"Maafkan saya Admirah, hanya ini sahaja yang mampu saya lakukan"
"Tapi, Encik Fuad kita tidak boleh putus asa macam itu sahaja."Admirah berkata bersungguh sungguh, cuba meyakinkan lelaki separuh usia yang sedang duduk di hadapannya itu. Encik Fuad hanya mampu tersenyum tawar.
"Admirah, saya tahu awak sayangkan tempat ini. Saya pun begitu. Malah, tempat inilah yang menjadi titik tolak saya memulakan kehidupan. Disini hidup saya bermula dan saya berharap hidup saya akan berakhir di sini juga. Tapi, takdir Allah tiada siapa pun mampu halang. Saya percaya, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.
"Cuma, saya minta maaf kepada awak dan staf staf yang lain kerana saya tidak mampu mempertahankan resort ini. Insya Allah, saya akan cuba berikan pampasan kepada semua staf. Saya juga minta Admirah dan staf yang lain faham keadaan saya. Tak banyak yang mampu saya berikan." Encik Fuad berkata sedih.
"Encik Fuad janganlah cakap macam tu. Kami tak pernah mengharapkan pampasan pun. Kami semua faham apa yang Encik Fuad dan resort ni hadapi. Kami cuma harap kami mampu lakukan sesuatu demi menyelamatkan resort ni. Jawab Admirah lagi.
Terdengar suara keluhan berat dilepaskan oleh Encik Fuad. Lelaki itu kelihatan seperti sudah berputus asa.
"Percayalah, kalau ada cara apa sekali pun yang mampu kita gunakan untuk selamatkan resort ni, sayalah orang yang paling gembira. Tapi, teru terang saya katakan memang tak ada apa lagi yang mampu kita lakukan. Resort ni akan tutup dalam masa sebulan.Jadi saya minta tolong kepada awak buat kali terakhir, tolong inform kepada semua staf apa yang sedang berlaku. Saya tak punya kekuatan untuk lakukan itu." Ada air mata bergenang di tubir mata lelaki tua itu.
Admirah hanya diam. Tak mampu untuk berkata. Dia faham benar perasaan lelaki itu.Dia baru empat tahun bekerja dekat resort itu pun terasa sayang terhadap resort ni. Apatah lagi lelaki tua dihadapannya ini.
Namun, Admirah seperti tidak puas hati.Baginya, setiap masalah pasti ada jalan penyelesaian dan dia yakin mereka pasti menemui jalan untuk menyelamatkan resort ni.
"Macam mana dengan klien semalam? Mereka tidak berminat untuk melabur dengan resort ni ke?" Tanya Admirah apabila teringat akan majlis makan malam yang telah diaturkan semalam. Encik Fuad hanya berdiam diri.
Resort Kasih Sayang mengamalkan konsep Back to Nature. Biarpun resort itu tidak besar dan agak ketinggalan zaman, namun dia yakin resort itu ada tarikanya sendiri.
"Mereka kata resort ni dah tak ada potensi untuk dimajukan. Terlalh banyak benda yang perlu dilakukan jika ingin resort ini kembali diterima pengunjung. Admirah sendiru tahu resort ni dah usang. Banyak atap yang bocor.
"Itu belum lagi ambil kira kerosakan bangunan di tempat lain. Perabot kita pum semuanya sudah ketinggalan zaman. kalau peresan, ramai pemgunjung complain akan suasana di sini. Ada juga yang kata resort ni berhantu." Fuad ketawa walaupun Admirah rasa tak ada yang kelakar.
"Tapi Encik, kita boleh yakinkan mereka yang resort ni ada potensi untuk dimajukan.Kita cuma perlu fikir caranya. Jika mereka setuju untul suntil dana, saya yakin kita bole.."
"Tak semudah itu, mereka perlukan jaminan. Bukan sedikit dana yang perlu mereka laburkan dan mereka pun tak nak rugi. Lagipun, memang sudah lama resort ni tidak menerima pengunjung kan.?
Admirah terdiam. Namun, untuk dia menyerah dan berputus asa begitu sajab bukanlah sikapnya.
"Encik Fuad, Boleh encik bagi saya satu lagi peluang?"
Dahi Encik Fuad berkerut mendengar permintaan gadis itu. "Maksud Admirah?"
Admirah menarik nafas dalam dalam. Jika betul resort ni tidak boleh diselamatkan lagi, dia mahukan satu peluang, sebelum dia benar benar menyerah.
"Beri saya satu lagi peluang untuk cari seorang pelabur. Bagi saya sedikit masa. Jika cara ini pun tak mampu menyelamatlan resort ni, saya akan putus asa dan menyerah." Ujarnya sengguh sungguh.
Fuad terdiam seketika. Dia tahu gadis dihadapanya itu bukanlah gadis yang mudah berputus asa. Gadis yang sudah lama berkerjasama dengannya.
"Walaupun saya tidak pasti sama ada usaha itu membuahkan hasil atau tidak, tapu tak salah kita mencuba kan?" Akhirnya Fuad tersenyum
Admirah lepaskan keluhan lega atas kesudian lelaki itu memberikannya peluang terakhir. Dalam kepala ligat berfikir apa yang perlu dia lakukan.
Admirah, ingat prinsip kau. Berjuanglah sehingga ke titisan darah terakhir.