Sudah hampir beberapa bulan Eizriena dan Aidan pergi ke universiti bersama-sama. Namun, tiada sebarang perubahan pada hubungan mereka. Aidan pula kini sudah menjadi tunangan orang, dia sepatutnya lebih banyak meluangkan masa dengan bakal isterinya itu.
"Harini uncle tak payah ambik Rien tau. Rien ada meeting kelab." Eizriena cuba melenyapkan suasana sunyi itu.
"Meeting kelab untuk apa?" Soal Aidan sepertinya tidak mempercayai Eizriena.
"Untuk buat pertandingan. Hmm, more to charity event kut. Entahlah. Nanti baru nak bincang." Ujar Eizriena lagi.
"Ok." Balas Aidan selamba.
Kereta itu berhenti di hadapan bangunan fakulti undang-undang. Eizriena melambai Aidan dan berlalu pergi.
"Eizriena Aiyura, makin lama makin menarik perangai engkau kan?" Aidan tersenyum sinis dan berlalu pergi.
Eizriena berjalan seorang diri sebelum seseorang menahannya. Jay, rakan kelasnya merangkap salah seorang yang tidak mempunyai hubungan baik dengannya di kelas.
"Jay, kau nak apa?" Soal Eizriena.
"Kau, padanlah markah kau selalu elok setiap kali exam. Kau ada hubungan dengan pensyarah rupanya." Jay menuduh Eizriena.
"Hello, sedap mulut engkau je. Aku dapat markah elok sebab usaha. Bukan sebab aku ada hubungan dengan pensyarah. Lagi satu, pensyarah yang kau nampak tu, pak cik aku. Dia pun bukan pensyarah undang-undang. Dah tepi, aku nak pergi kelas." Eizriena menolak Jay.
Jay menarik tudung yang dipakai Eizriena. Terkejut Eizriena. Walaupun dia dah terbiasa membuka tudungnya namun, bukan di tempat di mana ramai orang mengenalinya. Kebetulan, Inara dan Adrian segera datang. Adrian menghalang Jay mendekati Eizriena manakala Inara menyarungkan kain yang ada ditangannya pada kepala Eizriena.
"Apa masalah kau? Bak balik tudung Eizriena." Adrian memarahi Jay.
"Buat apa. Perempuan ni depan je pakai tudung. Belakang bukak jugak. Munafik." Jay berteriak lagi.
"Jay, kau jangan melampau. Bagi balik tudung aku!" Eizriena menjerit lagi.
"Kau nak sangat kan tudung kau. Nah." Jay melemparkan tudung Eizriena ke atas tanah lalu memijak-mijaknya.
Adrian yang hilang sabar segera menumbuk Jay. Inara segera menarik Adrian dan memintanya berhenti.
"Kau dah lebih Jay. Kau nak marah aku, jangan lepas dekat Rien. Dia tak bersalah." Adrian menjerit kemarahan.
Jay tersenyum sinis dengan mukanya yang lebam dan berlalu pergi. Adrian dan Inara segera membawa Eizriena pergi dari situ. Mereka ke bilik kelab muzik. Inara pergi mendapatkan tudung lebih daripada kelab menjahit dan meninggalkan Eizriena dan Adrian berdua.
"Kau buat apa dekat Jay? Mengamuk teruk dia." Soal Eizriena.
"Dia marah sebab orang yang dia suka, suka dekat aku. Masalahnya aku tak suka pun perempuan tu." Adrian mengeluh panjang.
"Perempuan mana pulak ni? Peninglah aku."
"Alah budak baru kelas UN10 tu. Apa nama dia, Natrisya Alia rasanya." Terkejut Eizriena mendengar nama itu.
"Natrisya Alia? Tak kan lah. Tak, bukan dia." Eizriena berceloteh sendirian.
"Ehh, malam ni, kau nak tumpang macam biasa ke?" Soal Adrian mengalihkan topik.
"Haah. Thank you. Haih, kesian Inara berlari cari tudung untuk aku." Eizriena serba salah.
"Kenapa kau tak bukak je? I mean, jangan salah faham."
"Tak aku faham. Adrian, kau dah lama kawan dengan aku, kau pun faham family aku macamana." Eizriena tersenyum lemah.
"Faham. Ikut suka kaulah, yang penting aku tak akan mempersoalkan kau kalau kau bukak or pakai tudung sekalipun. Itu hak kau." Ujar Adrian lagi.
"Thank you." Eizriena tersenyum sebelum seketika kemudian Inara masuk lalu mengunci pintu.
"Weyh, aku rasa baik kita ponteng kelas harini." Inara sepertinya ketakutan.
"Kenapa?" Soal Adrian sedikit cuak.
"Idz kena pukul rupanya semalam. Dia dekat hospital. Aku tak rasa kelas tempat yang selamat." Ujar Inara lagi.
"Aku datang dengan motor aku. Sorang muatlah, dua orang tak muat dah." Ujar Adrian lagi.
"Weyh, tak selamat. Jom kita lari pergi bangunan fakulti lainlah." Ujar Eizriena pula.
"Boleh. Adrian kau perlahan-lahan bawak motor kau. Kita orang tunggu dekat bangunan fakulti kejuruteraan okay." Inara memberi arahan.
"Okay." Mereka bertiga pun bergerak meninggalkan fakulti mereka.
Kelas Eizriena, UN06 merupakan kelas yang digelar 'puaka'. Bukan kerana terdapat makhluk halus namun kerana perangai pelajar-pelajar kelas tersebut. Walaupun perangai mereka teruk, mereka bagaimanapun tetap cemerlang akademik membuatkan pihak universiti tidak mengambil sebarang tindakan dan hanya memberikan surat amaran sekiranya pelajar membuat masalah. Buli, vandelism dan segala masalah lain merupakan perkara yang lazim di dalam kelas itu. Siapa yang mampu bertahan akan bertahan dan sekiranya tidak, mereka akan menumpang di kelas lain ataupun lari. Kelas itu juga menempatkan majoriti anak kepada penderma terbesar di universiti itu.
"Kau parking motor tu sorok-sorok tak?" Soal Inara.
"Dah sorok. Erghh, seram betulah. Aku rasa dah tak selamat nak belajar." Adrian menundukkan kepala tanda kecewa.
"Aku pun dah penat. Haihh." Mereka bertiga mengeluh serentak di meja kafeteria itu.
Seketika kemudian, Eizriena mendapat satu panggilan daripada Aidan. Alamak, jangan cakap dia nampak aku dekat sini.
"Uncle, before anything please let me explain." Eizriena cuba menyelamatkan diri.
"I dah tahu. You okay ke?" Soal Aidan yang sedikit risau.
"Okay tapi Rien terpaksa skip kelas harini. Sorry uncle." Ujar Eizriena sedikit takut.
"Its okay. You dekat mana sekarang missy?"
"Dekat kafeteria fakulti kejuruteraan dengan Inara dengan Adrian."
"Wait there." Panggilan itu dimatikan.
"Kenapa? Dr.Aidan ke yang call kau?" Soal Inara.
"Eee, formal sangatlah Dr.Aidan. Hahahahaha." Eizriena cuba menghiburkan hatinya.
"Apa Dr.Aidan nak?" Soal Adrian pula.
"Dia tanya aku dekat mana, dengan siapa, selamat ke tidak. Itu je." Eizriena menjawab lemah.
"Sayang jugak Dr.Aidan dekat kau kan." Inara tersenyum penuh maksud.
"Hoi, pak cik aku tu. Agak-agaklah. Lagipun dia dah bertunang." Adrian dan Inara hanya mengangguk tanda faham.
Seketika kemudian Aidan sampai dan dia memeluk Eizriena. Terkejut! Itu ekspresi yang mampu diberikan kepada Aidan.
"Are you ok?" Soal Aidan risua.
"Ok je. No worries." Eizriena tersenyum manis.
"Awak semua belajar dekat bilik sayalah harini. Saya izinkan awak guna ruang depan." Kata-kata Aidan membuatkan mereka tersenyum gembira.
"Terima kasih, Dr.Aidan." Inara dan Adrian tersenyum gembira namun Eizriena masih lagi tidak mempercayai lelaki itu adalah pak ciknya.
Seharian, mereka belajar di dalam bilik Aidan. Saat belajar, mereka sangat tekun. Mereka tidak mahu ketinggalan. Menjelang waktu makan, Aidan datang menghantar makanan kepada mereka dan pada waktu petang Aidan memastikan mereka pulang dengan selamat. Eizriena pada petang itu pulang ke rumah sewanya.
"Weyh aku dengar pagi tadi teruk. Kau kena dengan Jay kan? Apa jadi? Aku dengar lepastu kau hilang?" Anis separuh mati risau akan Eizriena.
"Anis, mana kau dengar cerita ni. Kau bukan duduk universiti lain ke? Aku ok je. Aku lari duduk office uncle aku dengan Inara dengan Adrian. Nasib kita orang lari kalau tak confirm Adrian masuk hospital." Ujar Eizriena sedikit lega.
"Weyh, tolonglah jawab call kalau kita orang call kau. Risau tau." Sarah mengetuk kepala Eizriena.
"Hahahahaha. Okay, lain kali aku jawab. Sorry korang." Eizriena memeluk erat rakan-rakannya itu.
Pada sebelah malam, Eizriena keluar bersama Adrian. Adrian seperti biasa memarkir motosikalnya di tempat pekerja.
"Adrian, tak boleh bukak helmet." Eizriena meminta tolong.
"Meh sini." Adrian membantu Eizriena.
Mereka berdua kemudiannya berjalan masuk ke dalam dan melihat James yang menyambut mereka dengan senyuman.
"Wuihh, itu dia hero kita. Lari daripada kena tumbuk." James memerli Adrian.
"Wee, kau cerita dekat James kan? Malu aku." Adrian menutup mukanya dengan kedua tangannya.
"Hahahahaha sorry bro." Wee menepuk lembut bahu Adrian.
Berseloroh tawa memenuhi bilik itu. James membisikkan sesuatu kepada Rien.
"Ada orang tunggu kau dekat bilik sebelah." Bisik James.
"Okay." Eizriena kemudian meminta diri seketika.
Dia berjalan ke bilik sebelah dan mendapati Rayyan sedang menunggunya dengan gelisah. Dia berlari ke dalam pelukan Rayyan. Dia gembira dapat melihat Rayyan setelah sekian lama.
"I miss you. Miss you so much sayang." Rayyan memeluk erat Eizriena.
"Miss you too." Eizriena tersenyum gembira.
Rayyan kemudian memegang lembut muka Eizriena dan memeriksa keadaan Eizriena.
"Kenapa you check I macamtu?" Soal Eizriena.
"I dengar tentang kes you pagi tadi. You betul ok? I dah suruh Kim settle kan everything. No worries ok. Kenapa you tak bagitahu I sayang? I boleh mati fikir yang ada orang cuba cederakan you." Ujar Rayyan lagi.
"As long as I tak masuk hospital then everything is ok. Don't worry ok." Ujar Eizriena lagi.
"Sayang, jom kita kahwin. I boleh jaga you. I takut orang apa-apakan you." Ujar Rayyan lagi.
"Rayyan, I ok. Risau sangat you ni. You nak kahwin dengan I boleh tapi you kena jumpa ayah I. I ok je." Ujar Eizriena lagi.
"I nak sangat. Tapi, I nak you habis belajar dulu, enjoy masa muda dulu. Nanti you dah kahwin dengan I, banyak tanggungjawab you." Rayyan mengulas lembut rambut Eizriena.
"Thank you. Thank you sebab faham I. I...I love you." Itu kali pertama Eizriena berkata begitu kepada Rayyan sepanjang tempoh perkenalan mereka.
Rayyan terkejut dan sepertinya terus kaku. Eizriena tersenyum. Dia mencubit lembut pipi Rayyan dan kemudian dia bergerak ingin meninggalkan bilik itu.
"Kim, jangan lupa tengok I main kejap lagi." Eizriena tersenyum dan berjalan meninggalkan bilik itu.
"Tuan Rayyan, Tuan Rayyan. Haihh, Cik Eizriena dah macam ahli magik. Satu perkataan je dah mampu buatkan Tuan Rayyan kaku." Kim menggelengkan kepalanya.