Chereads / My Husband Mr Bully? / Chapter 1 - Prolog

My Husband Mr Bully?

🇲🇾Haida_Marsyella
  • --
    chs / week
  • --
    NOT RATINGS
  • 7.5k
    Views
Synopsis

Chapter 1 - Prolog

Aku berlari sepantas yang mungkin. Kedengaran bunyi jeritan memanggil nama aku semakin hampir.

"Dah la aku pakai kain sekarang ni! Apa lagi lelaki ni nak aduh..." Aku teruskan berlari di koridor sekolah.

"Apa aku nak buat ni?! Jalan mati! Mati la aku huaaa" Aku berhenti. Aku sudah dikepung oleh Adrian dan rakannya.

Adrian datang semakin hampir ke arah aku sehingga aku tidak dapat lari lagi. Kedengaran nafasnya hampir di telinga aku. Jantung aku sudah bagaikan mahu pecah pada saat itu. Takut!

"Apa awak nak? Saya dah minta maaf dengan awak kan tadi? Okay memang salah saya sebab tumpahkan air kat baju awak tapi saya betul-betul tak sengaja..."kata aku.

Adrian tersenyum sinis. Dia memegang lembut pipi aku. "Mia Elysha. You have messed with the wrong person. Mulai hari ni aku akan pastikan hidup kau akan merana sampai aku tamat sekolah"

Adrian berlalu pergi bersama rakannya yang lain. Aku terpaku. "What have you done Mia?"

"Tapi bukan salah aku kan? Aku dah minta maaf. Acah gangster betul. Harap je muka handsome tapi perangai serupa.. Eishh! Geramnyaaa" omelku.

"Mia!!! Mana kau pergi? Merata aku cari kau. Aku dengar cerita kau kena kejar dengan Adrian? Betul ke? Kau buat apa dengan dia? Kau okay tak?"tanya Tania Qistina iaitu merangkap kawan baik aku.

"Kau ni kan satu-satu boleh tak. Pening aku. Ya aku memang kena kejar dengan lelaki gila tu. Masalahnya sekarang ni aku dah minta maaf tau dengan dia. Dia je over taknak maafkan aku. Kau kenal ke dengan dia?" Tania kelihatan terkejut apabila aku menanyakan soalan itu.

"Kau tak kenal ke dengan dia Mia?! Tu lah kau ingat belajar je mana nak tau."ejek Tania.

"Eh eh kau aku belajar sebab tahun depan kita form 3. Kita ada exam besar kau jangan lupa tu"balasku.

"Meh sini aku cerita sikit pasal Adrian Harris tu. Adrian Harris tu form 3 tahun ni. 3 Alpha. Dia ni boleh dikatakan perfect sebab dah lah pandai, handsome, tinggi, pandai main sukan, pandai main instrument music, suara dia pun sedap, kaya pulak tu tau!! Tapi yang spoilnya dia ni suka buli orang. Tak kisah la orang tu lagi tua ke daripada dia, dia akan buli orang tu selagi dia rasa dia puas. Dia ni banyak geng-geng dia kat sekolah ni sebab tu ramai back up dia. Walaupun dia ni banyak kes disiplin, sekolah tak boleh buang dia sebab ayah dia iaitu Dato' Nazhan penyumbang PIBG terbesar kat sekolah ni."terang Tania.

"Kejap kau kata apa tadi? Dia akan buli orang tu sampai dia rasa puas? Weh habis lah aku weh!! Dia dah target aku. Macam mana aku nak hidup lepas ni huaaaa" aku memeluk Tania.

"Hmmm aku rasa baik kau ikut je cakap dia. Kalau kau lawan lagi lah dia akan kacau kau. Aku rasa kalau kau ikut je cakap dia, dia akan bosan. Dan bila dia dah bosan, dia akan cari orang lain. The end" Tania melepaskan pelukan itu.

Aku hanya mengangguk.