Chereads / MISS PERFECT / Chapter 7 - BAB 7

Chapter 7 - BAB 7

Deringan telefon yang tidak putus membuatkan hati Farah sedikit panas. Mak tirinya yang menelefon.

'Kenapa? Apa yang dia nak?' farah mengeluh perlahan

"Kenapa tak angkat miss?" sebenarnya Faiq perasan akan riak wajah Farah berubah.

"Tak penting rasanya. Emm kau bawa kereta elok-elok" kata Farah malas nak memanjangkan cerita. Mereka baru balik dari meeting. Sekarang dah pukul 11:30 pagi. Perut pun dah buat konsert.

"Faiq kita singgah mamak dululah. Isi perut nanti sampai office taklah lapar sangat" kata Farah.

"Okay"

Pintu kereta penumpang dibuka oleh Farah tetapi mata Farah masih lagi menghadap telefon. Faiq sudah jauh meninggalkan Farah di belakang.

"Miss-" mata Faiq membulat apabila melihat sebuah motorsikal laju menuju ke arah Farah. Dia terus berlari ke arah Farah lalu menarik tangan Farah sekuat yang mungkin.

"Aduh" masing-masing mengadu sakit.

"Kenapa kau tarik tangan aku? Sakit tahu tak?" tanya Farah dengan nada yang sedikit meninggi.

"Kalau aku tak tarik tangan kau mungkin malam ni kau dah terbang dekat hospitallah!" Kata Faiq sambil tersenyum sinis. Entah kenapa dia rasa marah dengan tindakkan Farah. Namun untuk seketika dia kembali sedar yang tindakkan dia salah. Faiq sedikit terkedu melihat takungan air di mata Farah.

'Apa aku dah buat ni?' desis Faiq di dalam hati.

"Miss saya min-" tak sempat Faiq menghabiskan kata-katanya telefon Farah kembali berbunyi. Farah terus mengesat air matanya kemudian berlalu jauh sedikit dari Faiq.

Dalam beberapa minit, Farah kembali mendekati Faiq. Dia membuka handbagnya dan menghulurkan 2 keping not 100 kepada Faiq.

"Duit ni kau ambik buat tambang teksi dengan lunch. Aku ada hal penting. Bagi kunci kereta" kata Farah. Matanya langsung tidak memandang Faiq. Kunci kereta bertukar tangan.

.....

Farah berjalan laju menuju kearah wad ayahnya. Dia baru sahaja terima panggilan yang mengatakan keadaan ayahnya terkena serangan jantung. Sebaik saja Farah membuka pintu wad, suara adik tirinya menyapa gegendang.

"Datang juga perempuan ni. Ingatkan sibuk sangat. Maklumlah dah kaya sekarang" kata Maria manakala mak tiru Farah menghadiahkan jeling an yang tajam. Setajam pedangang yang membunuh.

Farah menghiraukan saja. Tangan ayah ya di penggang. Ayahnya masih lagi belum sedarkan diri.

"Hoi perempuan! Kau jaga orang tua ni. Menyusahkan aku pulak nak kena jaga bagai" kata mak tiri Farah, Azimah kemudian berlaku keluar.

Farah tahan rasa.

"Oh ya aku nak pakai duit sikit dalam Rm 3000. Nanti kau bagi eh" sempat Maria bersuara. Farah senyum sinis.

"Buat apa? Habiskan untuk jantan tak guna mana pula kau kutip ni?" Maria naik berang. Tangannya di angkat lalu diayunkan laju ke muka Farah. Namun Farah pantas menghalang tangan Maria.

"Berlagak! Baru syarikat itu baru je 2 tahun" Kata Maria lagi.

"Kalau baru 2 tahun pun, Kenapa? Ada aku guna duit kau nak tubuhkan syarikat tu? Kau yang hutang dengan aku beribu-ribu" Farah membalas.

" Kau nak berlagak ye? Kau tunggu" kata Maria menari tangannya kasar dari pegangan Farah.

Farah menari nafas perlahan. Tidak lama selepas itu doktor pun melangkah masuk.

"Macam mana dengan ayah saya dokter?"

"Ayah awak memerlukan pembedahan secepat yang mungkin tapi pembedahan ni risiko ya agak tinggi atas faktor usia. Saya cadang awak buat keputusan secepat yang mungkin" penjelasan doktor Rina itu membuatkan hati Farah sedikit resah.

"Eh? Tangan awak Kenapa ni? Mari saya letakkan ubat" Farah memanjang tangannya. Luka. Mungkin sebab jatuh semasa Faiq menariknya. Patutlahhh pedih.

"Tak apalah. Boleh bagi saya masa sekejap?" Mohon Farah. Otaknya terasa kosong sejenak.

Doktor Rina hanya mengangguk dan hilang dari pandangan Farah.

------------------------

"HELLO?" suara seorang perempuan menyapa gegendang lelaki itu di sebalik talian.

"Kau jangan lupa buat kerja aku. Duit itu jangan risau nanti aku bayar" kata perempuan tu lagi.

"Jangan risau semuanya berjalan lancar. Kau tunggu saja" lelaki itu membalas

"Aku nak syarikat tu jatuh secepat yang mungkin!" kata perempuan itu. Bibirnya mengukir sebuah senyuman sinis di sebalik talian.