Chereads / My Husband Mr Bully? / Chapter 3 - Bab 2

Chapter 3 - Bab 2

"Asslamualaikum papa!" Aku memeluk papa sebaik sahaja aku masuk ke dalam rumah. Rindu sungguh aku pada papa. Sudah 3 bulan aku tidak balik disebabkan sibuk dengan assignment di universiti.

"Waalaikumusalam. Mia! Ish anak papa ni dah besar" Papa memeluk aku dengan erat.

"Kalau lah mama masih hidup, papa yakin mama mesti bangga dengan Mia"sambung papa.

Aku membalas dengan senyuman. "Mia rindu sangat kat mama.."mataku sudah bergelinang dengan air mata. Ya, mama meninggal dunia 6 tahun dahulu akibat kanser. Aku sentiasa berdoa agar mama ditempatkan di tempat orang yang beriman.

"Mia.. I have something to tell you"kata papa.

"What it is?"balasku. Apa yang papa ingin memberitahu aku?

"Mia ingat tak papa ada kata kat Mia dulu masa Mia habis SPM 2 tahun lepas?" Aku cuba mengingatinya kembali.

"Wait. Is it about that marriage?"teka aku. Papa pernah beritahu bahawa papa ingin aku berkahwin dengan calon pilihannya. Kata papa itu permintaan terakhir yang dia ingin aku tunaikan. Aku agak keberatan untuk bersetuju tetapi aku bersetuju juga dengan syarat aku akan berkahwin selepas aku habis sekolah.

Papa mengangguk. Aku mengeluh berat. Aku ingatkan papa sudah lupa tentang hal itu. Apa aku nak buat ni?..

Papa mengenggam tangan aku. "Papa nak Mia kahwin bulan depan"kata papa.

"Bulan depan?! Papa marriage is not a joke! Wait. Memang Mia dah bersetuju untuk kahwin tapi bukan sekarang papa.. Mia habis belajar pun belum. Mia baru 19 papa.."aku cuba memujuk papa.

"I'm not joking right now Mia. Papa lakukan semua ni untuk kebaikan Mia. Please Mia.. This is my last wish"balas papa.

Aku mengeluh sekali lagi. Siapakah yang bakal menjadi suami aku?

______________________________________________

Aku memandu kereta lkswagen scirocco kesayangan aku ke KLCC bersama Tania.

"Weh kau biar betul nak kahwin dengan pilihan papa kau? Kau ada hak tau untuk bantah."kata Tania.

"Hmm aku terpaksa Tania. Lagipun aku dah janji dengan papa 2 tahun lepas. Kau doakan lah eh aku dapat jodoh yang handsome hahaha!"balas aku. Aku dan Tania saling ketawa.

"Bukan handsome je aku doakan. Aku doakan kau dapat ciri-ciri lelaki paling perfect lagi tau!"kata Tania.

Sesudahnya sampai di KLCC, aku dan Tania singgah ke Kinokuniya iaitu kedai buku yang menjual pelbagai buku yang menarik dan jarang dilihat di mana-mana kedai buku yang lain.

Aku memerhatikan satu per satu buku. Tiba-tiba Tania menarik tangan aku sehingga kami jatuh di atas lantai.

"Kau kenapa?!" Aku melepaskan tangan Tania yang mengenggam tangan aku.

"Shhhh! Diam sikit nanti dia dengar" Tania menekup mulut aku.

"Siapa dia?"tanya aku. Aku melihat di sekeliling kedai itu. Tania menunding jari ke arah lelaki yang sedang berdiri sambil memegang buku itu.

Lelaki itu memakai kemeja putih dan topi. Tinggi. Dari belakang aku sudah boleh tahu bahawa lelaki ini seorang yang handsome.

"Ye aku tau lah lelaki tu handsome tapi tak payah la sorok sampai macam ni"kata aku.

Tania menekup sekali lagi mulut aku. Aku sudah geram. Aku terus bangun dan memarahi Tania. Tetapi tanpa sedar suara aku didengar oleh orang di sekeliling. Termasuk lelaki handsome itu tadi.

Aku memandang ke sekeliling dengan rasa segan sehingga mata aku terkunci dengan lelaki yang dikatakan Tania itu tadi.

"Adrian.."bisikku. Aku cepat-cepat menutup muka agar Adrian tidak perasan aku. Aku terus menyorok di bawah lantai bersama Tania.

"Adrian. Tania is that Adrian?! That crazy Adrian?!"kata aku dengan perlahan.

"Yang tu aku cuba nak bagitau kau! Kau ni ha tak boleh nak duduk diam." Kali ini giliran Tania pula memarahi aku.

"Tania,kita kena pergi dari sini dengan cepat. Aku rasa Adrian tak sempat cam aku kot.. Tapi yang penting baik kita blah dulu" Aku berjalan ke arah pintu keluar dengan berhati-hati.

"Mia Elysha" Tiba-tiba ada satu suara memanggil nama aku. Suara itu sungguh aku kenalinya. Suara yang sudah lama aku tidak dengar.

Aku terpaku. Tidak bergerak. Apa aku nak buat ni?...