Eizriena bermain guitar dengan penuh keterujaan. Sudah agak lama dia tidak rasa seronok dapat bermain guitar. Setelah selesai persembahan malam itu, Adrian menarik Eizriena dan membisikan sesuatu kepadanya.
"Weyh, ada perempuan gila tu." Adrian sepertinya ketakutan.
"Perempuan gila? Siapa?" Eizriena tidak memahami maksud Adrian.
"Perempuan yang buat aku ada masalah dengan Jay tu. Natrisya Alia." Terkejut Eizriena mendengar nama perempuan itu.
"Mana?" Eizriena ingin mendapatkan kepastian.
"Arah jam, pukul 9."
Eizriena berpusing perlahan. Sah! Itu Natrisya yang sama yang datang makan malam di rumahnya dulu.
"Weyh, perempuan nilah, bakal adik ipar Dr.Aidan." Ujar Eizriena perlahan.
"Eee, perempuan gila ni. Aku tak selesalah. Jalan jauh sikit." Adrian menolak Eizriena.
Sedang mereka berjalan, Eizriena ternampak Rayyan duduk di kawasan VIP.
"Aku nak pergi kawasan VIP kejap. Kau tunggu aku tau. Wee, jaga Adrian kejap."
"Baik." Wee menjawab ringkas lalu menarik Adrian.
Eizriena sekali lagi berlari ke dalam dakapan Rayyan. Eizriena melihat ke dalam mata Rayyan dan memeluknya lagi.
"Good job sayang. Nice performance." Rayyan mengusap lembut kepala Eizriena.
"Thank you. I tak boleh lama-lama tau. I kena balik tidur. You pun, balik tidur jugak. Esok kena kerja kan." Eizriena meletakkan lembut tangannya yang kecil dan halus itu pada muka Rayyan.
Rayyan hanyak mengangguk faham sambil dia khusyuk merasai tangan Eizriena pada pipinya.
"Sayang, I want you to know something." Rayyan memandang Eizriena.
"Hmm."
"I cuma boleh sayang you sorang je dalam dunia ni." Rayyan mencium tangan Eizriena.
"Sweet betul you ni. Kim, bawak Rayyan balik. Anything just call me."
"No. I nak stay dengan you lama sikit." Rayyan memeluk Eizriena erat.
"Rayyan, please. I love you." Rayyan sekali lagi tekaku.
Eizriena tertawa melihat Rayyan kaku. Eizriena kemudian berlalu pergi selepas melambai kepada Rayyan.
"Dah, jom Adrian." Eizriena menarik rakannya itu.
"Weyh, weyh, weyh. Aku nak test kejap. Jom." Adrian pula menarik Eizriena.
Adrian berbisik sesuatu kepada Eizriena. Eizriena mengangguk tanda faham. Mereka berdua berlalu pergi menaiki motosikal milik Adrian. Eizriena memeluk Adrian dengan erat. Adrian berhenti di sebuah kedai 24 jam. Mereka membeli air dan kemudiannya berjalan berpegangan tangan. Eizriena melihat sekeliling. Sah! Natrisya sedang mengekori mereka.
"Weyh, takutlah. Aku risau kau nak balik ni." Eizriena sedikit risau.
"Kau balik rumah aku nak?" Soalan Adrian mengejutkan Eizriena.
"Woi, ada jugak kena tangkap khalwat nanti." Eizriena menolak.
"Ada mak dengan ayah akulah dekat rumah. Aku pun tak nak kahwin dengan kau." Adrian membuat muka.
"Tak apa. Kau jangan risau ok. Aku yakin dia tak akan boleh buat apa-apa dekat kau. Dah sampai rumah nanti, kau call aku." Ujar Eizriena lagi.
"Ok. Kalau dalam 15 minit aku tak call kau, kau kena cari aku. Deal?" Soal Adrian lagi.
"Ok."
Adrian menghantar Eizriena pulang. Eizriena memeluk Adrian erat. Dia bimbang akan nasib rakannya itu. Setelah Adrian pergi, Eizriena masuk ke dalam rumah dan menunggu selama 15 minit. Adrian menepati janjinya untuk menelefon Eizriena. Nasib baik selamat.
----
"Woi, bahaya betul perempuan tu." Inara yang mendengar cerita sedikit terkejut.
Eizriena dan Adrian hanya menceritakan bahagian mereka diekori, bahagian lain mereka potong bagi mengelakkan syak wasangka.
"Apesal perempuan tu obses sangat dekat kau? Risau aku." Ujar Inara lagi.
"Entahlah. Aku tak adalah handsome sangat pun." Adrian menghentakkan kepalanya pada meja kelas.
"Takut aku. Dahlah malam ni aku ada dinner dengan family dia. Tolonglah. Aku tak suka adik beradik dia. Yang kakak gila, adik tak betul." Eizriena menggelengkan kepalanya.
"Kakak dia gila?"
"Ye. Haritu aku keluar dengan uncle Aidan lepastu jumpa dia and kita orang pergi makan. Lepastu uncle Aidan pergi toilet. Then..."
----
"Eizriena kan? You rapat dengan Aidan?" Soal Laila secara spontan.
"Bolehlah. Mungkin sebab uncle tak ada adik kan." Ujar Eizriena dengan senyuman manis.
"You still tinggal dekat rumah Puan Mariani ke?"
"Haah. Sebab kadang-kadang bila nenek ada kes yang dia rasa menarik, dia selalu share dengan I. Well, I je pewaris dia." Kata-kata Eizriena membuatkan dia ditampar oleh Laila.
"You, jangan berangan nak jadi pewaris Puan Mariani. I je yang boleh mewarisi segalanya sebab I bakal menantu dia." Terkejut Eizriena.
Eizriena tidak membalas dan masih kaku sehinggalah Aidan kembali. Eizriena kemudian mengambil keputusan untuk berlalu pergi terlebih dahulu kerana dia bimbang akan ada orang yang cedera sekiranya dia terus berada di situ.
----
"Woi, gila betul adik beradik." Ujar Adrian tidak puas hati.
"Itulah. Aku pun risau." Ujar Inara lagi.
"Kalau aku tak bangun waktu tu, memang masuk hospital dah perempuan tu." Eizriena tersenyum sinis.
Kelas mereka tamat seperti biasa. Inara mempunyai urusan di pejabat akademik jadi Adrian dan Eizriena duduk menunggu di kafe. Sedang duduk, datang Natrisya secara tiba-tiba menampar Eizriena. Wah! Aku benci betul adik-beradik ni. Gila dua-dua.
"Woi, kau dah kenapa? Are you okay?" Adrian memegang lembut pipi Eizriena yang kemerahan.
"You, how dare you ambik Adrian daripada I?" Ayat Natrisya itu sedikit mengelirukan Eizriena dan Adrian.
"Ambik I daripada you? Hey, kita tak pernah kenal pun. You sibuk-sibuk kenapa?" Ujar Adrian yang bengang.
"Adrian, sampai hati you buat I macamni. I sayang dekat you tapi you pilih perempuan murahan ni." Eizriena hampir menumbuk muka Natrisya namun sempat dihalang Inara yang muncul entah dari mana.
"Ehh perempuan, kawan aku kata dia tak kenal kau. Kau tolonglah ada maruah diri sikit. Jangan sesuka hati mengaku orang tu hak engkau. Engkau tu yang murah." Ujar Inara lagi.
Eizriena dan Adrian yang terkejut. Wow! Inara mempunyai satu sisi yang sukar dilihat. Natrisya yang sangat geram akhirnya berlalu pergi.
"Kau okay?" Soal Inara sedikit risau.
"Nasib kau datang kalau tak memang hospital lah end up dia." Ujar Eizriena lagi.
"Dah jom. Penat aku duduk sini lama-lama." Adrian menarik Inara dan Eizriena beredar dari situ.
Malam itu, Eizriena tidak pulang ke rumah Puan Mariani. Dia malas bersua muka dengan adik beradik gila itu. Dia dan Adrian keluar berdua menaiki kereta. Adrian dan Eizriena keluar membeli barang keperluan kelab.
"No, aku tertinggal kad dekat rumah nenek." Eizriena sempat menjerit geram.
"Aku patah balik, kau pergi ambik. Cepat tau." Ujar Adrian lagi.
Eizriena pulang ke rumah Puan Mariani. Dia cuba sesenyap mungkin untuk naik ke biliknya namun sempat ditegur Puan Mariani.
"Rien? You home." Tegur Puan Mariani.
"Nenek, sorry. Rien tak nak kacau tadi, I just to grab my card for a while and nak keluar balik." Eizriena berjalan ke arah meja makan dengan senyuman manis.
"Apa guna your card. Nah, use mine." Aidan menghulurkan kadnya kepada Eizriena.
"Wow, thank you uncle." Eizriena tersenyum gembira namun riak wajah Laila berubah.
"You keluar dengan siapa?" Soal Aidan lagi.
"Dengan my friends, Adrian. Nenek knows him." Kata-kata itu merubah riak muka Natrisya pula.
"Ohh that boy, your boyfriend kan?" Puan Mariani tersenyum penuh harapan.
"Well, yes or no. Hahahaha. I pergi dulu, enjoy your meal everyone." Eizriena berlalu pergi.
Berderau darah. Laila dan Natrisya boleh tahan 'gila'.
"Urghh, aku sumpah harap uncle tak jadi kahwin dengan si Laila tu. Seram kut dia." Eizriena menggelengkan kepalanya.
"Aku rasa macam nak lari tau. Aku takut dengan perempuan tu." Ujar Adrian pula.
"Aku pun."
----
Selesai membeli barang, Adrian membantu Eizriena mengangkat beberapa barang ke dalam rumah Puan Mariani. Tanpa disangka, Keluarga Puan Zaharah masih di dalam.
"Ehh, dah balik dah. Sekejap betul beli barang?" Soal Tuan Ismail.
"Haah atuk, kedai tutup. Tak sempat beli semua barang." Ujar Eizriena sedikit gugup.
"Ini ke Adrian?" Soal Tuan Ismail lagi.
"Apa khabar uncle? Saya Adrian Harris." Adrian tersenyum malum
"Sopan, atuk suka." Tersenyum Tuan Ismail.
"Rien hantar Adrian kejap ya." Eizriena dan Adrian berlalu pergi.
Eizriena dan Adrian hanya mampu mengeluh. Apalah nasib mereka.
"Jumpa esok." Adrian memeluk Eizriena sebagai tanda semangat dan berlalu pergi.
"Kau memang tak makan saman." Suara Natrisya bergema pada gegendang telinga.
"Apa maksud kau?"
"Aku dah cakap, Adrian aku punya."
"Tapi dia tak pernah cakap kau ni sesiapa pada dia. Dah, buang masa aku cakap dengan kau." Eizriena bergerak masuk ke dalam rumah meninggalkan Natrisya kaku di luar.
"Missy, you dah makan?" Soal Aidan yang muncul entah dari mana.
"Ohh, dah uncle. Uncle, I have something to say."
"I'm listening."
"Rien tak suka tengok uncle dengan Laila tu. Sorry kalau uncle suka Laila tu tapi Rien tak suka." Ujar Eizriena tegas.
Aidan tersenyum dan tergelak kecil. Dia mengusap lembut kepala Eizriena. Laila hanya memerhati dari jauh. Dia kelihatan sangat marah.
"Kalau Rien tak suka, uncle lagi tak suka."