"Damn!" Harris melempar fail berkulit keras ke lantai sehingga Hilmi, pembantu peribadinya spontan mengelak ke tepi.
Harris merenung lelaki itu tajam. Satu lagi fail dicapai, diselak ala kadar sebelum dicampak lagi ke lantai.
Hilmi terpaksa mengelak buat kali kedua apabila fail yang dilempar oleh bosnya itu menuju tepat ke mukanya. Seolah olah lelaki itu sengaja berbuat demikian.
"Siapa suruh kau mengelak? Jerkah Harris kuat. Hilmi tersentak. Air liur yang di telan terasa pahit. Bimbang bosnya itu semakin naik darah.
"Sorry bos. Err, janganlah marah." Hilmi menjawab terketar ketar. Raut wajah lelaki itu sudah mula pucat.
"Sampah apa yang kau bagi dekat aku ni,hah?!" Satu lagi fail melayang, hampir mengenai kepala Hilmi, membuatkan lelaki itu spontan tunduk.
Bulat mata Harris melihat tindakan pembantunya itu.
"Sorry bos, tindakan refleks." Hilmi cepat cepat berkata sambil tersengih serba salah.
Dia sendiri tidak tahu apa yang merasuk bosnya pada hari itu. Rasanya semalam ceria sahaja. Tiba tiba hari ini datang pejabat dengan aura naga. Namun, dia tidak hairan pun. Kadangkala mood bosnua itu susah nak diramal. Kalah perempuan datang bulan.
"Berani betul kau!" Harris berkata sebelum tangan menarik laci dan mengeluarkan sepucuk pistol. Picu ditarik, lalu dihalakan ke arah pembantunya itu.
"Err, bos nak bunuh saya ke? Jangan bos, saya masih bujanh lagi. Belum kahwin." Hilmi berkata tergagap gagap, namun sempat dia bergutau. Dengan harapan kata katanya itu mampu membuatkan niat bosnya berubah.
Harris merenung tajam wajah ketalutan pembantunya itu. Hilmi sudah lama bekerja denganya sebagai pembantu peribadi. Dia masih ingat lagi sewaktu mengambil lelaki itu berkerja dengannya lima tahun lepas.
Ketika itu dia ternampak Hilmi bergaduh dengan samseng jalanan di lorong Kasim Selamat. Entah apa yang digaduhkan, dia pun sudah lupa. Dia sebetulnya malas masuk campur ketika itu. Namun, entah kenapa hatinya rasa kasihan pula melihat lelaki itu teruk dibelasah.
Dengan baju sekolah yang berlumuran darah, dia mengandaikan ketika itu Hilmo tidak lebih daripada usia 17 tahun manakala orang yang membelasahnya pula kelihatan berumur 20 hingga 29 tahun.
Ketika di zaman persekolahan, dia juga pernah dibuli oleh senior senior. Mereka gemar memanggilnya anak manja memandangkan ketika itu dia sering dihantar dan diambil oleh pemandu peribadi papanya.
Namun, setiap kali dia dibuli teruk sehingga habis tubuh dan mukanya luka, dia pasti akan berbohong kepada mama dan papanya mengatakan yang dia terjatuh di sekolah.
Melihat Hilmi yang dibuli ketika itu menyebabkan rasa marah dan dendam kembali muncul dalam dirinya. Sudahnya, habis lembik semua dikerjakan. Sebagai balasan, Hilmi berjanji akan setia kepadanya sehingga ke akhir hayat lelaki itu.
Nampaknya, setakat ini Hilmi memang mengotakan janjinya. Tapi, itu bukanlah sebab kenapa dia masih menyimoan lelaki itu dan menjadikan lelaki itu sebagai pembantu peribadinya.
Antara ramai ramai pekerjanya, entah kenapa dia lebih suka dan selesa dengan perwatakan Hilmi. Lelaki itu kini sudah pun mejejak ke umur 22tahun, namun dia nampak lebih matang daripada usianya.
Apa saja masalah yang dia hadapi, pasti Hilmi mampu memberi cadangan penyelesaian. Namun, kadangkala sakit hati juga dengan sikap ketidakcekapan lelaki iti dalam melakukan tugas tugas resmi. Contohnya, menaip dan menyediakan report. Huh! Sakit jiwa dibuatnya.
HHQ Berhad yang diwarisi daripada arwah papanya merupakan syarikat yang menguruskan import eksport kayu balak dari negara ini ke negara luar. Sejak kedua dua orang tuanya meninggal dunia 10tahun lepas, dia terpaksa mengambil alih kesemua perniagaan milik orang tuanya walaupun ketika itu dia hanya berumur 21tahun.
Ketika itu, dia sedang berada di ambang keseronokan zaman remaja. Namun, dia juga tidak mampu menolak tanggungjawab tersebut dan tidak mahu menjadi punca kehancuran hasil titik peluh arwah papanya.
"Sorrylah bos. Bos sendiri tahukan saya sekolah tak tinggi mana. Setakat spm saja. Saya mana pandai nak tulis report ni semua."
Hilmi bersuara, menyebabkan Harris sedar daripada lamunan panjangnya. Harris tarik nafas dalam dalam. Tangan yang masih lagi mengacukan pistol kearah Hilmi, ditarik kembali sebelum pistol tersebut diletakkan diatas meja.
Hilmi spontan menarik nafas lega. Walaupun dia sudah acap kali dilayan begitu oleh Harris, namun dia bimbang juga kalau kalau bosnya itu betul betul mahu membunuhnya. Walaupun rekod lelaki itu masih bersih, yakni tangan lelaki itu masih belum mencabut sebarang nyawa lagi, tapi tidak mustahil dia yang bakal mencipta sejarah menjadi orang pertama dibunuh oleh bosnya itu.