Chereads / MISS PERFECT / Chapter 1 - Bab 1

MISS PERFECT

🇲🇾Aulya_
  • --
    chs / week
  • --
    NOT RATINGS
  • 11.4k
    Views
Synopsis

Chapter 1 - Bab 1

'Kringg' tangan lembut dan berkulit putih itu memberhentikan jam loceng yang sedang melakukan tugasnya di awal pagi. Cadar katil di kemaskan. Kakinya melngkah ke bilik mandi. 10 minit kemudian dia melangkah keluar. Dia bukan seperti wanita lain yang menghabiskan masa di dalam bilik mandi. Suit berwarna coklat gelap dipadankan dengan bawal krim yang sudah digosok dalam almarinya dikeluarkan.

Solekan nipis pada wajahnya. Pin disemat ke tudungnya kemas. Tidak lupa lipstick pink yang menyerikan bibirnya. Kasut tumit tinggi krim yang sedondon dengan tudungnya diletakkan didlam beg galasnya.Kasut sport disarung ke kakinya. Jam kegemarannya berwarna puith dan gold dipandang. 7:30 pagi. Masih awal.

Motosikal Yamaha YZF-R1 yang sememangnya idamannya menjadi salah satu kenderaan yang biasa untuknya ke pejabat. Helmet dipakai. Awning hancur? Dia tak kisah pun. Enjin dihidupkan kemudian laju membelah jalan raya yang kini sesak dengan pelbagai jenis pengangkutan. Inilah juga salah satu sebab dia malas bawa kereta.

"MORNING Miss Farah"tegur pembantunya Irdina yang sedang mengandung apabila motorsikalnya selamat diparkingkan di tempat yang disedia khas. Suruh dia cuti,dia tak nak. Degil betul!

"Morning" jawabnya pendek. Kasut tumit tinggi krim tadi di keluarkan dari beg galasnya. Kasut sport yang dipakainya tadi bertukar dengan kasut tumit tinggi tadi. Walupun dia tak suka memakai kasut sebegitu.Awning dibetulkan.

Langkahnya menuju ke pantry. Sejak dia tahu Irdina mengandung sengaja dia berbuat demikian.Tak mahu ibu mengandung itu kepenatan.Milo dan gula dimasukkan ke dalam cawan.Air panas dituang. Dia tidak suka minum kopi pada waktu pagi.

Langkahnya dicorak ke pejabatnya.Dia meletakkan beg galas tadi di atas kerusi kerjanya. Sememangnya dia tidak akan membawa handbag kecuali kalau keluar berjumpa client. Komputer dihidupkan. Dia mula membaca jadualnya yang dihantar secara e-emel di atas talian. Beberapa fail di atas meja dibaca untuk ditanda tangan.Sesekali dia menghirup Milo buatannya.

'tok'

"Masuk" meskipun dia bersuara tetapi tangan dan matanya masih lagi tertumpu kepada kerja yang harus di selesaikan. Itulah Farah.Mungkin kalau bom hendak meletup pun akan dijawab 'masuk' juga agaknya.

"Miss Farah, ini senarai nama pembantu sementara saya cuti bersalin nanti" dia mendongak. Fail berganti tangan.satu persatu biodata dibeleknya. Kebanyakkannya perempuan.Ada jug beberapa lelaki.

"Macam ni awak call semua yang tersenarai untuk sesi temu duga esok dahulu" malas dia mahu memeningkan kepala dengan nama-nama difail itu sekarang.Lebih baik dia buat temu duga. Dia tak kisah pun sama ada lelaki atau perempuan yang penting boleh buat kerja dengan cekap itu sudah memandai.

"Baik,miss"

Fail berwarna kelabu itu diambil. Kalau tak silap ini fail cawangan di Pahang tempoh lalu. Sengaja dia membelek-belek.Tanpa sengaja dia,pen ditangannya terjatuh.Dia terlihat sesuatu yang kecil bercahaya merah. Alat rakaman suara. Jarinya mengambil benda tersebut.Siapa yang letakkan?

Dia merenung Alat itu. Ya,sememangnya canggih.Alat itu sengaja dia menyimpan didalam satu plastik kedap udara dan disorokkan di almari kaca kedap bunyinya. Dia tahu ada seseorang yang cuba untuk melakukan sesuatu keatasnya. Jadi benda yang dia jumpa tadi haruslah di simpan sebagai bahan bukti. lagipun biliknya ada CCTV tersorok jadi membuatkan bukti semakin kukuh.

"Helo,kamal. Aku nak kau buat sesuatu.Nanti aku pergi tempat kau.Pukul 2 petang"

BERSAMBUNG...