Chereads / Mr.Cousin, Mrs.Lawyer / Chapter 6 - -6-

Chapter 6 - -6-

Cuti Eizriena di Thailand tamat. Seronok! Dia dapat menghabiskan masa tanpa sebarang beban dan masalah di sekelilingnya.

"Selamat pulang Tuan Rayyan, Cik Eizriena." Kim tersenyum menyambut kepulangan pasangan itu.

"Hi Kim. Rayyan, saya balik dulu ya. Thank you for everything." Eizriena tersenyum manis.

"Thank you too sayang for spending time with me. Nak mintak driver hantarkan you balik tak?" Soal Rayyan lagi.

"Tak apa. I nak singgah jumpa supplier dropship kejap. Bye Rayyan. See you later." Eizriena memeluk erat Rayyan dan berlalu pergi.

"Eizriena." Rayyan mengelamun sendirian.

"Tuan." Panggilan Kim menyedarkan lamunan Rayyan.

"Ohh ya Kim." Rayyan tersedar.

"Tuan ada banyak kerja nak kena siapkan. Jadi saya mintak untuk tuan fokus dan lupakan Cik Eizriena sekejap."

"Saya boleh fokus kerja tapi untuk lupakan Eizriena sekejap, susah Kim. Kim awak nak dengar cerita? Masa dekat Thailand kan...." Dan Kim serta pengawal peribadi Rayyan pun menadahkan telinga mendengar cerita yang 'bersemut' itu.

----

Eizriena masuk ke dalam rumah Tuan Ismail. Dia disambut mesra oleh Puan Mariani yang kebetulan ada di rumah hari itu.

"Rien, you dah balik. I miss you." Puan Mariani memeluk erat cucu saudaranya itu.

"Nenek. I miss you too. I am so sorry, I tak beli apa-apa sebab I memang niat nak pergi bercuti je." Eizriena serba salah.

"Its okay. No worries. Dah, pergi naik atas and rest dulu. I have something to told you during dinner." Puan Mariani menolak Eizriena.

"Something?" Eizriena tertanya.

"Adalah. You naik atas dulu, rehat. I told you later." Ujar Puan Mariani lagi.

Sebelum sempat dia membuka pintu biliknya, dia ditegur 'manja' oleh Aidan.

"Baru balik missy?" Suara Aidan membuatkan darah Eizriena berderau.

"Hi uncle. Umm, haah. Baru je sampai. Rien nak rehat dulu uncle." Tak sempat dia memusing tombol pintu, Aidan menahannya lagi.

"You don't answer my call."

"Ohh, haah. Kan tukar nombor international. Rien bagi nombor tu dekat beberapa orang je. Rien ada bagi nenek. Uncle cari Rien ke?" Soal Eizriena ingin menutup kesalahannya.

"Haah. Ingatkan kena culik dengan alien sampai tak reti jawab call orang." Kata-kata Aidan masih mampu membuatkan Eizriena tersenyum.

"Sorry uncle. Uncle risaukan Rien ke? Next time Rien tak buat dah, janji." Eizriena memberikan tanda peace dan berlari masuk ke dalam biliknya.

Aidan hanya menggelengkan kepalanya. Dia tersenyum melihat gelagat anak buahnya yang padanya agak comel. Seketika kemudian, dia dihubungi seseorang.

"Hello."

"Hello sayang, you buat apa?"

"Stop calling me sayang Laila. I rimas tahu tak." Aidan mengeluarkan nada menyampah.

"Alah sayang, nanti kita dah kahwin pun you tetap kena biasakan diri panggil I sayang." Perempuan bernama Laila itu tidak takut dengan Aidan yang berwatakan sebegitu.

"Apa you nak ni?" Soal Aidan semakin menyampah.

"I cuma nak ingatkan you yang jauh manapun you pergi dalam dunia ni, I tetap akan kejar you sayang. Mark my words." Laila kemudian meletakkan panggilan tersebut.

"Crazy girl."

Malam itu, Puan Mariani meminta Eizriena untuk bersiap memakai baju yang sedikit elok. Sepertinya akan ada tetamu di rumah.

"Siapa nak datang nenek?" Soal Eizriena yang sedang membantu Bibik Susan di dapur.

"Hah, rahsia. Tak apa nanti kita kenal-kenal." Puan Mariani tersenyum penuh rahsia.

"Okay, menarik your guest ni." Eizriena hanya mampu tertanya.

"Dear, Aidan tak turun lagi ye?" Soal Tuan Ismail yang muncul dari depan.

"Ehh belum turun? Tak apa, biar I panggil." Sebelum sempat Puan Mariani pergi, Eizriena menghalang.

"Takpe nenek. Biar Rien panggil." Eizriena meninggalkan kerjanya lalu berjalan naik memanggil Aidan.

Pintu bilik Aidan diketuk sebelum Aidan menyuruhnya masuk. Terkejut Eizriena melihat Aidan tanpa baju.

"Uncle, mama ehhh nenek panggil turun." Eizriena cuba mengelak untuk memandang Aidan.

"Kejap, I need to choose my shirts. Pilihkan untuk I please." Aidan meminta tolong Eizriena.

"Ok." Eizriena menjawab ringkas sebelum bergerak ke arah almari.

Sedang dia memilih baju, dia sendiri keliru. Kenapa baju dia nampak outdated? Secara tidak sengaja, Aidan yang berada dibelakangnya kini mendekatinya secara perlahan. Eizriena berdiri kaku. Aidan berada tepat dibelakangnya. Di boleh rasa nafas Aidan. Aidan menghulurkan tangannya perlahan untuk memilih baju. Eizriena terkaku namun dia segera sedar dari lamunan dan menarik baju berwarna hitam.

"Nah." Eizriena menyerahkan baju itu kepada Aidan.

"Ohh thank you. Missy, you demam ke?" Soal Aidan yang terkejut melihat muka Eizriena kemerahan.

'Bodoh! Sebab kaulah muka aku merah woi.' Eizriena hanya mampu tersenyum manis kerana dia tidak tahu ingin membalas apa.

Aidan mendekatkan dirinya sekali lagi dengan Eizriena. Dia meletakkan tangannya lembut di atas dahi Eizriena.

"Tak adalah panas sangat. Kalau you tak sihat, bagitahu mama. Nanti dia risau." Aidan berkata sebelum dia kemudiannya hilang ke dalam bilik mandi.

Eizriena segera keluar dari bilik itu. Dia kemudian menampar dirinya beberapa kali. Woi gila. Tak boleh. Salah. Aduh Eizriena Aiyura.

"Kalau aku tahu aku biar atuk je naik tadi." Eizriena kemudian turun semula ke bawah.

Malam itu, mereka didatangi sebuah keluarga yang asing pada Eizriena. Katanya, kawan baik Puan Mariani. Aidan kelihatan tidak selesa namun dia masih mampu mengawal dirinya.

"Rien, nenek kenalkan, Aunty Zaharah dan Uncle Rahimi. Ni anak dia orang Laila Arisa dan Natrisya Alia." Puan Mariani memperkenalkan keluarga itu.

"Nice too meet you uncle, aunty." Eizriena menyapa mesra.

"Inilah cucu you yang ambik law tu Mariani? Cantik. Dah ada boyfriend belum?" Soalan Puan Zaharah itu hanya membuatkan Eizriena tersenyum.

"Hahahahaha. Belum aunty, tak puas lagi nak manja dengan nenek." Eizriena memeluk lengan neneknya.

"Hahahahahaha. Manja cucu you ni Mariani." Tuan Rahimi menyampuk dengan senyuman.

"Hahahahahahaha, memang. Manja sangat. Jomlah kita makan terus." Ajak Puan Mariani.

Eizriena duduk disebelah Aidan setelah ditarik sebentar tadi. Pelik betul, tak suka tapi tarik jugak. Makan malam yang dipenuhi dengan gelak tawa orang dewasa. Eizriena tidak suka mengambil tahu. Dia lebih memilih untuk senyap.

"Laila sekarang kerja dekat mana?" Soal Puan Mariani.

"Laila sekarang kerja dekat Hospital Besar aunty. Biasa biasa je aunty, dermatologist berbayar." Eizriena yang terkejut mendengar kata-kata Laila.

'Aku tak tahu dia nak berlagak ke apa tapi aku tak suka perempuan ni.' Eizriena hanya mampu menyuarakan pendapatnya di dalam hati.

"Aidan sekarang ni pensyarah kan?" Soalan Puan Zaharah membuatkan Aidan tersenyum.

"Betul aunty. I teach dekat universiti yang Eizriena study. Adalah orang nak tengokan Eizriena." Manis senyuman Aidan malam itu.

Hampir tersedak Eizriena. Woi! Handsome rupanya Aidan ni kalau senyum. Eizriena hanya tersenyum kembali.

"Ohh, rapat ya Aidan dengan Eizriena." Ujar Tuan Rahimi pula.

"Bolehlah. Macam adik beradik. Tanggungjawab abang kepada adiklah katakan." Tuan Ismail menambah.

"Adik dengan abang. Lega I dengar. So jadilah rancangan kita, Mariani?" Soal Puan Zaharah sedikit meninggalkan tanda tanya pada Eizriena.

"Jadilah. I pun tak sabar." Tambah Puan Mariani.

"Rancangan apa atuk?" Soal Eizriena ingin tahu secara tiba-tiba.

"Nenek nak Laila dengan Aidan bertunang hujung minggu ni." Ternganga mulut Eizriena mendengar berita itu.

Aidan tidak memberikan sebarang reaksi sebaliknya, Laila kelihatan sangat teruja. Sah! Nenek paksa Aidan.

"Wah, menarik. I am so excited. We need to buy new clothes. Kenapa nenek tak bagitahu Rien?" Soal Eizriena lagi.

"Well, suprise." Berseloroh ketawa memenuhi ruang makan.

Selesai makan, Tuan Ismail, Tuan Rahimi, Puan Zaharah dan Puan Mariani duduk bersembang di ruang tamu. Laila dan Aidan bersembang di luar manakala Natrisya bermain dengan kucing peliharaan Aidan. Pada waktu itu, Eizriena mendapat panggilan daripada Rayyan. Dia ke dapur bagi mengelakkan suaranya didengari.

"Hello." Suara Eizriena lembut menyapa.

"Hi sayang. You dah makan?" Soal Rayyan.

"Dah. You dah makan?"

"I nak makan tapi tak ada you, I rasa tak ada selera nak makan." Eizriena tertawa kecil mendengar telatah Rayyan.

"Mengada. Suruh Kim suap you."

"Eee tak nak Kim suap. I nak you."

"Mengada kan you ni. I tak nak gelak tau sebab ada tetamu."

"Ohh, siapa datang?" Soal Rayyan ingin tahu.

"Kawan nenek I. Dia orang datang sebab nak uncle bertunang dengan anak dia orang. Laila nama tunang dia."

"Laila? Keluarga Tuan Rahimi ada dekat rumah you?" Rayyan sedikit terkejut.

"Haah, lah yang you terkejut sangat kenapa?"

"Tak...tak ada apa. By the way, you pergi main dekat kelab tak malam ni?"

"Hmm, tak kut. Esok maybe I pergi. Malam ni line tak clear."

"Hahahahaha faham. Tak apalah sayang, nanti lepas kita dah kahwin I izinkan you pergi setiap malam. Dengan syarat I temankan you."

"Ehh, jauh you fikir. Boleh. Asalkan you tak sekat kebebasan I."

"Maksudnya you nak kahwin dengan I lah kan?"

"Entah. Hahahahaha. Oklah Rayyan, I need to go. See you around later."

"Okay sayang. See you. I love you." Panggilan tersebut ditamatkan.

Eizriena tersenyum gembira. Namun, dari jauh, dia sedar seseorang sedang mencuri dengar perbualannya dengan Rayyan. Natrisya Alia. Sebelum sempat ditegur, dia lari daripada kawasan dapur.

"Weird."