Chereads / MISS PERFECT / Chapter 4 - BAB 4

Chapter 4 - BAB 4

Rambut dia lap. Sesekali Faiq menghelakan nafas. Kepalanya masih memikirkan kesihatan maknya yang kian memburuk hari demi hari. Sesekali mata Faiq merenung sekujur tubuh yang bersirat dangan wayar. Email diperiksa.

EMAIL FROM IRDINA____________________________

Faiq esok pukul 7:30 kena ada dekat office dan kemaskan meja miss. Pukul 8:00, Faiq perlu tunggu miss dekat parking khas. Kalau tak tahu parking khas dekat mana boleh tanya dekat Ammar atau Lin yang duduk depan akak. Lepas tu, ikut arahan miss. Ikut pergi meeting WAJIB! Esok miss ada meeting, ingatkan miss untuk bawa fail dokumen dengan pendrive. Esok pakai simple pun tak apa sebab ada meeting. Miss tak suka sangat pembantu dia pakai formal.

Good Luck Faiq!

______________________________________________________

Keesokkan pagi, Faiq hanya mengenakan hoodie putih dan seluar jeans biru muda. Motorsikalnya ditunggang ke office. Dia sampai 15 minit lebih awal. Bilik miss Farah dia masuk. Tak adalah bersepah sangat cuma berhabuk sikit sahaja. Faiq berjalan ke pantry. Dahi dia berkerut seketika. Bukan ke CEO dalam drama suka minum kopi? Mana kopinya? Yang ada milo sahaja.

Bahu Faiq terangkat seketika apabila terdengar bunyi pintu depan office terbuka lalu ditutup kuat. Bulu romanya meremang. Jam tangan dikerling. Awal lagi. Siapa tu? Dia beranikan diri untuk melangkah ke hadapan. Dia menghelakan nafas lega bila terlihat miss Farah. Wait? Miss Farah?

"Awalnya miss Farah hari ni? Kak Irdina cakap miss selalu datang pukul 8:00"

"Sengaja datang awal. Umm tolong buatkan saya milo dua cawan ye? Thank you" dalam beberapa saat, miss Farah terus hilang dari pandangan. 'Jap kenapa dua cawan ye? Jangan banyak tanyalah Faiq baik kau buat je' desis hati Faiq.

Bilik Miss Farah diketuk sebelum pintu bilik itu di tolak. Dia menatang dua cawan milo panas bersama. Cawan itu diletakkan diatas meja miss Farah.

"Duduk" Faiq yang tercenggang hanya menurut sahaja arahan itu. Satu cawan ditolakkan ke Faiq bersama sebungkus nasi lemak dan roti.

"Makan" satu lagi arahan yang diberi.

"Tak apalah miss. Saya tak lapar lagi. Kalau saya lapar nanti saya makan ye?"Faiq menolak. Malu pula bila dibelanja. Telinganya memerah. Bunyi riuh dari luar bilik miss Farah kini memecah kesunyian. Mungkin pekerja lain sudah datang.

"Makanlah. Nanti kita nak pergi meeting jauh. Saya tak kejam nak biarkan pembantu saya kelaparan dalam berkerja" akhirnya Faiq hanya menurut. Sehabis makan, Dia bangun mengatur dokumen dan pendrive yang perlu di bawa dengan bantuan Miss Farah. Faiq melangkah ke pantry membasuh cawan.

"Faiq, cepat kita kena bertolak sekarang" suara miss Farah menerjah gegendang.

"Baik miss" Masa Faiq dan Miss Farah berjalan ke pintu depan, ada pekerja yang menegur.

"Amboi miss sama tema ke? Biru muda dengan putih ni. Dah macam couple sekali pandang"Baru Faiq perasan baju mereka sama colour. Sudahlah dua-dua pakai hoodie! Miss farah hanya meggeleng kepala.

"Pandai bawa kereta tak?" soalan dituju ke Faiq. Dia mengganguk dan mengambil kunci kereta dari miss Farah. Sepanjang perjalanan mereka hanya ditemani dengan bunyi Radio. Sesampai sahaja di destinasi, mata Faiq memerhati miss Farah.

'Tidurlah pulak. Macam mana nak kejutkan ni?' hatinya berdesis. Botol air miss Farah di ambil sebelum dia keluar berjalan ke pintu penumpang. Botol itu diketuk perlahan di lengan miss Farah. Kalau ketuk kuat mahunya patah lengan majikan dia. Miss Farah mengeliat kecil sebelum menjerit kuat. Terkejut Faiq!