Download Chereads APP
Chereads App StoreGoogle Play
Chereads

A love from crazy CEO

Okikayo_Kitchen
--
chs / week
--
NOT RATINGS
6.5k
Views
Synopsis
" So, berapa harga you untuk.. let say, one week? Hunder k? Two hundreds K? Or five hundreds K?" Gara gara terlihat kelibat Admirah di kelab malam, Harris mula menjejaki gadis itu. Hati lelakinya mahukan gadis itu. Walau apa pun harga yang akan dia tanggung, termasuklah dengan membeli resort tempat Admirah bekerja. "Tujuan I call u ni sebab nak tawarkan satu jawatan penting" Harris "Jawatan apa?" Admirah "Pembantu peribadi saya."Harris " Terus terang saya cakap, saya lebih rela jadi tukang cuci daripada jadi pembantu peribadi encik."Admirah Disebabkan ego, Harris tunaikan juga permintaan Admirah yang mahu jadi tukang cuci. Biar gadis itu rasa! Namun, sakit pula hatinya apabila gadis itu seakan akan bahagia dengan perkerjaan barunya. Sudah puas Admirah menolak, menumbuk dan tampar lelaki yang bernama Harris itu, namun lelaki itu tidak pernah putus asa. Akhirnya, Admirah menuturkan dua syarat. "Awak janji akan jadi isteri saya kalau saya mampu tunaikan apa yang awak mahu tu.? Isteri? Gulp! Bila masa pula dia sebut pasal nak jadi isteri lelaki ni.?
VIEW MORE

Chapter 1 - Night club

Diana memandang sekeliling. Bunyi bingit lagu yang diputarkan oleh DJ langsung tidak diendahkan. Pandangan mata melihat ke segenap penjuru, mencari kelibat seseorang.

Sesekali dia memejam celikkan mata apabila kepala mula rasa sakit kerana lampu neon yang tergantung di atas kepala mula bertukar warna setiap beberapa saat. Ditambah pula dengan suara pekikan dan bunyi muzik yang kuat, menyebabkannya tidak sabar sabar mahu keluar dari tempat tersebut.

Namun, diabtahu dia tidak mungkin akan keluar dari situ dengan tangan kosong. Dadahnya mula sesak dengan asap rokok yang memenuhi ruang lantai tarian ketika dia mula menerjah bilik bilik yang hanya ditutup dengan tirai jarang.

Jantung seakan akan mahu berhenti berdegup setiap kali dia menyelak tirai tersebut. Dalam hati tidak putus putus berdoa dia masih belum terlambat.

***

Harris menyandarkan badan sambil bibir menghembuskan asap rokok. Sesekali dia menjeling gadis gadis teman sosial di sebelah. Gadis gadis tersebut cuba menarik perhatiannya dengan mengajaknya berbual sambil tangan masing masing tidak henti henti merayap dibadannya.

Kalau dulu, pasti itulah yang dia suka. Sentiasa dilayan dan dibelai oleh GRO. Mereka seolah olah sudah dilatih untuk memastikan setiap pengunjung di kelab malam tersebut 'terhibur' dan 'puas'.

Namun, entah kenapa sejak kebelakangan ini semua itu sudah tidak mampu membuatkan hidupnya gembira. Adakah dia sudah jemu dengan kehidupan begini?

"Sayang, nak minum tak? I ambilkan"

Lamunan Harris terhenti apabila suara lunak Maya menyapa telinganya. Maya merupalam GRO yang memjadi antara gadis peneman sosial paling disukai di kelab malam tersebut.

Maya mengambil minuman di atas meja, lalu menghulurkannya kepada lelaki itu. Baginya, malam ini merupakan malam yang tidak harus dilepaskan. Semua orang di dalam kelab malam ini tahu siapa Harris.

Lelaki berpoket tebal yang memiliki rupa paras kacak, sering menjadi rebutan GRO di sini. Dengan hanya menemani lelaki itu semalam sahaja pun sudah menampung perbelanjaan kehidupan mereka selama sebulan.

Siapa yang tidak suka? Setakat ini rasanya belum ada mana manan GRO yang berjaya menemani Harris sehingga ke katil.

Maya bertekad tidak akan mensia siakan peluang keemasan ini. Dalam kepala Maya sudah terbayang habuan yang akan diterimanya jika dia berjaya menundukkan Harris. Pasti selepas ini, berebut rebut lelaki kaya mahu melangganinya.

Lagipun, teringin juga dia 'menikmati' tubuh sasa Harris. Sudahlah bertubuh sasa, wajah tampan pulak tu.

"Sayang, malam ni temankan I boleh? Maya cuba melingkarkan tanganya dileher Harris. Wajahnya didekatkan ke wajah lelaki itu, cuba untuk menjamah bibir milik Harris.

"Bos, apa macam? Seronok?" Maya ketap bibir apabila aksinya diganggu dengan kemunculan Alan, pemilik kelab malam itu.

"Uh, sorry, sorry. I ganggu you all ke?" Alan bertanya apabila dia perasankan jelingan tajam Maya.

"Aku bosan." Harris bersuara akhirnya, setelah sekian lama berdiam diri. Sebatang rokok dikeluarkan lagi dari kotaknya sebelum dicucuh dengan api.

"Eh, kenapa pulak? Bukan ke you sedang ditemani bidadari bidadari cantik? Alan bertanya lagi sambil memandang anak anak buahnya. Sempat juga dia berbalas pandangan dengan Maya.

"Aku bosan. Tak ada orang lain ke? Asyik asyik muka yang sama je." Harris bertanya selamba.

Sungguh, naik muak juga dia menghadap muka perempuan yang sama. Layanan pun sama. Langsung tak ada peningkatan.

"Err, tapi mereka ini yang terbaik" Alan mula gelisah. Bimbang jika Harris tidak mahu lagi mengunjungi kelab malamnya.

Harris merengus kasar. Baru sahaja dia mahu menyedut rokok di tangan, pandangan matanya terhenti pada sesuatu.

"Her. I want her."

"Siapa?" Alan spontan menoleh ke arah yang dimaksudkan.

"Dia. Yang pakai long dress hitam tu."

Alan dan Maya saling berpandangan buat kali kedua sebelum Alan mengalihkan pandangan kepada gadis yang dimaksudkan oleh Harris.

"Err, rasanya tu bukan anak buah I. Maybe guest. I tak pernah nampak dia pun sebelum ini."

"Aku peduli apa. Kau nak business ke tak? Kalau nak, pergi dapatkan dia. Hantar ke apartment aku malam ini jugak!