"Macam mana? Kau dapat ke nombor account tu siapa punya?" tanya Farah. Dah lebih 2 jam tangan Kamal menari menekan keyboard dihadapannya. Amir? Dah terbuai mimpi atas sofa. Dia kalau bom meletup pun belum tentu terjaga.
"Tak dapatlah. Aku tak boleh buat" Farah menghela nafas berat.
"Tak apalah Kamal. Nanti aku pikirkan cara lain. Kau dah makan belum? Kalau belum jomlah. Aku belanja" Farah menunjukkan thumb up kepada kamal sambil mengangkat sebelah keningnya.
"Ha? Belanja" terpisat-pisat Amir bangun. Baru sebut nak belanja terus bangun ye mamat ni.
"Nak makan mana Farah?" tanya Amir.
"Tak ada. Kau pergi balik rumah makan dengan bini kau kat rumah. Dah pukul 8 malam dah ni" ya. Amir dah berkahwin. 2 tahun lepas. Sekarang dah ada seorang anak dah pun.
"Baik boss" Kamal menurut.
"Kamal, aku nak tumpang solat kejap lepas tu kita pergi makan, okay?" Kamal menganguk. Dalam rumah Kamal ada adik perempuan dia sebab itu aku tak takut nak masuk. Lagipun kami bincang tadi dekat ruang tamu. Pintu terbuka ye.
"Aku okay je. Telekung dengan sejadah mintak kat adik aku" Farah mengangguk saja. Seperti yang dirancang, sesudah sahaja solat Farah dan Kamal bergerak ke sebuah medan makan menaiki motorsikal masing-masing.
"Laparnya. Lama orang tak belanja aku ni" kata Kamal sambil mengesel-geselkan keduan-dua tangannya. Reaksi mukanya membuatkan Farah sedikit terhibur. Dah macam 10 tahun tak makan!
"Kahwinlah kau. Nanti hari-hari isteri kau masak sedap-sedap. Tak kebulurnya" usik Farah. Bukan dia tak tahu berapa ramai yang berkenan dengan Kamal tetapi di tolaknya mentah-mentah. Tangan Farah kemudiannya mula fokus kepada mee hailamnya.
"Aku kahwin dengan kau je, senang" Farah tersedak. Air teh ais yang dihulurkan oleh Kamal di sambar. Habis merah satu mukanya.
"Merepeklah kau ni. Ada pulak kahwin dengan aku!" Farah membantah. Tekaknya masih perit sebab tersedak tadi.
"Nasib baik aku tersedak je tadi. Kalau tersembur? Alamatnya kuah mee hailam ni jadi pencuci muka kau malam ni" Tambah Farah. Kamal tergelak kecil.
"Lamakan kita tak makan macam ni, kan?" Farah mengangguk.
"Aku ingat dulu kau ada cerita kau sukakan satu perempuan dekat kolej dulu. Macam mana? Mana tahu dia single lagi ke? Teringin aku nak makan nasi minyak kawan aku ni" usik Farah lagi.
"Entahlah. Dia macam tak sukakan aku saja" nada Kamal sudah berberubah sedih.
"Oh mak kau hijau!" Latah Farah mengejutkan Kamal. Kamal memandang ke bawah meja. Sudah dia agak kenapa.
"Kamal! Ambil la kucing tu. Geli" Kamal sudah gelak besar melihat muka Farah. Setelah Kamal membawa kucing itu jauh dari Farah, Farah bersuara.
"Tak guna punya Kawan!" Semakin berdekah Kamal dibuatnya. Seusai makan, mereka mencorak langkah ke motorsikal masing-masing.
"Kamal, aku balik dulu tau. Ada kerja sikit" Kamal mengiyakan saja. kamal merenung tindak-tanduk Farah sehingga motorsikal yang dinaiki Farah membelah laju jalan raya.
Kamal memegang helmetnya. Dia mengeluh perlahan.
"Sebenarnya perempuan yang aku suka selama ni" ayatnya terhenti seketika .
"Kau farah. Kenapa kau sedikit pun tak sedar?" Persoalan itu hanya mampu dia tanyakan pada diri dia sendiri. Sudah lama dia pendam soalan itu. Motorsikalnya dihidupkan dan terus dia pulang ke rumahnya.