Aku terpaku. Tidak bergerak. Apa aku nak buat ni?...
Aku dan Adrian bertentang mata. Jantungku berdegup dengan sangat kencang. Adrian Harris nampak berbeza kali ini. Wajahnya nampak lebih handsome berbanding dahulu. Tingginya juga semakin meninggi. Kulitnya semakin putih.
"Kenapalah dia makin handsome sangat ni? Tapi, perangai dia dah berubah ke belum eh?"bisikku.
"Dah habis ke usya aku?" Suara itu mengejutkan aku. Ha perangai sama la tu macam dulu.
"Bila masa saya usya awak? Jangan perasan eh" Adrian ketawa. Senyumannya menjadi sinis.
Senyuman sinis dia tidak berubah macam dulu. Sakitnya hati aku!!
Adrian semakin hampir dengan aku. Dia membisikkan sesuatu di telinga aku.
"Do you miss me sayang?" Jantung aku seakan berhenti apabila dia mengatakan itu. Meremang bulu roma.
Aku menolaknya ketepi. "Saya tak pernah rindukan awak walaupun sebesar zarah sekali pun!" Aku berlari keluar ke arah pintu keluar. Aku takut dikejar oleh Adrian lagi.
Kedengaran suara Adrian menjerit. "You will meet me again Mia!"
"Bila pula aku akan jumpa dia?" Suara Adrian itu tadi terngiang-ngiang di dalam kepala ku ini.
"Kau okay tak Mia?"tanya Tania.
"Not really okay"balasku. Mana mungkin aku akan okay bila dah jumpa dengan lelaki gila itu tadi..
"But he is soooo handsome la Mia!!"balas Tania.
Aku membuat muka menyampah. "Memang la handsome. Tapi kalau handsome, perangai still macam dulu pun buat apa?"
"Eh mana kau tau dia macam dulu? Mana tau dia dah berubah ke? Entah-entah dia ni lelaki paling gentle tau"kata Tania.
"Kalau dia gentle Tania oi, takdenya dia buli aku masa sekolah dulu. Aku yakin dia tak berubah lagi!"balasku.
"Jangan benci sangat tau kat dia Mia. Mana tau dia ada niat baik nak minta maaf kat kau ke.."
Mungkin ada betul kata Tania. Tapi entah mengapa aku dapat merasakan akan ada sesuatu berlaku antara aku dan Adrian.
______________________________________________
Selepas sahaja aku menghantar Tania ke rumahnya, aku terus pulang ke rumah.
Sesampainya aku di depan rumah, kelihatan sebuah kereta BMW M5 terpacak di depan pagar rumah.
"Eh siapa pula yang datang malam-malam macam ni?" Aku keluar dari kereta dan masuk ke dalam rumah.
Selangkah sahaja aku masuk ke dalam rumah, aku melihat papa bersama 2 tetamu. Tetamu itu ialah seorang lelaki dan seorang perempuan berumur lingkungan 40-an. Aku rasa mereka ialah suami isteri.
Aku senyum ke arah tetamu itu lalu menyalam wanita itu. Wanita itu kelihatan sangat cantik walaupun sudah berumur.
"Kenalkan ini Mia. Mia Elysha"kata papa ke arah tetamu itu.
Tetamu itu membalas dengan
senyuman kepada aku.
"Ini pula, Dato' Nazhan dan Datin Maria"kata papa lagi. Giliran aku pula senyum kepada mereka.
"Dato' Nazhan? Kenapa aku macam familiar eh dengan nama tu?"bisikku.
"Hi Dato', hi Datin. Saya Mia"kata aku.
"Eh tak payah la berdato berdatin ni. Panggil je Mummy and Daddy"balas wanita itu tadi.
"Erk? Mummy? Daddy? Oh aku dah tau siapa diaorang ni. Aku rasa diaorang ni lah bakal mertua aku. Apa aku nak buat ni..."bisikku.
"Okay datin eh mummy"balasku. Aku tersangatlah awkward sekarang ni.
"Mana pula la Adrian ni?"kata lelaki itu. A.K.A daddy.
Jantungku berdegup dengan sangat kencang. "Adrian? Bukan Adrian tu kan? Eh tak mungkin Adrian gila tu kannnnn?.. Banyak lagi orang nama Adrian kat dunia ni kan????"bisikku.
Jiwaku sudah menjadi tidak tenang. Siapalah bakal suami aku ni? Tolong jangan dia..
Aku meneguk air teh yang sudah dihidangkan itu.
"Sorry i'm late" Tiba-tiba sahaja suara itu muncul di depan pintu. Aku menoleh ke arah pemilik suara itu tadi.
I AM DEAD. Air yang aku minum itu tadi tersembur keluar apabila melihat Adrian. Adrian senyum ke arah aku dengan senyuman sinisnya itu.
"Sorry tak sengaja. Air ni panas sangat hehehe" Aku terus mengelap meja itu. Aku cuba menyorokkan wajah aku daripada Adrian.
Adrian menyalam papa dan duduk di sebelah aku. Aku seakan terpaku di situ.
"Kenalkan ni Mia. Mia Elysha. Bakal isteri Ad"kata Mummy.
"I already know her"kata Adrian.
"Eh macam mana Ad boleh kenal dengan Mia?"tanya papa.
"She was my girlfriend when we was in high school. Is it right sayang?" Adrian memandang muka aku dengan senyuman.
"Ta...."belum sempat aku menghabiskan ayat aku, Adrian menggenggam erat tangan aku.
"Kenapa Mia tak pernah cerita kat papa dulu?"tanya Papa.
"Biasa lah tu Encik Halim. Budak-budak, malu lah tu"balas Daddy.
"Wah baguslah you guys dah pernah kenal! Senang la macam ni. Okay so sekarang ni tarikh perkahwinan Adrian dan Mia ialah 15/5/2020 okay? Iaitu lagi sebulan"kata Mummy.
Betul ke aku nak kahwin dengan lelaki gila ni?..
Aku hanya mengangguk. Apa aku nak buat dengan hidup aku lepas ni? Selamat tinggal dunia yang bahagia huaaa..