ni. Kejap ya bibik." Eizriena bergerak ke biliknya ditingkat atas.
Selesai meletakkan barang, dia turun untuk membantu Bibik Susan memasak. Seronok dapat berbual dengan Bibik Susan. Bahasa Indonesia dan Bahasa Melayu nya yang bercampur membuatkan Eizriena terhibur.
"Bibik, atuk mana ya. Selalunya bukan ada dekat rumah waktu macamni?" Soalnya.
"Tuan ada tapi dia ke pasar dahulu. Katanya mahu cari ikan bawal. Kan Aidan sukanya ikan bawal."
"Ohh." Eizriena menjawab pendek.
Sedang leka Eizriena bersembang, kedengaran seseorang balik dan memberi salam. Dia bergegas ke hadapan dan melihat atuknya, Tuan Ismail memegang dua plastik barang dapur.
"Atuk, kenapa beli barang banyak sangat ni?" Eizriena menyoal atuknya sambil membantu untuk membawa barang tersebut ke dapur.
"Ehh, bila Rien sampai?" Soal Tuan Ismail.
"Baru je. Tadi baru lepas mengumpat atuk dengan Bibik Susan. Tiba-tiba atuk balik." Eizriena ketawa pendek.
"Hah, mengutuk atuk cakap atuk handsome lah tu." Tuan Ismail berceloteh.
"Ada- ada je atuk ni. Tak adalah. Rien tanya mana atuk, selalunya kan atuk dekat rumah waktu waktu ni."
"Pergi pasarlah sayang. Harapkan nenek kamu, habislah. Kebulur orang dalam rumah ni." Tuan Ismail mengumpat isterinya pula.
"Hahahahaha. Atuk jangan macam-macam. Rien report dekat nenek nanti." Eizriena mengugut atuknya.
"Hahahahaha. Ok ok, atuk senyap. Hahahahaha." Ketawa mereka berseloroh di dalam dapur.
"Siapa yang ambik Uncle Aidan atuk?" Soal Eizriena lagi.
"Nenek awaklah. Dia beria nak sambut anak kesayangan dia tu. Maklumlah, sorang je. Atuk nak pergi tapi nenek kamu tulah tak kasi." Tuan Ismail memuncungkan mulut tanda protes.
"Tak apa atuk. Rien ada nak back up atuk." Seketika kemudian, ketawa mereka berdua berseloroh lagi di dalam rumah.
"Itulah, nasib ada cucu sorang ni." Kepala Eizriena diusap lembut.
Menjelang pukul 6.30p.m, Puan Mariani pun tiba bersama pemandu dan juga anaknya. Eizriena gugup. Ini merupakan kali kedua dia bertemu anak kepada atuk saudaranya itu. Setelah menyesuaikan diri di Kuala Lumpur, dia ulang alik tinggal di rumah sewanya dan rumah Puan Mariani namun, ini kali pertama dia tinggal sebumbung dengan anak kepada Puan Mariani dan Tuan Ismail, Aidan Imran.
"Papa." Aidan masuk lalu mencium tangan Tuan Ismail dan memeluknya sebagai tanda melepaskan rindu.
"Ehh, ada Rien lah. Hello." Aidan dan Eizriena memberikan bump fist kepada satu sama lain.
"Hello Uncle Aidan. Let me help you." Eizriena cuba menghulurkan bantuan namun dihalang oleh atuknya.
"No. Its okay, biar driver yang tolong Aidan. Aidan, you pun, take your needs je. Then naik atas and refresh yourself." Tuan Ismail memberi arahan.
"Baik papa."
"Baik atuk."
Aidan berjalan masuk ke biliknya namun Eizriena berjalan keluar bagi mendapatkan neneknya.
"Nenek." Panggil Eizriena manja.
"Rien. Dear you look tired, not have enough sleep lately?" Dia segera disoal neneknya tanpa belas kasihan.
"Ehh, tak adalah nenek. I'm fine. Jom masuk nenek, I bake my famous cheesecake for you." Puan Mariani kelihatan teruja mendengar perkataan cheesecake.
"Oh my, jom." Puan Mariani yang teruja berjalan masuk dipimpin cucunya.