Chereads / A love from crazy CEO / Chapter 2 - Buat hal

Chapter 2 - Buat hal

Laila menjeling ke sebelah dengan ekor mata. Sejak tadi, keadaan di dalam kereta sunyi sepi. Hanya sesekali kedengaran bunyi deruan lori dan motosikal melintasi mereka.

Laila tarik nafas dalam dalam. Bibitnya beberapa kali cuba digerakkan, namun entah kenapa dia tidak mempunyai kekuatan untuk memulakan perbualan. Dia tahu apa yang dia lakukan kali ini betul betul sudah mencabar kesabaran insan di sebelahnya.

"Kak Ira, Laila minta maaf." Akhirnya Laila memberanikan diri membuka mulut.

Admirah yang sedang memandu di sebelah, langsung tidak memberikan sebarang respons. Laila ketap bibir.

"Kak Ira.." Lengan Admirah dipaut erat.

Spontan Admirah menepis, membuatkan Laila terkesima. Tahulah dia gadis itu masihvmarah kepadanya.

"Kak Ira, please. Laila minta maaf. Laila janji."

"Laila tahu tak apa yang Laila dah buat hari ni?" Admirah tiba tiba bersuara. Sesekali dia menjeling jam pada dashboard kereta.

"Laila tahu dan Laila minta maaf. Laila cuma.."

"Cuma apa? Kalau tok ayah tahu, macam mana? Mesti orang tua tu kecewa dengan tindakan Laila hari ni. Apa yang Laila fikirkan? Masuk kelab malam macam tu? Sejak bila Laila pandai buat benda benda ni? Siapa ajar Laila buat semua ni.?

Suara Admirah semakin kuat, seolah olah gadis itu sedang cuba melempiaskan kemarahan yang sedang membara dalam hatinya.

"Ka Ira, tolong jangan cakap dengan tok ayah. Please. Mati Laila kalau tok ayah tahu." Laila berkata separuh merayu. Lengan gadis itu dipegang kemas.

Admirah menjeling. "Kak Ira tak sangka Laila sanggup hancurkan hati tok ayah, hati kak Ira. Masa Laila buat semua tu, ada Laila fikir perasaan kami? Macam mana kalau Laila kene cekup dengan polis? Mana tok ayah nak letak muka? Pernah tak Laila fikir semua tu?!"

Laila terdiam. Kepala ditundukkan ke bawah. Air mata mula memenuhi tubir mata sebelum perlahan lahan turun membasahi pipi.

Admirah menjering apabila terdengar bunyi esakan halus daripada gadis di sebelahnya. Nafas ditarik dalam dalam ketika dia memberi isyarat ke kanan sebelum dia berhenti di hadapan lobi Resort Kasih Sayang.

"Laila tunggu sini sampai Kak Ira Datang." Admirah berkata tegas.

Masih ada sisa marah dalam dirinya terhadap gadis itu. Kalu tidak memikirkan yang dia ada kerja yang perlu diselesaikan, sudah lama dia 'basuh' gadis tetsebut.

Laila angkat kepala. Dia megelap sisa air mata di pipi dengan belakang tangan. Mata memerhati Admirah yang sedang menanggalkan tali pinggang keledar, lalu membuka pintu kereta.

"Kak Ira nak pergi mana? Tanya Laila dengan suara serak akibat menangis tadi.

"Kak Ira ada kerja nak buat. Sepatutnya tadi Kak Ira kene entertain client kak Ira. Tapi, disebabkan Laila.." Sekali lagi Laila tunduk. Rasa bersalah kembali menyerang hatinya.

Admirah renung wajah gadis belasan tahun itu dengan rasa memyesal. Menyesal kerana berlaku agak kasar terhadap gadis itu. Namun apa lagi yang mampu dia lakukan?

Sungguh, apa yang telah gadis itu lakukan malam ini langsung tak boleh di terima akal.

"Tunggu sini. Kunci pintu. Kalau ada sesiapa ketuk, jangan buka pintu. Apa apa Call kak Ira" Admirah sempat berpesan sebelum masuk ke lobi Resort Kasih Sayang.